CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kucing Terperangkap Dalam Kontena,Hanya Makan Gula-Gula Selama Tiga Minggu

27-1-2021 03:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3355| Komen: 18

Kucing adalah haiwan yang licik dan senyap membuatkan ramai yang tidak sedar apabila haiwan itu ada berhampiran. Mereka boleh memasuki ke dalam kediaman kita tanpa disedari sesiapa, seperti satu kes yang berlaku di Ukraine ini.


Sebuah syarikat bernama Star Shine Shipping berkongsikan posting yang menunjukkan seekor kucing ditemui di dalam lori kontena mereka.

Kucing itu bukan sahaja dipercayai bertahan selama tiga minggu di dalam lori tanpa makanan atau minuman, malah ia juga ditemui dalam keadaan yang baik.

Kredit foto:


Kucing tersebut terpaksa menempuh perjalanan sejauh kira-kira 3000 km dari Ukraine ke Israel yang mengambil masa 3 minggu. Satu-satunya bekalan makanan yang diperolehinya adalah gula-gula yang dibawa di dalam lori kontena tersebut.


Namun apa yang turut mengejutkan pekerja syarikat berkenaan adalah kucing itu tidak mempunyai bekalan air minuman sepanjang perjalanan dan didapati dalam keadaan yang sihat.


Bagaimana kucing tersebut berjaya bertahan lama tanpa makanan dan terutamanya air menjadi misteri, namun pekerja syarikat tersebut berpendapat mungkin kucing bertuah itu meminum titisan air yang dijumpainya di sekitar ruang kontena dan dengan memakan gula-gula.

Kamera CCTV mendapati bahawa kucing berkenaan menyelinap masuk ke dalam belakang lori ketika kotak sedang dimasukkan. Pekerja syarikat itu juga mengesahkan bahawa kucing itu masih sihat dan baik-baik sahaja. -CARI

Sumber: Himpunan Cerita Lawak

3

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissyMolly 27-1-2021 03:16 PM
Diabetis dik hohohoo
Quote mamajawie 27-1-2021 03:33 PM
owwwhhhhh..kiutnyee meooww tu..
Quote Skuau 27-1-2021 03:37 PM
bebudak..korang bukan kucing(ni)yer....'don't try this at home'....
Quote chinta89 27-1-2021 03:45 PM
Tuan dia cari tak mana la kucing ni
Quote CiliPadiSedap 27-1-2021 03:55 PM
maksudnya coklat israel xsebabkan diabetes
Quote dubuk 27-1-2021 05:53 PM
gemoknya...
Quote lavendernovella 27-1-2021 06:24 PM
Kucing mmg makhluk misteri and i like it. A lot. {:childlike
Quote matchstick 27-1-2021 06:27 PM
Comel dia..takde tuan ke
Quote Churchill 27-1-2021 06:43 PM
encik grey

anda disahkan menghidap diabetis

Quote Artemesiaa 27-1-2021 06:46 PM
Nasib teperangkap dalam kontena makanan kalau bawak besi ke apa tak tahu ler apa nasibnya
Quote bondeh 27-1-2021 09:00 PM
Gambar ig yg kedua tuh si demok tuh macam "eh dah sampai ke" kuikuikui
Quote any42 27-1-2021 09:57 PM
Ksian meow nsib baik pnjang lg riwayat hdup
Quote gigahertz 27-1-2021 10:04 PM
Kucing ukraine boleh la. Try kucing batu cave
Quote Carcosa 27-1-2021 10:30 PM
Sian lah owner dia, kalau ada  {:childlike
Jauh nau2 travel tu. Harap cerita ni viral, and owner dia boleh claim dia balik.
Motippp aku emo?
Quote saviour_09 28-1-2021 02:00 PM
aku baca semalam owner co. kontena tu ambik jaga dia

huntung laaaa travel free, dapat owner kaya pulak lagi
Quote cikpah27 28-1-2021 02:33 PM
jiran aku ada jugak ambik bela kucing jumpa dalam kontena.. Anak dia kerja train kat sempadan.. Ada kucing masuk dalam kontena dari siam..
Quote exclusive_vvip 28-1-2021 06:37 PM
kucing ni jenis apa? Ada sesapa tau? I x bela kucing so xtau pasal jenis2 kucing ni..ada kucing kat area umah iols mcm rupa kucing mcm dlm berita ni, kelabu n gebu..dia makan roti gardenia..kisahnya, almost everyday i suka carik2 kan roti n campak bagi burung2 area umah iols ni..ada 2-3 kali i ternampak kucing tu pun pegi makan roti tu jugak..kucing x makan roti kan? Ke iols je yg xtau?
Quote bakingsoda 28-1-2021 09:26 PM
exclusive_vvip replied at 28-1-2021 06:37 PM
kucing ni jenis apa? Ada sesapa tau? I x bela kucing so xtau pasal jenis2 kucing ni..ada kucing kat  ...

ada kucing makan roti, siap roti gardenia butterscotch kucing ni jenis british shorthair, cuba tangkap gmabar letak kat fb kot2 kucing hilang tu. ramai je orang hilang kucing bsh

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.101380 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top