CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

533 Juta Nombor Telefon Pengguna Facebook Dijual Melalui Bot Telegram

29-1-2021 10:54 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2208| Komen: 3



Semakin hari, semakin banyak ancaman siber yang dilakukan di seluruh dunia. Jika sebelum ini maklumat pengguna Pixlr tertiris, kini laporan daripada Motherboard menyatakan sebanyak 533 juta nombor telefon pengguna Facebook telah dijual melalui bot Telegram.

Penganalisis sekuriti, Alon Gal mengatakan bahawa maklumat tersebut diperoleh daripada kerentanan Facebook yang sudah dikemaskini pada tahun 2019.

Maklumat ini dijual dengan harga US$20 untuk carian tunggal atau boleh membelinya secara pukal sehingga 10000 kredit pada harga US$5000.


Menerusi bot telegram tersebut, ia membenarkan untuk membuat dua perkara iaitu sama ada memasukkan ID Facebook untuk mendapatkan nombor telefon atau memasukkan nombor telefon bagi mendapatkan ID Facebook.

Tambahan lagi, bot telegram ini telah berjalan sejak 12 Januari 2021 lagi dan kata Facebook, pencerobohan data pada tahun 2019 itu adalah benar.

Berdasarkan data yang dikongsikan, sebanyak 11,675,894 nombor telefon pengguna Facebook yang terkesan di Malaysia.

Sekiranya nombor telefon anda masih sama selepas Ogos 2019, berkemungkinan besar nombor serta maklumat anda dijual. Disebabkan ini juga, mungkin anda menerima panggilan atau spam kebelakangan ini.

Buat masa sekarang, pihak Motherboard atau penganalisis sekuriti masih belum diketahui sama ada mereka menghubungi pihak Telegram untuk menutup bot Telegram tersebut.





Sumber: vice, Alon Gal via, Wiser.my
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • namemysoul

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bihungoreng 29-1-2021 04:12 PM
Dah telegram pulak problem.. arini kecoh wasap statust official tu scammer.. macam2.. macam serangan fb/ wasap ke atas telegram je ni.. hahahaha
Quote Wimoon 29-1-2021 11:05 PM
Patut semalam aku dpt msg hai dekat telegram dr org aku tak kenal..Keluar nama dia mcm bangla je. Terus aku block nombor tu.
Quote CiliPadiSedap 31-1-2021 05:02 PM
kat atas ni ada peminat bangla

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.038882 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top