CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PKP Penuh? Tunggu Pengumuman Sebelum 4 Februari - Ismail Sabri

27-1-2021 02:43 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9522| Komen: 75



KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya seperti dilaksanakan pada 18 Mac 2020 akan diumumkan sebelum 4 Februari depan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu akan mengambil kira pandangan semua pihak termasuk Kementerian Kesihatan (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kewangan (MoF) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Katanya, pelbagai aspek akan dipertimbangkan khususnya kesan pelaksanaan PKP penuh itu kepada sektor ekonomi dan kesihatan.

"Pelbagai reaksi timbul apabila dimaklumkan tentang pelaksanaan PKP1 (PKP sepenuhnya), ada pihak setuju dan ada yang tidak kerana mereka mahu PKP1 dilaksanakan bagi menutup sepenuhnya semua operasi iaitu tiada perniagaan dan rakyat... duduk di rumah seperti dilakukan dulu dengan alasan boleh membantu percepatkan penurunan kes harian COVID-19.


"Ramai juga tidak bersetuju, jadi ada pelbagai reaksi, mereka tidak setuju PKP1 terutamanya mereka yang berniaga atau peniaga mikro yang setengah daripada mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang serta bergantung sepenuhnya kepada pendapatan harian.

"Sehubungan itu, sebarang keputusan kerajaan akan dinilai secara menyeluruh dan memang aspek kesihatan kita perlu jaga, tetapi dalam masa yang sama kita mahu lindungi kepentingan rakyat terutamanya golongan miskin yang terpaksa bergantung kepada pendapatan harian," katanya dalam sidang media di sini, pada Selasa.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberi bayangan bahawa PKP di seluruh negara, kecuali Sarawak yang dijadual berakhir pada 4 Februari ini, tidak akan dilanjutkan.

Dr Noor Hisham, berkata keputusan itu diambil bagi mengelak kesan negatif terhadap ekonomi negara, susulan pelaksanaan PKP.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, sebanyak 2.8 juta individu berdepan risiko kehilangan pekerjaan jika PKP penuh dilaksanakan kerajaan.

"Kumpulan berpendapatan rendah (B40) juga akan kehilangan pendapatan bulanan dengan purata RM2,400 sebulan membabitkan RM6.45 bilion kesan pelaksaan PKP penuh.

"Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sejak pelaksaan PKP pada Oktober 2020, sebanyak 13,445 syarikat telah menutup operasi dan ini menyebabkan banyak pihak telah kehilangan pekerjaan.

"Oleh itu, kerajaan akan mengumumkan perkara ini sebelum 4 Februari depan dan perbincangan dengan semua pihak akan dilakukan dengan mengambil kira kesan yang akan timbul jika PKP penuh dilaksanakan baik dari segi kesihatan mahupun ekonomi," katanya.




Sumber : Astroawani
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 27-1-2021 04:53 AM
Wokies.. Aku tgg.. Sebab aku nak beli barang2 utk aktif full blast servis jaga org tua aku...

Nak beli gadget utk mandikan pesakit terlantar.. Rupanya x ramai tau mandikan pesakit atas katil.. Hahahahaaha... Aku kena caj extra la ni
Quote rosasen 27-1-2021 07:58 AM
sarah82 replied at 27-1-2021 04:53 AM
Wokies.. Aku tgg.. Sebab aku nak beli barang2 utk aktif full blast servis jaga org tua aku...  ...

contoh gajet tu kak sarah?
Quote boojaat 27-1-2021 08:01 AM
sarah82 replied at 27-1-2021 04:53 AM
Wokies.. Aku tgg.. Sebab aku nak beli barang2 utk aktif full blast servis jaga org tua aku...  ...

Wah kaka... Cpt dh kembali bekerja
Quote mbhcsf 27-1-2021 08:09 AM
hmm...okay , semalam atau dua hari lepas cakap lain , now cakap suruh tunggu ? okay .

so now, tunggu pkp (b) cara lain pulak.

so , apa apa yg diperkatakan sejak 96 jam lepas tu tak kira , lah , kan?  Ok.

sebaikbaiknya bagilah seorang menteri cakap benda yg dah bebetul okay.

ni banyak sangat conflicting  statements  umpama tak ada whatsapp group kata org.
okay, so now tunggu pengumuman.
Quote bulalof 27-1-2021 08:18 AM
jap camtu, jap camni......
Quote sarah82 27-1-2021 08:30 AM
boojaat replied at 27-1-2021 08:01 AM
Wah kaka... Cpt dh kembali bekerja

Hahahahaha. Skrg baru seorg..perlahan2 kayuh...

