CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sibuk Selongkar Tong Sampah Cari Rezeki, Wanita Ini Menangis Ada Yang Sudi Menderma

27-1-2021 01:21 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4440| Komen: 4



Kuala Lumpur: Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, turun padang menziarahi keluarga ibu tunggal, Norizza Husin yang tular sejak kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tumpat turut menghulurkan bantuan kewangan dan memberi nasihat serta kata-kata semangat kepada empat anak Norizza di rumahnya di Kampung Baru Nelayan, Tumpat, Kelantan.

Keluarga Norizza tular di media sosial selepas rakamannya memunggah tong sampah bagi mencari barangan kitar semula untuk dijadikan punca pendapatan di sekitar kampung halamannya.

Lebih menyentuh hati, menerusi rakaman itu terlihat Norizza mencari 'hasil' di dalam tong sampah itu ditemani tiga anaknya yang masih kecil.

Che Abdullah berkata, pihaknya menziarahi keluarga Norizza pada 24 Januari lalu sebaik saja kisahnya itu tular di media sosial.

"Saya tiada daya untuk menghalang dia (Norizza) mencari barangan kitar semula untuk dijadikan pendapatan tambahannya.

"Namun, saya nasihatkannya supaya tidak mencari sisa makanan di dalam tong sampah seperti spekulasi tular di media sosial.

"Sebaliknya, datang ke Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tumpat untuk mengambil barangan makanan keperluan asas yang kami biasa sediakan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

 
Loading FB Video...

Pada masa sama, beliau menasihatkan keluarga asnaf di sekitar Tumpat supaya hadir ke pusatnya jika memerlukan bantuan makanan.

Sementara itu, Penghulu Mukim Jubakar Pantai, Ab Rashid Ngah berkata, dia sudah lama mengenali Norizza dan sememangnya berasal daripada keluarga susah.

"Norizza mendapat bantuan daripada pelbagai pihak antaranya penduduk kampung, pengurusan masjid dan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO).

"Norizza menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan sejak lebih dua tahun lalu," katanya.

Menurutnya, Norizza mengambil upah menyiang ikan selain mengutip barangan kitar semula seperti tin, besi dan plastik sebagai pendapatan tambahan.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan kisah Norizza dibantu pasangan suami isteri selepas simpati dengan keadaan ibu tunggal itu yang gigih mencari rezeki di dalam tong sampah.



Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slavehunter 27-1-2021 01:23 PM
Alhamdulillahhh happy to hear this. Semoga yang susah tampil kedepan supaya yang senang boleh membantu tapi yang tak susah sangat jangan ambil kesempatan ok.
Quote Punat_button 27-1-2021 01:29 PM
Bukan tak cukup makan, tapi dah terbiasa selongkar sampah
ROSMIZA KASIM | | 26 Januari 2021

image.png
Noriza bersama anak-anaknya. Gambar kecil: Tangkap layar video yang tular.

TUMPAT - Wanita yang menjadi tular selepas rakaman video dia dan anak-anaknya menyelongkar tong sampah tersebar di laman sosial tampil menjelaskan perbuatannya itu.

Menurut Noriza Husin, 36, dari Tumpat, dia menyelongkar tong sampah di tepi jalan bukanlah kerana tidak cukup makan, sebaliknya perbuatan tersebut sudah terbiasa dilakukan sejak bertahun lamanya.

Menurutnya, tahun lalu dia menyelongkar tong sampah bagi mencari besi buruk untuk menyara hidup bersama empat anaknya setelah ditinggalkan suami.

Namun kini, katanya, dia tidak menjadikan amalan mengutip bahan terbuang daripada tong sampah sebagai punca utama pendapatan keluarga kerana sudah mendapat bantuan RM400 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain bekerja di kedai memproses keropok.


Noriza (tengah) bersama anak sulungnya, Mohd Alif Muhaimin Abdullah menunjukkan barang yang didapati dari tong sampah.
“Kami sudah lama tidak kutip besi buruk dalam tong sampah. Insya-ALLAH duit yang ada ini cukup untuk belanja kami lima beranak namun secara ala kadar.

