"Walau macam mana keadaan sekalipun, sebagai salah seorang frontliner, perjuangan tetap saya teruskan dan belum berakhir."
Demikian hantaran terbaru Dr Che Muhammad Hafiz di Instagramnya. Menerusi hantaran itu, bekas suami pelakon Lufya Omar tersebut memberi peringatan kepada orangr amai terutama pengikutnya supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan wabak Covid-19 belum berakhir. "Inilah dia jadinya bila asyik selalu dengar pasal Covid. Buka TV je keluar pasal Covid, bila pasang radio cerita pasal Covid lagi.
"Sembang dengan kawan-kawan sambung topik Covid lagi sampai malam semalam mimpi berperang dengan Covid," tulisnya. Di ruangan komen, beberapa pengguna dilihat turut mendoakan agar Dr Che Hafiz dilindungi Allah SWT. - CARI
|
leftenanhensem: sapa banggang buka thread dia kt sini? artis ker?
ADVERTISEMENT