CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Malulah, Kawan Bawa BMW, Volkswagen," -Nak Honda Civic Tak Dapat, Anak Bengang Bapa Belikan Myvi

27-1-2021 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5793| Komen: 39

Tidak dapat dinafikan anak muda zaman sekarang sangat berbeza jika dibandingkan dengan zaman dahulu. Semuanya hanya kerana ingin menunjuk-nunjuk dan malu jika tidak setanding dengan rakan-rakan.


Seperti satu kisah dikongsikan di Facebook UTAR Confession ini, seorang anak bengang apabila bapanya mungkir janji untuk membelikan Honda Civic beberapa bulan lalu tetapi hanya belikan Perodua Myvi sahaja.

Katanya pada suatu hari ibunya memberitahu kereta barunya telah sampai dan dia dengan gembira keluar rumah untuk melihat keretanya itu. Namun, kegembiraannya bertukar duka apabila kereta yang dibeli bapanya hanya Myvi.


Gambar Hiasan

Tidak puas hati dengan kereta yang diterima, dia berhadapan dengan bapanya tetapi bapanya hanya mentertawakannya. Katanya lagi, mungkin bapanya membeli kereta tersebut hanya untuk ‘mengusiknya’ sahaja.


Melihatkan kereta tersebut bukan seperti yang dimahukan, dia terus masuk ke bilik dalam keadaan marah.

Menerusi perkongsian tersebut, dia meluahkan rasa marah bapanya mampu membeli Myvi secara tunai tetapi tak dapat belikan Honda Civic yang hanya beza beberapa ribu ringgit sahaja.

“Dia membeli Myvi tersebut dengan wang tunai tetapi tidak dapat membeli Civic yang hanya bezanya beberapa ribu ringgit? Dia sendiri memandu Volvo yang berharga lebih dari RM300k!”

Dia turut bertanya kepada bapanya bagaimana dia mahu Myvi sedangkan rata-rata rakannya memandu BMW dan Volkswagens, dia pasti akan menjadi bahan ketawa jika hanya membawa Myvi sahaja.

Katanya lagi, bapanya sudah berjanji untuk menghadiahkan kereta tersebut jika dia berjaya dalam peperiksaan pada semester pertama dan dia juga membantu syarikat bapanya dalam hal perakaunan.

Kecewa hanya diberikan Myvi sahaja, dia bermasam muka dengan bapanya lebih seminggu dan enggan bercakap dengannya. Namun hubungan mereka pulih selepas bapanya sering membelikan makanan kegemarannya dan menghantar mesej kepadanya setiap hari.

“Ketika saya dan ibu keluar, ibu memuji kereta Myvi tersebut kerana sangat selesa. Saya memberitahu ibu saya untuk tidak bercakap tentangnya,” katanya.

Namun, di akhir perkongsian itu dia turut mengatakan bahawa dia dalam dilema kerana mempunyai bapa seperti itu serta mempersoalkan mengapa bapanya tidak mengikut kehendaknya dan melayannya dengan baik.

“Ketika dia sudah tua, saya perlu menjaga dan berbakti kepadanya, jadi mengapa dia tidak dapat memperlakukan saya lebih baik sekarang?,” katanya. -CARI

Sumber: Gula Pop

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MsKathryn 27-1-2021 11:55 AM
Haha... lebih kurang mcm my fren tp kes dia nk tukar kete so mak dia nk belikn myvi baru cash tp dia xnk myvi..  nk kete idaman Mazda CX-5
Quote Boomibulat 27-1-2021 12:02 PM
Myvi dgn Civic beza Beberapa ribu saja..?klu dgn viva pun mesti x jauh sgt kan..nk trade in lah nti..
Quote Belibis 27-1-2021 12:17 PM
Boomibulat: Myvi dgn Civic beza Beberapa ribu saja..?klu dgn viva pun mesti x jauh sgt kan..nk trade in lah nti..

