Pernahkah satu ketika anda selepas anda membuat carian tentang suatu barangan, anda akan menyedari terdapat banyak iklan yang berkaitan barangan anda cari itu muncul di laman Facebook? Ia merupakan satu fungsi Facebook yang dikenali sebagai ‘Off-Facebook Activity’. ‘Off-Facebook Activity’ atau ‘Aktiviti Luar Facebook’ adalah ringkasan aktiviti yang dikongsi oleh perniagaan dan organisasi kepada syarikat Facebook, mengenai interaksi pengguna, seperti mengunjungi aplikasi atau laman web mereka. Syarikat atau organisasi ini menggunakan ‘Business Tool’ seperti Facebook Login atau Facebook Pixel, untuk berkongsi maklumat pengguna mereka kepada Facebook. Dari situ, Facebook boleh mencadangkan iklan, group dan page yang bersesuaian dengan minat pengguna, berdasarkan apa yang dicari.
Pendek kata, Facebook tahu apa yang anda lakukan semasa anda tidak menggunakan aplikasinya, bagi tujuan bisnes dan promosi. Meskipun Facebook mengakui fungsi ini tidak membahayakan data peribadi pengguna, ramai yang risau akan privasi dan keselamatan diri. Justeru, bagi menutup fungsi ‘Off Facebook Activity’ ini, berikut adalah caranya: 1. Klik pada Setting & Privacy > Settings. 2. Klik ‘Your Facebook Information’ 3. Klik ‘Off-Facebook Activity’ untuk melihat aplikasi apa yang sedang/telah dikongsikan bersama Facebook. 4. Klik More Option > Manage Future Activity > Tutupkan fungsi ‘Future off-Facebook Activity’ 5. Selesai. Sumber: Era.je |
hyie replied at 29-1-2021 12:08 PM
makasih untuk infonya yach dah buat..
Churchill replied at 29-1-2021 12:17 PM
mesti kaka suka tengok tumblr gambar artis dan burung-burung lemas mereka bukan?
prfffffffff ...
hyie replied at 29-1-2021 12:39 PM
tumblr wujud lagi ke sisthur? so yesterday lah chuols...orang skang tengok kat twitter je berla ...
ADVERTISEMENT