Tangkap layar video adegan hubungan intim Sejurus menyedari video itu tular di media sosial, Pengarah Hospital, Dr Alief Firyasa Maulana mengesahkan video itu diambil dari salah satu ruang isolasi pesakit Covid-19 dan pihaknya telah membuat laporan polis. Menurut sumber, lelaki yang melakukan perbuatan tidak bermoral didalam video tersebut adalah seorang pegawai polis yang bertugas di daerah itu ketika menjalani pengasingan setelah menjalani ujian Covid-19. Ketua Polis Daerah Dompu, Syarif Hidayat berkata, pihaknya terus menjalankan siasatan setelah video yang didakwa membabitkan anggotanya itu mula tular. Pelaku wanita terbabit juga sudah dikenalpasti identitinya dan akan dipanggil untuk membantu siasatan. Walau bagaimanapun, soal siasat masih belum dijalankan memandangkan mereka berdua belum selesai menjalani rawatan. Kedua-dua kakitangan hospital yang merakam dan menyebar video tersebut turut disoal siasat dan bakal dikenakan tindakan undang-undang kerana sengaja merakam adegan intim pesakit melalui rakaman CCTV dan menyebarkannya di media sosial. Hingga kini, waktu tepat kejadian itu berlaku masih belum dapat dipastikan. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|