CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jurang Vaksin Antara Negara Kaya, Miskin Makin Teruk

26-1-2021 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2383| Komen: 6

Perbezaan vaksin COVID-19 antara negara kaya dan miskin semakin buruk dari hari ke hari, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengingatkan semalam, menegaskan bahawa kegagalan untuk mengagihkan dos secara adil boleh mengakibatkan kerugian trilion dolar terhadap ekonomi global.


WHO menyatakan ia memerlukan AS$26 bilion (RM105.18 bilion) tahun ini untuk programnya yang bertujuan mempercepat pembangunan, pemerolehan dan penghantaran vaksin, rawatan dan ujian yang adil untuk mengatasi pandemik COVID-19.


Kredit foto: GBC Ghana Online

"Negara-negara kaya mengeluarkan vaksin, manakala negara-negara kurang maju di dunia melihat dan menunggu," keluh Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

"Setiap hari yang berlalu, jurang semakin besar antara negara kaya di dunia dan yang kurang berada," katanya pada sidang media.

Tambahnya, nasionalisme vaksin mungkin memenuhi tujuan politik jangka pendek. Namun, menjadi kepentingan ekonomi jangka panjang dan sederhana setiap negara untuk menyokong ekuiti vaksin.

Tedros memetik kajian yang dikendalikan oleh Yayasan Penyelidikan Dewan Perniagaan Antarabangsa mendakwa kesan ke atas kewangan akibat pandemik di negara-negara kaya tidak dapat diperbaiki kecuali impak krisis di negara-negara membangun juga ditangani ekoran hubungan antara ekonomi di seluruh dunia.

Tedros menyatakan, melabur dalam apa yang disebut sebagai program pemecut ACT, untuk mengekang pandemik secara bersama dan adil, adalah bukan bersifat amal, tetapi hanya 'perkara biasa ekonomi'.


Kredit foto: The Jakarta Post

Sementara itu, ketua hab program pemecut ACT WHO, Bruce Aylward menyatakan tujuan vaksinasi hanyalah untuk menghilangkan bahang pandemik menjelang akhir 2021.


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ain_h 26-1-2021 11:58 AM
Tq for the info... Even dlm negara pun ada jurang
Quote Boomibulat 26-1-2021 12:03 PM
Malaysia kategori ape ye..?
Quote kaka_tima 26-1-2021 06:11 PM
Boomibulat: Malaysia kategori ape ye..?


Kategori menunggu {:cryrun
Quote Tinot7 26-1-2021 06:17 PM
Tiber tingat ayat, elepan fait wif elepan, grass will saper.
Quote rogayahtop 27-1-2021 04:06 AM
India pun dah start vax rakyat. israel dah lebih separuh. Malaysia akak tak sure invoice dah sign ke belum.
Quote minahgempal 27-1-2021 04:13 AM
kata yer bulan march kan dpt vaksin yer..baca dr Dr. sakinah sulong pnya fb..cuma tk dpt proper taklimat lgi..ari tu pun PM ada ckp dpt vaksin akhir bln feb..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.045998 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top