KUCHING: Sebanyak 34.5 peratus daripada kes kehamilan remaja bawah umur di Sarawak, tahun lalu, berada dalam usia persekolahan dari semuda 10 hingga 17 tahun.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak negeri, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata Sarawak merekodkan 58.9 peratus kes remaja bawah umur hamil tanpa berkahwin pada tahun lalu. Beliau berkata, bilangan kes itu meningkat ketara sebanyak 23.3 peratus dalam tempoh enam tahun berbanding 35.6 peratus pada 2014. "Hasil tinjauan dan analisis awal Majlis Pembangunan Sosial melalui statistik serta data kehamilan remaja, pelbagai faktor dikenal pasti sebagai punca, termasuk pergaulan bebas, pengaruh dadah dan 'substance', serta jenayah seksual.
"Turut menyumbang kepada masalah itu ialah kawalan ibu bapa atau penjaga yang longgar, masalah keluarga dan kemiskinan keluarga. "Selain itu, keinginan untuk hidup mewah, pendedahan awal kepada kandungan media sosial, pengetahuan pendidikan seksual yang rendah, keciciran dari sekolah, serta kurang pendidikan agama dan nilai moral," katanya. Beliau mendedahkan perkara itu pada sidang media selepas Mesyuarat One Stop Teenage Pregnancy Committee (OSTPC) Peringkat Sarawak, di sini, hari ini. Fatimah berkata, pada tahun lalu saja, pihaknya mendapati sebanyak 96 peratus daripada 2,099 kes kehamilan remaja di Sarawak membabitkan mereka yang tercicir persekolahan. "Kehamilan dalam kalangan remaja tidak bersekolah meningkat sebanyak 0.77 peratus, tahun lalu, kepada 96.17 peratus berbanding 95.4 peratus pada 2014," katanya. Beliau berkata, Samarahan mencatat peratus tertinggi remaja hamil bawah usia 16 tahun mengikut bahagian pada tahun lalu membabitkan 8.8 peratus, diikuti Kapit (8.5 peratus) dan Betong (8.0 peratus). Bagaimanapun secara terperinci antara 2014 hingga 2020, katanya, tiga bahagian merekodkan bilangan kes remaja hamil yang tertinggi ialah Kuching, Sibu dan Miri. "Secara keseluruhan dalam tempoh itu, bahagian Kuching merekodkan 3,599 kes remaja hamil, Sibu (2,387) dan Miri (2,537)," katanya. Sumber : Berita Harian |
wnwa05 replied at 31-1-2021 08:46 PM
Islam tu indah.rasa mampu dan nak elak zina kahwin je janji dah akhil baligh. tapi ramai juga hentam ...
notM replied at 31-1-2021 08:49 PM
Dulu Aku pernah kerja kat Sarawak....kemudian balik ke Semenanjung.
Sebab aku rasa anak2 aku tak ...
notM replied at 31-1-2021 08:49 PM
Dulu Aku pernah kerja kat Sarawak....kemudian balik ke Semenanjung.
Sebab aku rasa anak2 aku tak ...
Perawankota replied at 31-1-2021 10:15 PM
Bapak aku askar, masa mak aku ngandungkan aku dulu, dorg duduk kat Sarawak. Tapi bila usia kandung ...
missyL replied at 31-1-2021 10:31 PM
U keje mane dulu kt swak..
Huhu. Risau plk
notM replied at 31-1-2021 10:38 PM
Somewhere around Simunjan...Aku pernah lepak dengan kawan Aku org Semenanjung dekat Gedong malam ...
notM replied at 31-1-2021 10:33 PM
Sama kes la dgn meols la...Sarawak ni susah nak explain.
Kalau dah pergi sana baru tahu.
notM replied at 31-1-2021 10:33 PM
Sama kes la dgn meols la...Sarawak ni susah nak explain.
Kalau dah pergi sana baru tahu.
Perawankota replied at 1-2-2021 02:49 AM
Dorg mmg x racist tapi dorg terlalu open kan..
shernazz replied at 1-2-2021 12:45 AM
Kedai apa kedai wak badol tu?
notM replied at 1-2-2021 07:11 AM
Tanya la orang Melayu Sarawak apa kedai Wak Badul tu
domestobot replied at 1-2-2021 07:16 AM
baik ko cerita je, aku duduk Kuching pun tak tau apa benda kedai ko cakap ni tapi ya memang betu ...
notM replied at 1-2-2021 07:18 AM
Rumah pelacur...bawah tu kedai makan....
Kitorg x sembang terbuka pasal rumah pelacur Tau...l ...
notM replied at 1-2-2021 07:08 AM
Diorg racist sesama Sarawak bila mengumpat dengan kau...lepastu racist terhadap kau pulak dengan ...
ADVERTISEMENT