CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Takut Dengan Air -Lelaki Paling Kotor Di Dunia, Tak Mandi Selama 65 Tahun

27-1-2021 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5274| Komen: 44

Tehran: Seorang lelaki dari Iran dilabel manusia paling kotor di dunia kerana tidak mandi selama 65 tahun.

Dilaporkan, lelaki itu tidak mandi dan takut dengan air berikutan dia jatuh sakit jika mandi.


Portal Business Today melaporkan, lelaki itu dikenali sebagai Amou Haji, 83, dilaporkan sangat takut dengan air hingga menghalangnya mandi lebih enam dekad.

Hidup secara nomad di padang pasir Iran dengan sajian makanan daging landak busuk sebagai kegemarannya adalah rutin dilalui untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Foto: VIA Harian Metro

Untuk kekal sihat, dia minum lima liter air dari tin minyak berkarat setiap hari.

Malah, dia juga suka merokok, tetapi menggunakan tahi lembu kering sebagai bahan bakar bukan tembakau.

Penduduk percaya lelaki itu patah hati hingga Amou memilih gaya hidup tidak normal. Namun, dia belum berputus asa mencari cinta.

Amou tidak memiliki rumah dan mengembara di sekitar Kampung Dejgah yang terpencil di wilayah Fars di Iran Selatan dan membuat lubang di padang pasir di luar kampung sebagai tempat berteduh.

Walaupun penduduk membina pondok untuknya, dia memilih tidak tinggal di sana.

Berikutan Amou yang sudah lama tidak mandi menyebabkan warna kulitnya hampir sama dengan tanah di sekelilingnya

Penduduk sering menyangka Amou batu ketika duduk statik tanpa pergerakan.

Amou tidak peduli dengan keselesaan dunia dan puas menjalani gaya hidup nomad. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MsKathryn 27-1-2021 11:22 AM

Mcmana nk cari cinta kalo mcm tu keadaannya... semoga berjaya la yer tok
Quote Churchill 27-1-2021 11:22 AM
macam muka emoji yang pentaksub mat sabu @Al-Patih selalu guna

ini mesti ummah syiah pujaan Melayu parti PAN ini

kebersihan itu sebahagian daripada iman

Quote any42 27-1-2021 11:29 AM
Klau pun mndi jd jatuh sakit jaga la sikit kbersihan diri tu ni ttap plih jd pngotor. Aduhaiiii
Quote sarah82 27-1-2021 11:33 AM
Ni kalau dpt kat aku jaga.. 7 hari saja aku sental bagi wangi dan bersih
Quote harisbee 27-1-2021 11:46 AM
pernah mandi dan terus elejik air...tp minum 5 liter air sehari leh pulak
Quote CiliPadiSedap 27-1-2021 11:49 AM
otak dia dah overrate atau pun dalam bahasa mudah gila dan give up..

muscle memori dia dah sukar nak tukar kepada normal life. dia dah jadi habit subconcious mind. dia bina negative thinking bertahun tahun dan rasa dunia ni tak adil rasa cinta itu kejam cinta itu dusta menunggu cinta. apa kita fikir itulah result kehidupan kita. fikir benda luar biasa hasil luar biasa fikir positive hasil berkali kali positive.

kalau nak jadi apa yang kita impikan kena buat habit sampai jadi minda separa sedar subconcious mind sampai automatik sampai dgr suara sampai body kita bgtahu ist time to freaking fucking workout or do it. siapa dapat sampai body automatik sampai dgr suara tu kira hebat. dengar suara bukan dengar isim atau apa tapi gerak hati. kira gerak hati ni cm apa nak jadi apa nak berlaku boleh predict hasil latihan habit yang betul.


cmtu baru blh capai apa kita nak. ni baru sehari takde sales, sehari pelanggan reject. itu mental koyak. latih mental untuk positive. untuk kebal dari koyak. bina mental cara fikir yang positive dan super hebat.

