|
Malang nasib seorang wanita berusia 92 tahun di Sydney, Australia apabila menjadi mangsa rogol pada Sabtu lalu. Menurut polis, Craig Anthony Wheatman, 28, didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 2 pagi selepas memecah masuk kediaman mangsa.
Selain serangan seksual, suspek turut melarikan beg serta wang tunai milik mangsa, lapor Daily Star. Ditinggalkan dalam keadaan ketakutan, mangsa kemudiannya memaklumkan hal itu kepada anaknya sebelum ia dilaporkan kepada pihak polis. Ujar polis, suspek yang ditemui dalam keadaan tidak memakai kasut ditahan pada tengah hari, Ahad lalu. Suspek yang kini dalam tahanan polis dijangka dibicarakan pada 13 Mac depan. Sumber: mStar
|


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.059722 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.