CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fyyn Jamal Hadap Pekerja Neraka, Tapi Tetap Ikut Undang-undang

28-1-2021 09:19 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7687| Komen: 26|Original author: Oleh: Cari-Azza


Foto : IG



"Malangnya ini malaysia, SOP ada, kena ikut juga."

Pelantun lagu Arjuna Beta, Fynn Jamal meluahkan pengalaman pahit sepanjang menjadi majikan.

Menurutnya, tidak mudah untuk menjadi bos apabila terpaksa berhadapan dengan pekerja bermasalah.

Melabelkan individu tersebut sebagai pekerja neraka, Fynn tetap bersabar mengendalikan masalah sebegini. Namun, itu juga punca yang membuatnya sakit kepala.


Foto :IG


Jika dahulu, dia sendiri terfikir mengapa ada majikan yang berbuat sesuka hati? Tetapi apabila terkena batang hidung sendiri, Fynn memahaminya, namun dia tetap mengikut undang-undang Malaysia yang pro pekerja.

"Staf kantoi menipu pun tokleh terus buang, warning dulu, itu pun lepas tegur tanpa warning berkali-kali barulah boleh keluar surat. Kantoi taik dadah, kena ada bahan bukti, kena pujuk suruh berenti. Memang ramai pulak chai ganja kat kubikel dia. Staf kelepet duit, staf hasut-menghasut, Staf mengelat OT. Macam-macam, kalau ikut hati gangster kita mmg settle tepi je."


Foto : IG

Fynn turut menyelar mana-mana pengasas produk yang mengajak individu untuk berniaga sekaligus menjadi bos sendiri tanpa menceritakan betapa sukarnya mengendalikan sesuatu syarikat.


"Fonda-fonda dan geng hasut berhenti makan gaji selalu cakap point 'marilah jadi boss untuk anak2 kita', tak cerita pun bahagian jadi boss boleh mental— yg mental sama— anak2 kita."


Foto : IG

Bagaimanapun, Fynn tidak menafikan ada kaki tangan yang bagus, tetapi untuk menemuinya sangat sukar, perlu menempuh pelbagai ranjau dan duri terlebih dahulu.

Jadi, mana lebih sukar, jadi boss atau pekerja?- CARI

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakakpositifker 28-1-2021 09:33 AM
Tah lahhhhhh. Nasib masing2. Ada baik ada buruk jadi boss
Quote jamilahpropa 28-1-2021 10:04 AM
Kena tenang jadi boss.. Memang susah nak buang staff lagi2 staff yg gaki bawah 2k.. Yg prnah jadi boss faham lah kenapa, tapi kita ada kuasa juga.. Boss kena relax, tenangkan diri n psiko je sampai dia x tahan and resign sendiri..

Kalau company besar yg ada HR serah je kerja itew kpd HR hehe
Quote airmineral 28-1-2021 10:07 AM
lumrah la jadi bos
kalau sume nak senang baik ko makan gaji je kak
tp makan gaji pon xsenang mane

eh byk plk bunyi
xkisah la jadi bos ke makan gaji ke pandai2 la nak bega2 kan jgn lurus bendul smp kena pijak. patut ko swasta lagi sng nk take action
Quote eyansss 28-1-2021 10:19 AM
tapi patutnya dah sampai masa undang2 membela majikan kena sama kuat dengan membela pekerja...   sebab memang ramai je pekerja neraka ni...  banyak pekerja neraka manipulate akta sebab tau majikan kena bagi beberapa peluang yang panjang untuk diorang...

untuk majikan, rajin2 call tenaga kerja supaya ada rekod u cuba ikhtiar so that pekerja neraka takleh nak manipulate...
Quote HoneyManjer 28-1-2021 10:47 AM
takyah la label org pekerja dari neraka bagai...

tak kena dgn imej n watak yang dia bawak kat nuritzen...

tuihhhh
Quote rogayahtop 28-1-2021 12:02 PM
banyakla kau punya cekadak anak jamal. Acah2 gengster pulak. Sebelum ni acah2 rebel, acah2 OCD, semua benda nak claim walhal cikgu omputih yg basic grammar pun fail.

Majikan mmg kena follow law, berjuta majikan kat malaysia ni. Ni acah2 majikan perfect pulak.  Kalau pekerja kau bercerita baru tau  

Teruskan beli produk sampah keluaran sampah.
Quote aderaderker 28-1-2021 12:20 PM
Tak setuju bab gelar pekerja neraka bagai tu.

Tapi ada staff mmg yg suka ambik kesempatan dengan employment act kekununnya. Sikit2 nak report.
Padehal tak sedar diri dia byk langgar rules company.

As long as company rules tak bercanggah dgn employment act, takyah la takut ambik tindakan kalau staff buat hal, cuma steps tu banyak and it's all about proper documentation.

Tapi jalan paling senang, guna psikologi.
Make sure staff tu tak selesa kerja dgn ko and dia blah.
Works fine with me
Quote husie91 28-1-2021 01:15 PM
HoneyManjer: takyah la label org pekerja dari neraka bagai...tak kena dgn imej n watak yang dia bawak kat nuritzen...tuihhhh



Tau takpee dasat labeling dia hHa
Quote nanies 28-1-2021 01:26 PM
ye lar kokspin, ko je laa yg bagus
Quote Ain_h 28-1-2021 02:19 PM
Semoga dipermudahkan fynn
Quote YomiuriLandMae 28-1-2021 02:23 PM
byk btol gossip pasal tibaiunta skrg ni..
Quote asamfish 28-1-2021 04:07 PM
Alaaaa.....you dulu masa jadi pekerja tak pernah menipu
Tak pernah cilok2
Tak kira la besar atau kecik
So....tak perlu nak merempan pekerja neraka bagai
Pernah masuk neraka ke nak label pekerja mcm tu
Quote Orix 28-1-2021 04:09 PM
dia ni followers ig mcm tuuu jah angka dari 2014.....
Quote tikusmontok 28-1-2021 04:32 PM
HoneyManjer replied at 28-1-2021 10:47 AM
takyah la label org pekerja dari neraka bagai...

tak kena dgn imej n watak yang dia bawak kat nur ...

Dia fefeeling  jadi pemdaftar pintu neraka ke hapa kokspin tu
Quote Nenasketum 28-1-2021 04:38 PM
Laki dia aritu kata dah gone mental, dapat bini dari neraka ke? Oooposss
Quote kiah_mai_pulak 28-1-2021 04:53 PM
@Cari-Azza kau ni reporter murahan dari neraka?? mmg suka bertenggek kat ig pastu buat kontent sampah bdoohhh mcm ni...
Quote HoneyManjer 29-1-2021 11:55 AM
tikusmontok replied at 28-1-2021 04:32 PM
Dia fefeeling  jadi pemdaftar pintu neraka ke hapa kokspin tu

hahahahahaha....!
boooo kokspin....
Quote September14 29-1-2021 01:11 PM
Suka2 je nak lebel org neraka... ntah2 sndri pun permgai teruk
Quote annehuda 29-1-2021 01:22 PM
masa die hire pekerja die tu ada buat perjanjian tak? ke pakai main tibai amek macam tu je?  sbb setau aku mana2 company mesti ada clause, kalau terlibat ngan taik dadah or perbuatan jenayah ni company ada kuasa nak buang diorg

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.056631 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top