CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dari Saja-saja Nak Buat Makan Petang, Alyah Tak Sangka Bisnes Karipap Laku Keras

30-1-2021 10:32 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 7374| Komen: 30|Original author: Oleh: LilRose

Orang ramai memanfaatkan musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini dengan menghasilkan makanan untuk dijual termasuklah golongan selebriti.


Kredit foto: IG


Begitu juga dengann penyanyi Datin Alyah yang gembira percubaannya menjualkuih tempatan, karipap mentah mendapat sambutan baik.






Ketika sesi live di Instagram bersama pengikutnya, Alyah menceritakan bahawa idea itu berlaku secara spontan.

"Pada awalnya saya rasa nak makan karipap untuk menu petang. Jadi sajalah suka-suka ???live??? di IG pada waktu sama dan saya kata kalau ada yang mahu, bolehlah tempah.

"Tak sangka pula daripada sekadar bergurau, ramai pula yang berminat untuk buat beli. Ingatkan yang tempah sedikit saja, tapi pembantu saya kata lebih 300 biji tempahan telah diterima.

"Memang terkejut, tapi saya kira ini salah satu punca rezeki untuk tambah pendapatan dalam fasa pandemik ketika ini. Saya terima tempahan selama beberapa hari dan alhamdulillah, sambutan yang diterima cukup positif," katanya dipetik Media Hiburan.

Tambah Alya, dia menu akan dijual berselang-seli supaya pembeli boleh menukar cita rasa.


Kredit foto: IG

"Suami menyokong, memandangkan dia dan keluarganya di Singapura juga cukup mahir dalam bab masakan. Ramli minta saya untuk buat bisnes ini secara serius.

"Malah dia ada rasa dan menilai serta bagi input apa yang perlu ditambah baik. Tapi bila jalankan bisnes ini,  ia tidaklah bermaksud saya nak hadkan kerjaya. Memandangkan situasi negara ketika ini, rasanya lebih baik untuk kita cuba cari hobi lain juga," katanya. - CARI

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jemahjemah 30-1-2021 10:54 AM
Ala kosong bebenag cik yah ni. Cayok cik yahh
Quote makneng 30-1-2021 11:07 AM
Sedapnya karipap.. Harap tinyah jual karipap berinti padat ya
Quote jalfa 30-1-2021 11:16 AM
Cantiknya datin...ploles sgt muka..suka tgk muka pinkish
Quote MontanaHannah 30-1-2021 11:27 AM
Ada sebab kenapa Dato' Ramli MS pilih Alyah sebagai isteri.

Adalah tu istimewa dimana-mana.
Quote Mawar91 30-1-2021 11:58 AM
Artis jual pape kompom laku.Ade je org yg akan beli even bende tu mahal.Tpi klu makcik Kiah jual karipap tepi jalan limeposen pon katenye mahal.Rezeki mereka2 yg ade name ni.
Quote imanjannah 30-1-2021 12:03 PM
baguslah..waktu2 gini kreatif cari rezeki, terlalu ramai yg terkesan dengan pandemik ni
Quote mieymiey 30-1-2021 12:29 PM
Retis jual sky juice pun berebut pemenat nak beli
Quote chandrahusin 30-1-2021 01:53 PM
Untung org popular
Jual apa pun ada sambutan
Quote me12345 30-1-2021 02:05 PM
Bagus lah...rajin sementara org nk beli, jual.
Quote fadz84 30-1-2021 02:10 PM
Kira macamana karipap Tinyah tu? Skrg Klu kat luar org jual yg frozen tu 10biji rm6.
Quote Nenasketum 30-1-2021 05:56 PM
Gambar th macam boss dengan maid yindon nya.
Quote sleepandream 30-1-2021 07:08 PM
kenapa gambar karipap tak keluar pon?
btw 300 biji karipap takdela banyak mana... kalau 30k tu gempaklaa
Quote hotmak 30-1-2021 07:45 PM
banyaknya ambik order sampai 300biji, mesti ada org lain tlg ni, klu sorang2 jenuh
Quote dudaberhias 30-1-2021 07:54 PM
Mawar91 replied at 30-1-2021 11:58 AM
Artis jual pape kompom laku.Ade je org yg akan beli even bende tu mahal.Tpi klu makcik Kiah jual kar ...

Tapi tu la, tergamak betul orang2 yang pertikaikan harga kuih orang jual tepi jalan, peniaga terpaksa naikkan 10 sen pun ada yang berkira. Kalau takde duit sangat atau nak cari murah lain kali jangan beli terus je. Pergi je cari tempat lain atau buat sendiri. Why perlu keluarkan kata2 yang tak menguntungkan peniaga mahupun bawa keuntungan pada diri sendiri. Bukannya dapat diskaun pun.
Quote virgo19 30-1-2021 08:15 PM
Orang kayangan ni tak payah la nak meniaga makanan simple2 mcm ni, bagi la rakyat marhaen je yg berniaga. Ye tau rezeki masing2, tapi entah la.. time2 pandemik mcm ni ramai yg kena buang kerja cuba nasib jual makanan tapi terpaksa bersaing dgn org kayangan. Kalau org kayangan tu mmg dah meniaga dari awal tu lain la cerita, ni yg konon2 baru nak start sbb nak tambah pendapatan waktu pandemik, padahal laki kau tu kaya kot, tak terjejas pun rasanya.
Quote helicornia 30-1-2021 08:30 PM
koser la aku beli apa yg artis jual
buat apa nk mengkayakan lagi dorang
baik aku beli produk ibu2 tunggal ke, usahawan kecil ke
Quote SepupuBen10 30-1-2021 08:54 PM
Pakaian mereka tak jive dlm gambar tu. Mcm boss dgn staf operasi kilang. At least kalo suami pakai suit..isteri pakaila formal juga baju kurung moden / kebaya / office suit / dress.
Quote zie_indah 30-1-2021 09:26 PM
Terbaik datin i suka kesungguhan tinyah be bisnes
Quote rayna_raynes 30-1-2021 09:54 PM
Kalau kat forum cari ni menjual karipap tu lain maksudnya kahkahkah

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.055519 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top