Mungkin dia buat perumpamaan harga cash mevi dengan DP civic kot..tak kenang dek untung betul laa.
Quote gummiebear 27-1-2021 12:18 PM
Is this a troll? Tak bersyukur ya ini anak

Orang lain tunggu kerja beberapa tahun baru boleh beli kereta. Tu pun loan 9 tahun. Chuols dapat kereta cash pun tak puas hati lagi
Quote Buritan 27-1-2021 12:21 PM
Belibis replied at 27-1-2021 12:17 PM
Mungkin dia buat perumpamaan harga cash mevi dengan DP civic kot..tak kenang dek untung betul laa.

Aku beli laptop kat u pun pakai duit senirik jahhh..
Quote fahdramli 27-1-2021 12:37 PM
Edited by fahdramli at 27-1-2021 12:39 PM

Aku nak beli keta, rumah semua pakai duit ssndiri, sebab arwah ayah pun keja buat bendang dan jaja kuih ja.. Syukur la, hidup macam la ni. Dulu masa kat U nak mintak moto pun tak berani sebab ayah memang tak mampu, naik la bas pi kelas berhimpit2, aku jadi orang jugak. Jaga mak ayah tu memang tanggungjawab kita, heyy budak... Kalau mak ayah hang tenyeh hang dari kecik, tak hidup macam sekarang ni, tak sedar diuntung, nak pakai keta, nak senang lenang pakai duit sendiri, bukan pakai duit mak ayah, depa bela kita, buleh hidup mai tera ni pun dah bersyukur sangat.. Ni kes anak kecik2 tak mau piap, besar2 menyusahkan mak pak.
Quote Jitu 27-1-2021 12:53 PM
anak orang kaya apa nak heran dah dari kecik membesar dlm kesenangan
aku dulu dapat pakai Iswara pun rasa seronok dah banding naik moto berpanas berhujan dgn sakit pinggang bila jalan jauh
Quote mawar_mustika 27-1-2021 01:06 PM
anak manja....patutnye ayahnye blikn kancil je
Quote EvieWanKenobi 27-1-2021 02:40 PM
tak reti nak bersyukur..
Quote prettyuglybabe 27-1-2021 02:51 PM
hasanah mana pulak terlepas kandang ni..
Quote makcun14 27-1-2021 03:49 PM
bbnu zaman sekarang memang sejenis nak bergaya tapi mengharapkan parents belikan, tak tau malu sungguh. Self entitled brats .
iols dulu semua housemate sambil universiti sambil tu keje part time sales girl shopping mall. Bila dah keje baru tau susahnya nak cari rezeki.
segala keperluan lepas grad uni dari kereta sampai sewa rumah sendirik tanggung, nak mintak duit kat parents pun segan.
anak sapa ni let me school you, self entitled brat
Quote lattehazelnut 27-1-2021 03:51 PM
Utar so budak ni chinese ke?
Quote siputpepel 27-1-2021 04:01 PM
terbaik ah bapak dia.
Quote jamilahpropa 27-1-2021 04:25 PM
gummiebear: Is this a troll? Tak bersyukur ya ini anak Orang lain tunggu kerja beberapa tahun baru boleh beli kereta. Tu pun loan 9 tahun. Chuols dapat kereta cas ...



Itu laa..budak muda tak faham nikmat dapat beli kereta cash sebenarnya..
Quote bakingsoda 27-1-2021 06:45 PM
kisah anak papa megah holdings bernama hasanah ke ni
Quote merrissa 27-1-2021 06:48 PM
Blah la ayat yg last tu. kononnn akan jaga. Tgk2 letak kat rumah org tua je
Quote merrissa 27-1-2021 06:49 PM
Aku dulu bapak aku tolong beli kan komputer pon dh rs bangga sgt... ingt lg time tu plng high spec pentium D tapi seronok sgt
Quote Artemesiaa 27-1-2021 06:49 PM
Patut bersyukur masih dibelikan kereta sedangkan ramai lagi diluar sana yang mak pak tak mampu nak belikan apa2.
Quote sayawifenikmie 27-1-2021 09:45 PM
bakingsoda replied at 27-1-2021 06:45 PM
kisah anak papa megah holdings bernama hasanah ke ni




tak ada hasanah nya cerita macam ni.... biasa je mak pak beli kereta tuk anak anak .. mak pak yg mampu ...

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.051972 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top