CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Jangan Terkejut Kalau Rakyat Jelata Kebuluran Sampai Ada Yang Mati'

27-1-2021 05:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6718| Komen: 58

Kerajaan terus dikritik kerana melaksanakan Perintah Darurat ketika rakyat dilihat berterusan terhimpit dengan tekanan ekonomi.

Ini kerana, harga barang dilihat gagal dikawal oleh kerajaan walaupun mempunyai banyak kuasa di bawah Ordinan Darurat.




Justeru, kelebihan itu sepatutnya digunakan bagi memastikan rakyat menerima bekalan makanan dan bantuan mencukupi terutama apabila kerajaan mengisytihar darurat untuk fokus kepada pandemik Koronavirus (Covid-19).

“Dalam keadaan ekonomi berfungsi hampir sepenuhnya pun kerajaan gagal mengawal harga dan bekalan makanan, bayangkan kalau ekonomi ditutup sekali lagi.

“Jangan terkejut kalau rakyat jelata kebuluran sampai ada yang mati.

“Data dan maklumat kerajaan menunjukkan bahawa yang mati boleh kata semuanya ada masalah kesihatan yang serius.

“Yang mati tentulah mati. Itu ketentuan Tuhan. Takkan yang hidup pula kita nak biarkan mati dengan menutup ekonomi?


“Jangan fikir hal Menteri, Ahli Parlimen dan kakitangan awam sahaja. Parlimen digantung pun mereka tetap dapat gaji.

“Fikir nasib rakyat jelata yang makan gaji dengan swasta, kerja sendiri, pencen swasta dan yang tidak ada sebarang simpanan. Kalau rantaian bekalan disekat, banyak akan kebuluran.”

Demikian kata bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) A. Kadir Jasin dalam hantaran Facebooknya mengulas kuasa kerajaan ketika Proklamasi Darurat.



Dalam hantaran sama mendakwa pendekatan darurat yang diambil oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah berbeza berbanding darurat zaman komunis.

Katanya, dahulu walaupun kerajaan mencatu makanan bagi mengelakkan bekalan sampai kepada puak komunis, namun rakyat tidak dibiarkan kelaparan.


Kredit foto: FB A Kadir Jasin

“Kalau harga minyak masak keluaran tempatan pun tak nampu dikawal, jangan cakap pasal darurat,” sindirnya. 


Sumber: Suara Merdeka

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 27-1-2021 05:47 PM
Menteri2 masa kabinet abah plg byk.. Tp plg selow buat keje.. Probation period lg ke..


Ebit liew tapau semua.. Senang2 dia jela take over.. Baru puas hati kaka klu tgk dia ke sana ke mari.
Quote lattehazelnut 27-1-2021 05:48 PM
Edited by lattehazelnut at 27-1-2021 05:51 PM

what the heck kan tunggu je la sampai 10k sehari kan.. biar pesakit dan mayat bergelimpangan kat depan hospital sbb penuh..
Quote mdhelmi 27-1-2021 05:49 PM
sbb tu org politik seboleh2nya  xnk jadi rakyat
Quote lattehazelnut 27-1-2021 05:49 PM
Kes rakyat miskin kat kelantan sebelum covid lg banyak dah berita keluar..
Quote white_musk 27-1-2021 05:53 PM
Belum pernah lagi akak dengar rakyat malaysia mati tidak makan. Semuanya gemuk2 saja
Quote MontanaHannah 27-1-2021 05:55 PM
lattehazelnut replied at 27-1-2021 05:49 PM
Kes rakyat miskin kat kelantan sebelum covid lg banyak dah berita keluar..

Ada org kata , miskin-miskin rakyat Kelantan adalah  sama dengan hidup biasa-biasa di negeri lain.

Susah-susah hidup di Kelantan sebenarnya xsusah miskin mcm hidup di negeri lain.
Quote sawi_bayam 27-1-2021 05:56 PM
Aku lagi pentingkan covid. Walaupun stres woi gaji kena potong manyakkk
Quote Nenasketum 27-1-2021 05:57 PM
Kelantanese memang ekstrem kan, yang kaya macam si Vida, yang miskin melarat. PN baru amik alih setahun, salah kan PN. Menteri Pas yang dari merdeka jadi MP buat apa? Beli Mercedez pandai. Rakyat tak pandai jaga.
Darurat hanya untuk tidak adakan PRN/PRU tapi semua kerja jalan, walau WFH.
Ni reputs cari ayam PH dah tukar baju kah?
Quote Skuau 27-1-2021 06:08 PM
ada beza darurat ngn pkp.....hanya pkp kali ini... diisytiharkan darurat sekali.....ahli politik jer campur adukkan benda ni....
Quote Tinot7 27-1-2021 06:35 PM
Harap2 ada yg membantu..
Ada ke yg mati kebuluran? Aritu mesia dinobatkan paling obes di asia tenggara..

https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/06/22/mco-diets-drive-up-malaysias-obesity-rates
Quote lavendernovella 27-1-2021 06:40 PM
Kena kurangkan jurang kaya dan miskin. Yg ni mmg fail.

