|
Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Shuk Sahar meminta pengikutnya di media sosial untuk sama membantu mendoakan rumah tangganya kekal bahagia.
Shuk menerusi perkongsian di Instagram semalam, memuat naik video bertemu lagi dengan dua anak perempuannya, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi, berusia setahun untuk melepas rindu. Katanya, dia sangat merindui keluarga dan anak-anaknya. Malah, Shuk turut bercadang membawa anak-anaknya berjalan-jalan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir. "Hari ini dapat jumpa anak-anak sekali lagi. Nanti, lepas PKP kita pergi jalan-jalan tau. Sekarang ini, tak dapat nak jalan-jalan sebab PKP. "Sebenarnya rindu sangat pada keluarga dan anak-anak saya ini. Bila dapat jumpa macam ini pun dah okay sebenarnya, harap kalian dapat doakan kebahagiaan kami dan semoga semuanya kekal hingga ke syurga," katanya.
Rata-rata warganet yang meninggalkan komen bersimpati dengan Shuk serta memintanya bersabar dan banyakkan berdoa semoga segala urusan dihadapi dipermudahkan oleh Allah SWT.
|




gelabah totey lettew hilang jobladyzens replied at 1-2-2021 09:48 AM
confuse betul sis tgk dorg ni.
sorg nampak dah balik rumah suami balik,
yg fara salleh duk tunjuk ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.293736 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.