|
Mahu berjimat punya pasal, seorang wanita jutawan sanggup makan makanan kucing sebagai hidangan makan tengah hari. Malah, ia pernah disajikan kepada tetamunya! Gaya hidupnya itu membuat dia berjaya berbelanja 730 pound (kira-kira RM4,038) sebulan. Lapor The Sun seperti dipetik Harian Metro, Aimee Elizabeth, 50, dari Las Vegas mengamalkan gaya hidup demikian meskipun mempunyai 3.5 juta pound sterling (kira-kira RM19.3 juta) di dalam akaun banknya. Aimee dikatakan dapat menjimatkan 146,000 pound sterling (kira-kira RM807,641) setiap tahun dengan hanya membeli barang terpakai dan enggan membuang barang yang kelihatan masih baik.
Malah, span lama yang digunakan untuk mencuci pinggan juga tidak diganti baru, selain pisau dapur tidak pernah dicuci. Sebaliknya, ia hanya dilap menggunakan tuala dan terus disimpan di dalam laci. "Saya menutup pemanas air. Saya perlukan hanya 22 minit untuk memanaskan air dan ia sudah mencukupi untuk mandi. Saya membuka suisnya, setiap pagi, ketika saya bangun tidur," katanya. - CARI
|


capiloton replied at 29-1-2021 12:16 PM
sebab jimat la dia jadi jotawan.
susah nak jumpa pompuan jenis jimat nih,

Churchill replied at 29-1-2021 12:23 PM
jimat dan kedekut adalah dua perkara yang sama wahai saudaraku capiloton
macam duit kerta rm10
...

lattehazelnut replied at 29-1-2021 08:51 AM
Rumah dia xde la nampak minimalist ke apa..
Ye ye je.. ntah2 dia xkuarkan duit dia..
tp pakai duit ...


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.241962 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.