Kalau asyik merungut salahkan kerajaan tapi x bersyukur dgn nikmat yg kita ada.. Tak guna jadi manusia kan.. Hahahahaha.
Quote sarah82 27-1-2021 08:35 AM
rosasen replied at 27-1-2021 07:58 AM
contoh gajet tu kak sarah?

Ok.. Ni barang yg nak beli utk mandikan pesakit di atas katil.
1. Bidet (sebab malas nak buat portable shower mcm buat kat arwah tok Sharifah dulu)
2. Inflatable shampoo basin (ni kena order dari china)  mostly pesakit terlantar tak cuci kepala cara biasa sbb family /caretaker tak kreatif..
3. Underpad /LP yg hospital guna.. Kena cari yg panjang sebab nak bg mandi mcm biasa.. Jadi tilam kurang basah.
4. Collapsible bucket nak boh air bersih utk mandikan pesakit.. Senang nak bawa kemana2.
5. Portable air pump (nak guna utk shampoo basin)
Quote rosasen 27-1-2021 09:16 AM
sarah82 replied at 27-1-2021 08:35 AM
Ok.. Ni barang yg nak beli utk mandikan pesakit di atas katil.
1. Bidet (sebab malas nak buat po ...

ternganga jap... hihi.. yg tau bidet dgn lapik tilam tu...
hebatla kak sarah.. semoga dipermudahkan..
Quote sarah82 27-1-2021 09:17 AM
rosasen replied at 27-1-2021 09:16 AM
ternganga jap... hihi.. yg tau bidet dgn lapik tilam tu...
hebatla kak sarah.. semoga dipermudah ...

Aamiin.. Ya rabb..
Quote rosasen 27-1-2021 09:18 AM
mbhcsf replied at 27-1-2021 08:09 AM
hmm...okay , semalam atau dua hari lepas cakap lain , now cakap suruh tunggu ? okay .

so now, tun ...

dia ni mmg... dh ilang respek kt dia since dia benarkan org x kuarantin lps PRN sabah aritu, plus benarkan rentas negeri baru ni sampai merahhh negeri kuu...huhuhuhu
Quote Herlina 27-1-2021 09:27 AM
mbhcsf replied at 27-1-2021 08:09 AM
hmm...okay , semalam atau dua hari lepas cakap lain , now cakap suruh tunggu ? okay .

so now, tun ...

Kannn..kejap DG kata mcm ni, pastu Menteri cakap macam tu.
Kita je yang termanggu2 menunggu apa sebenar derang nak buat.


Quote Kurex 27-1-2021 11:25 AM
Pening kita wak
Quote sarah_ary2 27-1-2021 11:33 AM
Peninglah dengan dia ni.... dah kurang rasa percaya sejak voting di Sabah tahun lepas....
Quote tripleid 27-1-2021 11:48 AM
Edited by tripleid at 27-1-2021 02:58 PM

rakyat dah  tak boleh nak harap menteri gagal total mcm bapak dafi ni uruskan negara..#kitajagakita







Quote mieymiey 27-1-2021 11:50 AM
Kejap kata PKP penuh.
Kejap kata fake news.
Kejap kata PKPB.
Kejap kata tungguuuuu.
Quote atira 27-1-2021 11:52 AM
tgk gambar je pon rasa nak terajang
Quote adeqbun 27-1-2021 12:00 PM
jgn sbb nak CNY pkp xdisambung paastu raya pulak mcm2 rules dibuat..aku tgk raya puasa je yg kemain strict thn lepas..krismes dan nuyear poelok lepas bebas..
Quote enchantedlurve 27-1-2021 12:07 PM
rasenye semua statement biar lah dr Pak long Mail ni.. yg lain2 tu focus bab msg2..

kkdg wartawan pun duk tanye yg xberkaitan kat empunya badan.. so akan jawab based ape yg dia rasa lah.. even belum final pun lagi..

tup2 terus jadik heading berita...

nk decide buat pkp ke x, bukan keputusan seorg... yg penyampai nye mmg la sorg.. jd better dh confirm semua pihak br announce..
Quote FOTHER-MUCKER 27-1-2021 12:10 PM
Berharap tiada lagi kpk!

Bosan asik bagi discount pada penyewa!

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.051759 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top