CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PKPB Bulan Depan Dijangka Lebih Ketat

27-1-2021 02:43 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6909| Komen: 70



KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bakal dilaksanakan, mulai 5 Februari depan dijangka lebih ketat dan memperuntukkan sekatan tertentu.

Pakar virologi dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Yahya Mat Arip, berkata langkah tidak menambah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan tamat pada 4 Februari ini berkemungkinan mempunyai beberapa asas.

Katanya, ia termasuk mengambil kira tanggapan masyarakat terhadap PKP fasa kedua kali ini yang disifatkan sangat longgar dan lebih mirip PKPB.

"Sekarang ini kita lihat antara PKP dan PKPB, tidak banyak beza kerana pelbagai kegiatan sektor ekonomi dibenarkan beroperasi seperti biasa.

"Justeru, tiada masalah untuk beralih kepada PKPB, namun saya jangkakan ia bukanlah longgar seperti sebelum ini bagi memastikan matlamat untuk menurunkan kadar kes harian kepada dua angka berupaya dicapai.

"Oleh itu, sekatan perjalanan rentas negeri berkemungkinan masih dikekalkan, selain beberapa prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan jangkitan COVID-19.

"Pergerakan dalam antara daerah dijangka dibenarkan, selari pelaksanaan PKPB tetapi menerapkan SOP ketat," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, semalam dilaporkan berkata PKP yang bakal berakhir pada 4 Februari ini tidak akan dilanjutkan kerana ia memberi kesan negatif terhadap ekonomi.

Sehubungan itu, mekanisme kawalan bagi membendung penularan COVID-19 di dalam negara akan digantikan dengan PKPB selama tiga bulan, sebelum kadar kes harian dijangka kembali menyusut ke dua angka menjelang 11 Mei.

Berdasarkan beberapa petunjuk, Yahya berkata langkah membendung wabak COVID-19 mula menunjukkan kesan positif apabila kadar 'R naught' (RO) atau kebolehjangkitan menurun kepada 1.04, setakat hari ini.

Selain itu, katanya, jumlah individu yang sembuh atau bebas daripada jangkitan COVID-19 melebihi kadar kes positif harian, sejak 23 Januari lalu.

"Ini mencerminkan bahawa kadar penularan berupaya distabilkan seperti laporan Kementerian Kesihatan (KKM) dan jika pola sedemikian berterusan, RO akan terus menyusut," katanya.

Pakar epidemiologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman, yang turut menyuarakan nada sama pula berkata beberapa pertimbangan harus diambil apabila ingin beralih kepada strategi PKPB.

Meskipun wujud kerjasama swasta dan kerajaan susulan pewartaan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, beliau berkata risiko kegagalan sistemik terhadap aspek perkhidmatan kesihatan harus diberikan perhatian.

"Mungkin Ketua Pengarah Kesihatan berdepan tekanan untuk mengurangkan impak terhadap sektor ekonomi, justeru peralihan kepada PKPB ialah jalan terbaik bagi mewujudkan situasi 'menang-menang'.

"Bagaimanapun, kita perlu teliti perkembangan kadar kes harian supaya ia tidak melangkaui kemampuan untuk menampung pesakit, bersandarkan kapasiti di sektor swasta dan awam.

"Peralihan kepada PKPB juga mungkin memberi 'sinar' baharu kepada peluang untuk memulakan semula persekolahan secara bersemuka, tetapi menerusi pelaksanaan mekanisme keselamatan tertentu.

"Ini termasuk jadual ke sekolah mengikut kumpulan dan secara bergilir bagi menjaga penjarakan fizikal. Saya juga minta supaya harga saringan COVID-19 diselaraskan dan dikawal supaya lebih ramai yang mampu membuat ujian," katanya.



Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote isseliparjepun 27-1-2021 07:34 AM
Sekatan antara daerah dibuka, dan rentas negeri masih ditutup. Alhamdulillah boleh la bernafas sikit.
Quote rosasen 27-1-2021 07:57 AM
pkpb nk ketat, pkp longgar cm ape
Quote hayrin86 27-1-2021 08:45 AM
Harapnya rentas negeri bagi yang ada urusan penting, penggiat-penggiat sukan dan krew yang masih menjalani sebarang penggambaran dikecualikan daripada sekatan..
Quote pu3_rania 27-1-2021 08:58 AM
Jangan dok GEBANG dan BERSANDIWARA aje lebih
Kota kan kata2 tu
Quote mamajawie 27-1-2021 10:33 AM
PKP longgar, PKPB ketat plak..ehhhhh ingat ni getah spender ke bleh pilih2 nak pakai spender ketat ke spender longgar nihh??
Quote Churchill 27-1-2021 10:51 AM
kalau pkpb diketatkan

bukankah ianya sudah jadi pkp?

mengapalah orang-orang bodoh dapat kerja jawatan tinggi-tinggi

cukuplah ramai yang bodoh dalam forum ini menjadi macai kepada Pakatan Harapan

Quote white_musk 27-1-2021 10:58 AM
Hanya di Malaysia saja punya pemimpin bodoh akibat tangan tangan bodoh yang mengundi mereka ketika pru tempoh hari

Rakyat bodoh selayaknya mendapat pemimpin bodoh juga
Quote pu3_rania 27-1-2021 11:01 AM
Edited by pu3_rania at 27-1-2021 12:06 PM
mamajawie replied at 27-1-2021 10:33 AM
PKP longgar, PKPB ketat plak..ehhhhh ingat ni getah spender ke bleh pilih2 nak pakai spender ketat k ...


