Ustaz Nasrudin Hassan selaku Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia sememangnya layak menegur dan membetulkan akidah umat Islam yang akan terpesong sekiranya ada dalam kalangan kita yang merasakan ilmu agama penuh di dada.
Sedangkan pada hakikatnya, jika seseorang itu mahu berlagak sebagai seorang ‘USTAZAH’ hanya semata-mata dia bertudung, apakah ilmu agama yang ada di dalam dadanya itu setaraf dengan seorang ustazah? Catatan Ustaz Nasrudin di laman sosial Facebook menggunakan akaun miliknya amat menarik kerana beliau membicarakan soal tugas pendakwah yang semakin mencabar. Cabaran itu termasuklah daripada mereka yang merasakan diri itu seorang ‘USTAZ’ yang lahir daripada program realiti televisyen yang berkonsepkan keagamaan. Umpama seorang penyanyi melahirkan sebuah album yang berkonsepkan pelbagai genre. Menurut catatan Nasrudin, makin mencabar tugas dakwah kita semua pada zaman mutaakhir ini. Sehari dua ini kecoh pula dengan lahirnya agama baru yang dikenali sebagai Agama Melayu.
Menurut catatan Nasrudin lagi, Agama Melayu itu menggunakan lafaz syahadah yang pelik (seperti yang saya dengar lafaznya iLa Ha iLa Ra iLa Ma) dan disambung dengan pengakuan AKU MELAYU sebanyak 7 kali. Ibu Yati ialah bekas pelajar dari sebuah institusi pengajian awam tempatan. Dia pernah bertugas sebagai pemberita di bawah sebuah organisasi suratkhabar sekitar tahun 2004. Dia juga pernah ‘bermain-main’ di Johor dan mempunyai hubungan yang baik dengan seorang pensyarah di sebuah universiti di Johor pada tahun 2005/2006. Menggelar dirinya sendiri dengan panggilan IBU YATI, dia menggunakan platform media sosial untuk berkomunikasi dengan khalayak. Jika hari ini dia melahirkan sebuah agama baharu, adalah elok lagi wajar mendapat teguran daripada pihak majlis-majlis agama dan ustaz yang bertauliah serta ustazah yang bertauliah dalam erti kata sebenar! Sumber: Suara Merdeka |
najib888: Edited by najib888 at 29-1-2021 11:59 AM Ok.. yang aku tak faham mai mana pula cerita IBU YATI tu? Berjinak-jinak dgn apa? Bagi la cerita full.. ma ...
ADVERTISEMENT