Walaupun pelakon yang mula popular setelah membintangi filem Tentang Bulan ini sudah mengundurkan diri dalam bidang lakonan, namun kelibatnya masih menjadi perhatian. Erin Malek, masih tak berubah, malah lebih cantik daripada sebelum mendirikan rumahtangga.
Menamatkan zaman bujang pada usia yang begitu muda bersama jejaka pilihan hati yang juga anak kepada usahawan automobil, Farriz Fauzy. Nampaknya Erin Malek tidak salah membuat keputusan dan kelihatan jelas terpancar sinar bahagia di raut wajah wanita yang mempunyai nama sebenar Nur Arina Abdul Malek ini. Ketika ditanya bagaimana kekal langsing setelah memiliki sepasang cahaya mata, Mohamed Faliq Mohamed Farriz dan Nur Aisha Mohamed Farriz, jawabnya, “Rahsianya mungkin sebab saya sibuk jaga anak,” tutur ibu muda ini bergurau.
Tambah Erin Malek lagi, “Sejujurnya memang sebab saya membesarkan anak-anak. Tapi ketika itu saya hilang berat badan bukan dalam keadaan ‘sihat’. Maksudnya, memang saya kurus tapi nampak lesu. Kini bila anak dah besar dan mula ke sekolah saya mempunyai masa untuk diri sendiri. Apa yang saya buat adalah beriadah di gym. Bila bersenam secara konsisten apa yang saya perhatikan stamina saya mula stabil dan dah tak penat lagi. Kalau keluar ke taman permainan bersama anak-anak saya boleh berlari kejar mereka. Ketika saya tidak bersenam dulu kejar anak sekejap pun dan rasa penat. Bila tengok perubahan yang positif saya terus konsisten bersenam dalam seminggu dua atau tiga kali.
Kata kuncinya, bersenam bukan untuk kurus tapi untuk mengekalkan berat badan secara sihat dan yang penting bukan kurus tapi nampak lesu,” tutur Erin Malek yang kini berusia 25 tahun. Bila dah lama tak berjumpa dengan dengan wanita berkulit putih ini mesti tak nak lepaskan peluang bertanya tentang kecantikan kulitnya. “Saya seorang yang simple tapi saya suka bermekap, hampir setiap hari saya bermekap. Sebenarnya saya ada juga eyebag dan sebagainya tapi saya tak pakai bedak asas setiap hari. Cukup hanya dengan CC Cream dan pemerah pipi sikit, dah cukup. Kadang-kadang ada orang tanya pagi-pagi lagi dah cantik, saya memang begitu. Walaupun hanya hantar anak ke sekolah saya akan letak pemerah pipi sikit dan buat kening sikit dah siap dah,” tutur Erin Malek.
Ramai rakan-rakan artis sudah memiliki perniagaan sendiri, Erin Malek tak ada perancangan buat bisnes? “Memang saya ada perancangan nak buat bisnes tapi dah dua kali cuba terdapat halangan. Kali pertama bila saya mengalami morning sickness yang teruk. Kali kedua pula bila saya kehilangan anak,” terang Erin Malek yang sepatutnya melahirkan sepasang kembar pada kandungan pertama tapi takdir Allah, hanya seorang saja yang selamat dilahirkan. Difahamkan, seorang lagi anak mereka meninggal dunia akibat lebihan cecair di dalam perut sehingga badan membengkak.
Erin Malek beruntung mempunyai suami yang sangat menyokong dirinya, Kata Erin Malek, “Suami saya kata, tak perlu terburu-buru untuk buat bisnes. Katanya saya masih muda dan apa yang saya buat sekarang dah fully occupied the whole day. Bila anak-anak dah besar nanti dan jika saya mempunyai kelapangan suami mengizinkan saya buat apa yang saya nak buat (bisnes),” bicara Erin Malek mengakhiri perbualan kami.-CARI Sumber: NONA
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|