kalau kita tak kawal mental kita lama2 boleh jd koyak dan hidup camni. kena latih tiap2 hari. masa pandemic ni mental kena kuat, ada masa koyak normal tapi cepat2 ubat dan kawal dengan fikir positive.

cmne nak mental positive put positive thinking first. bila dah ada data positive dalam otak baru boleh mindset jadi positive. kalau diuji terus fikir positive tak menjadi fikir positive, lama2 otak akan kerja sbg positive. next step bina habit. bina subconcious mind, bina suara dalaman sampai dia automatik.

otak tak pernah salah tapi kita salah masukkan data negative thinking jd kerja otak proses tu lama2 depress sewel
Quote matchstick 27-1-2021 11:50 AM
Panjang umur dia walau busuk kotor sekalipun..takde pulak sakit kanser, jantung or buah pinggang mcm orang normal yg jaga kebersihan dan kesihatan. Dia minum air dlm tin karat je..Kita nk minum air dlm botol plastic pun takut kena kanser kalau botol kedai 2 ringgit katanyer
Quote FOTHER-MUCKER 27-1-2021 11:51 AM
Magic betul ni, pada taun 2014 dia berumur 80 tahun dan hari ini 2021 dia baru berumur 83 tahun!

Apakah ini kuasa ajaib?
Quote awanysss 27-1-2021 12:17 PM
bagaimanakah bau beliau.. aku tak mandi pagi je tengah hari dah keluar peluh jantan..
kalau dah mandi tak pandai deodorant, mati la siapa lalu sebelah
cane dia boleh hidup dgn aman.. takde lalat ngekor ke..
byknye persoalan aku..
Quote slavehunter 27-1-2021 12:17 PM
Panjang umur dia tak mati kena bacteria dan virus pulak.
Quote azie5zoe 27-1-2021 12:47 PM
Kawan iols yang kalau pagi2 datang kerja tak sempat mandi pun dah bau racun ketiak dia, ini kan lagi orang yang tak pernah mandi. Mak tak dapat nak bayangkanlah nak oii..
Quote minguk 27-1-2021 12:55 PM
busuk tak tu??
Quote petak96 27-1-2021 12:59 PM
Kita yang tak mandi sehari ni rasa macam nak pitam dah sakit kepala. Dia elok je 65 tahun tak mandi ye.
Quote luluaurora 27-1-2021 01:05 PM
panjang umo
mkn dgg lndak busuk
mnum dr tin berkarat
hidup elok lagi

ada masalah mental ni
Quote Mopiko 27-1-2021 01:07 PM
habis tu tak cebok gak lah selama 65 tahun? i can imagine how that asshole look a like
Quote Jitu 27-1-2021 01:19 PM
duk sebatu pun boleh bau badan pak cik ni agaknya
Quote mamajawie 27-1-2021 01:42 PM
azie5zoe replied at 27-1-2021 12:47 PM
Kawan iols yang kalau pagi2 datang kerja tak sempat mandi pun dah bau racun ketiak dia, ini kan lagi ...

adoyai, terbahak aku gelak part ayat ko bau racun ketiak colig ko tu..ni kalu terbau ketiak colig chuollss ni boleh mati gamaknya..
Quote xLillyx 27-1-2021 02:06 PM
Jenuhla nak mandikan dia nanti bila meninggal
Quote azie5zoe 27-1-2021 02:07 PM
mamajawie replied at 27-1-2021 01:42 PM
adoyai, terbahak aku gelak part ayat ko bau racun ketiak colig ko tu..ni kalu terbau ketiak colig  ...

Ish..Kalau dia datang pagi2 rambut tak basah je, iols dah susah hati, lagi2 bila dia mula nak angkat tangan, memang mengucap panjang. Nak ditegur tak berani, pepaham ler, perempuan ni kalau dah sentap lain macam.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.237362 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top