CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengetua Sekolah Bunuh Dua Anak Atas Nasihat Pengamal Ilmu Hitam

27-1-2021 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1979| Komen: 9

Hyderabad: Seolah-olah dirasuk syaitan, seorang ibu sanggup menghentak mati dua anak gadisnya atas nasihat pengamal ilmu hitam.

Lebih menyayat hati, bapa gadis berusia 20-an itu hanya menyaksikan anaknya dibunuh di depan mata.


Gulf News melaporkan, kejadian mengejutkan itu berlaku di kampung Ankieshettypalle di daerah Chittoor di Andhra Pradesh, Ahad lalu.

Polis tiba ke lokasi kejadian selepas mendapat maklumat orang ramai.

Polis mengenal pasti mangsa sebagai Alekhya, 27, dan adiknya, Sai Divya, 22.


Foto: Via Harian Metro

Polis mengatakan selepas pembunuhan, bapa gadis itu memberitahu rakannya melalui telefon mengenai kejadian sebelum melaporkan kepada polis.


Polis menahan ibu bapa mangsa dan menemui senjata digunakan iaitu tombak bermata tiga dan dumbel (alat senaman).

Polis mengesahkan mereka menghantar pasangan itu untuk pemeriksaan perubatan bagi memastikan keadaan mental mereka.

Ibu dua gadis malang itu bekerja sebagai pengetua sekolah, manakala bapanya profesor madya di sebuah kolej.

Kedua-dua gadis itu ditemui berlumuran darah dan dibawa ke hospital kerajaan di Madanapalle.

Polis turut menemui beberapa tanda ritual keagamaan di rumah itu yang menunjukkan pembunuhan kejam berkaitan kepercayaan karut.

Difahamkan, Alekhya menamatkan Sarjana Pengurusan Perniagaan dan bekerja di sebuah institusi pengurusan hutan di Bhopal, manakala adiknya menamatkan pengajiannya dalam Pentadbiran Perniagaan serta belajar muzik di Akademi Muzik AR Rahman di Chennai.

Kedua-dua mangsa pulang ke rumah untuk melawat keluarga.

Deputi Superintendan Polis Ravi Manohara Chary yang mengetuai siasatan mengatakan polis menyiasat terperinci kejadian itu.

"Kami lihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengenal pasti semua orang yang mengunjungi rumah itu sejak beberapa hari terakhir untuk mengetahui motif pembunuhan," katanya.

Soal siasat mendapati ibu mangsa mendakwa anak gadisnya akan 'kembali' pada waktu pagi.

Pegawai polis menyifatkan keadaan suspek seperti mengalami delusi.

Walaupun Padmaja menegaskan dia sendiri melakukan perbuatan itu tanpa nasihat sesiapa, polis berusaha mencari mereka yang mengunjungi rumah itu untuk melakukan ritual berkenaan, sejak beberapa hari lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 27-1-2021 10:47 AM
Bapa Prof madya.. Mak pengetua.. Perghhhh.. Aku ingatkan leluhur bangsa suci termaju tak percaya sihir.. Hanya org Melayu yg kena kutuk hari2 saja percaya benda ghaib ni..

Rupanya

Anak dah besar elok rupa paras.. Mati kat tangan sendiri sebab percaya kat bomoh/sami haramjadah
Quote Churchill 27-1-2021 10:52 AM
hitamnya ilmu itu

Quote kakakpositifker 27-1-2021 11:20 AM
Nauzubillahminzalik
Quote Tinot7 27-1-2021 11:25 AM
takziah kpd keluarga...
kesian bebudak tu
Quote any42 27-1-2021 11:38 AM
Kesian ank2 dpt mak ayh tpelajar tp ttap bodoh
Quote Kurex 27-1-2021 11:47 AM
Leluhurrrrrr
Quote Jitu 27-1-2021 01:46 PM
Edited by Jitu at 27-1-2021 01:48 PM

ingatkan tak sekolah je yg percaya benda2 mcm ni rupanya yg sekolah pun hmmmm
Quote Eliadaisy83 27-1-2021 01:49 PM
sarah82 replied at 27-1-2021 10:47 AM
Bapa Prof madya.. Mak pengetua.. Perghhhh.. Aku ingatkan leluhur bangsa suci termaju tak percaya sih ...

Kan kaka..rupanya kepercayaan karut bangsa leluhur lg teruk dr org melayu.
Quote sarah82 27-1-2021 02:08 PM
Eliadaisy83 replied at 27-1-2021 01:49 PM
Kan kaka..rupanya kepercayaan karut bangsa leluhur lg teruk dr org melayu.

Yap.. Sebab tu ada golongan aghori yg makan cebisan daging org mati yg dibakar.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.053305 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top