“Tapi semalam (Isnin) tiba-tiba anak lelaki sulung saya berusia 10 tahun mengajak untuk mencari besi buruk. Mungkin sebab kami sudah lama tak kutip besi buruk, dia rasa teringat nak buat.

“Saya ikutkan saja sebab ini satu-satunya kerja yang kami anak beranak buat untuk sara hidup ketika susah dahulu. Bukan saya tak larang, tapi mereka dah terbiasa dari kecil lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini pada Isnin.

Ahad lalu, tular video di media sosial menunjukkan Noriza bersama anak-anaknya menyelongkar tong sampah di kawasan Perkampungan Belayan Baru, Tumpat.

Perbuatan tersebut mendapat simpati daripada netizen, malah ada juga yang mengutuk.

Pada tahun lalu, media pernah melaporkan Noriza mendukung bayi berusia tiga bulan sambil menyelongkar tong sampah untuk mencari besi buruk, sambil sebelah tangan lagi memimpin anak ketiganya berumur empat tahun dan berjalan sejauh satu kilometer setiap hari.

Bagaimanapun, rutin Noriza sudah berubah setelah bekerja di kedai memproses keropok dan turut dibantu kakaknya, Sarinah Husin, 43, dan juga abang iparnya yang bekerja sebagai buruh.

Noriza berkata, dia kini tinggal menumpang di rumah kakaknya, menjadikan seramai 15 orang tinggal di dalam rumah tersebut.

Ibu cekal itu bagaimanapun berkata, dia tidak marahkan individu yang tularkan perbuatannya itu dan menyifatkan ia mungkin pembuka pintu rezeki kepada mereka 15 beranak.

“Saya nak bergantung sepenuhnya kepada kakak dan abang ipar pun tak boleh juga sebab mereka ada dua anak istimewa dan sekarang berusaha untuk membuat permohonan bantuan dengan JKM.

“Apa yang boleh saya buat sekarang adalah berjimat cermat. Sebab dua anak masih bersekolah dan itupun ada pihak sekolah yang membantu,” katanya.

Menurutnya, kalau dikenangkan kembali kisah hidupnya sebelum ini memang sedih apabila teringat zaman anak sulungnya ke sekolah dengan hanya membawa kertas kosong kerana tidak mampu.


Che Norhayati (dua dari kanan) melawat keluarga Noriza dan turut menyampaikan sumbangan makanan serta wang tunai.
Disebabkan kemiskinan hidup, katanya, ada individu yang mahu membeli kandungannya ketika dia sedang hamil dua bulan.

“Walau apa pun yang berlaku, seburuk mana saya dipandang orang, saya tidak sesekali menjual anak saya. Dengan kudrat yang ada saya tetap besarkan mereka.

“Saya selalu ingatkan anak-anak, walaupun kita susah mereka kena belajar bersungguh-sungguh demi masa depan keluarga dan ingat jasa mereka yang membantu kita selama ini,” katanya.

Sementara itu, nasib keluarga tersebut mendapat perhatian aktivis masyarakat, Cempaka Merah Asnaf Society diwakili Che Norhayati Mohamed dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang berkunjung ke rumahnya.

Bagi mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun 0300-84110002-3716 (Bank Simpanan Nasional) atas nama Noriza.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... sa-selongkar-sampah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Quote nazzse 27-1-2021 05:43 PM
Weh kampung iols..matilanak..

Bagus lah akhirnya dpt perhatian drp ahli parlimen yg tak pernah turun kawasan..

Btw, che norhayati ni suka sangat upkan cerita tak betul, banyak kali dah jadi, cerita dlm paper tak sama dgn cerita sebenar..



Quote melati00 27-1-2021 07:16 PM
Hadap2 ustaz ebit liew terbacalah cerita ni moga nasibnya akan berubah..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.032009 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top