Kena perkasakan zakat.  Yang ni krik krik krik...
Quote sarah82 27-1-2021 06:55 PM
Jap.. Aku tak tau pulak harga makanan naik.. Sebab aku beli nasi (hari aku malas masak)  hati ayam + pajeri terung + nasi + ayaq.. rm6.
Quote Kitty_catz 27-1-2021 07:12 PM
sarah82 replied at 27-1-2021 06:55 PM
Jap.. Aku tak tau pulak harga makanan naik.. Sebab aku beli nasi (hari aku malas masak)  hati ayam + ...

ang kat kedah, toksah compare la yg duk klang valley.. rm6 tu murah sarah oii

tpt meols, depa tak naik rega, tp lauk sayoq gred A depa dongred sayoq gred C

contoh meols order salmon teriyaki pasta,  salu depa letak sayoq brocolli sblm ni, alih2 depa dongred sawi hat pahit tu, rega sama... salmon tu ada kecik sket dr biasa..

sayoq dengaq mmg mahaii rega meroket ke bulan tak balik2 dah...
Quote sarah82 27-1-2021 07:15 PM
Kitty_catz replied at 27-1-2021 07:12 PM
ang kat kedah, toksah compare la yg duk klang valley.. rm6 tu murah sarah oii

tpt meols, depa t ...

Hat ni bukan citer kat Kelantan ka? Hahahaha.. Kedah pun kena pandai pilih kedai.. Aku kena baru ni.. Nasi separuh + paru + sotong kecik 3 ekor.. RM25..paru tu 1 senduk x penuh.. Hahahaha.. Esk lusa.. Aku nak jalan ke restoran Mutiara.. Depa bgtau aku nasi + ayam + daging + ayaq.. Baru rm10
Quote ufc214 27-1-2021 07:22 PM
Pelik betul, ustaz ebit dah habis tolong..masih ada lagi maka nan dlm sampah..biar betul
Quote dua_chzy 27-1-2021 07:26 PM
white_musk replied at 27-1-2021 05:53 PM
Belum pernah lagi akak dengar rakyat malaysia mati tidak makan. Semuanya gemuk2 saja

Betul. Miskin cemana pun, tetap gemuk terutama di Semenanjung.
Quote dua_chzy 27-1-2021 07:29 PM
sarah82 replied at 27-1-2021 06:55 PM
Jap.. Aku tak tau pulak harga makanan naik.. Sebab aku beli nasi (hari aku malas masak)  hati ayam + ...


Tempat aiol yang bukan pon KL ni, nasik plus lauk plus air cenggini dah kena RM 12. Limau ais bodo pun RM 3 segelas. Hanat namamps seropa rega bandar kota metropolitan. Kalau sedap takpa gak. Nanti if hada rezeki bukak kedai makan ai nak jual murah2.
Quote sarah82 27-1-2021 07:32 PM
dua_chzy replied at 27-1-2021 07:29 PM
Tempat aiol yang bukan pon KL ni, nasik plus lauk plus air cenggini dah kena RM 12. Limau ais bo ...

Huwaaa.. Mahainya...bersyukur iols...esk iols nak cuba nasi lemak.. Sbb pakcik tu ckp.. Nasi + ikan bilis + 1/4 telur rebus.. Harga RM1..dan sedap.
Quote dua_chzy 27-1-2021 07:38 PM
sarah82 replied at 27-1-2021 07:32 PM
Huwaaa.. Mahainya...bersyukur iols...esk iols nak cuba nasi lemak.. Sbb pakcik tu ckp.. Nasi + ika ...

Aiol dok kejap kat Muar dulu pun dah heaven makanan murah, inikan Kedah. Tadi ai beli bawang merah kecik (shallots) pun RM 12.50 sekilo, bawang putih RM 7.50 sekilo. Ni kat kedai runcit BMF dekat rumah. Nak murah sikit kena pi pasaraya besaq.

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.061408 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top