Speechless
Quote seri_melati 27-1-2021 11:07 AM
adehh..ketat ke longgar ke..xde bezanya bila kes makin bertambah..harap2 ada penurunan la lepas ni
Quote me12345 27-1-2021 11:13 AM
Pkp pun tak ketat...pkpb ketat apanyer...dh tak minat dh dgr press conference dia dh skrg...bertukar2..
Quote atira 27-1-2021 11:18 AM
benarkan la rentas negeri... tapi ketatkan sop... cth nye wajib buat swab test sblm rentas negeri.

SOP tu kene baiki... sampai bila nak sekat sana sini ni.... dah semua tahu kita kene hidup dgn covid ni sampai dah dapat herd immunity yg tah bila zaman nak capai...
Quote prizadane 27-1-2021 11:21 AM
baca boleh, percaya jangan. hauk punya decision
Quote white_musk 27-1-2021 11:23 AM
atira replied at 27-1-2021 11:18 AM
benarkan la rentas negeri... tapi ketatkan sop... cth nye wajib buat swab test sblm rentas negeri.
...

Swab test rentas negeri bayar sendiri kan...
Quote blastoff 27-1-2021 11:23 AM
atira replied at 27-1-2021 11:18 AM
benarkan la rentas negeri... tapi ketatkan sop... cth nye wajib buat swab test sblm rentas negeri.
...

aiyoo kau ingat murah ke sekali buat swab test ? Kalau yg kerja day in day out perlu merentas negeri jenuh laaa kaya tauke BP healthcare aje laaa lagu tuuu miskin teruk rakyat marhein di buatnyaaa duit dok perabih kat buat swab test je.
Quote blastoff 27-1-2021 11:25 AM
Edited by blastoff at 27-1-2021 11:41 AM

awat geng2 PH memanjang suka bebenor suggest buat swab test manyak2 kalau boleh semua yg tak bergejala nak di buat swab test hinggakan apabila DG habaq kat bersimptom je akan di buat mula meroyan DAP di buatnya tak suka ? Ada berkroni dgn tauke china BP ke utk sesama kaut untung ?

Quote atira 27-1-2021 11:32 AM
blastoff replied at 27-1-2021 11:23 AM
aiyoo kau ingat murah ke sekali buat swab test ? Kalau yg kerja day in day out perlu merentas nege ...

yg nak rentas buat swab test.. bayar la sendiri ka.. company tanggung ka....
kalau tak nak buat jangan bagi rentas la..
apa ke jadah ko nak halang semua dari rentas negeri...
apa ko ingat semua boleh membuta kat rumah je mcm menteri ka?
Quote atira 27-1-2021 11:34 AM
white_musk replied at 27-1-2021 11:23 AM
Swab test rentas negeri bayar sendiri kan...

siapa yg sanggup bayar... biar la rentas...
SOP nak kene clear...
sekarang ni masih kene pi balai apa semua kan kalau nak rentas negeri? tak perlu swab pon... tu yg merata kluster asrama mrsm la.. matrikulasi la...
Quote sheetRock 27-1-2021 11:37 AM
lantak kome la...camne pun...yg aku tahu...pkp takleh rentas daerah negeri.pkpb leh rentas daerah..

pkpb nnti iols nak balik kajang lepak umah mak...

dulu masa muda remaja..nak duk jejauh dr mak..skg da tua...lg2 covid takleh rentas2 bagai nih..mcm nak carik umah yg dekat n umah mak jee

Quote Churchill 27-1-2021 11:37 AM
blastoff replied at 27-1-2021 11:25 AM
awat geng2 PH memanjang suka bebenor suggest buat swab test manyak2 kalau boleh semua yg tak bergeja ...

sebab itu rancangan bernas daripada Menteri Besar Selangor yang diimport khas daripada Johor

sanggup berbelanjakan duit kerajaan negeri hanya untuk buat saringan covid yang sebenarnya tiada manfaat langsung kepada sosioekonomi rakyat negeri Selangor

tapi rancangan bernas itu datang daripada pemimpin "bodoh tak mampus-mampus" Pakatan Harapan bukan?

hendaklah setiap macai-macai bodoh Pakatan Harapan itu menyokongnya.


Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.122817 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top