CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rita Rudaini Pecah Rahsia, Aidil Datang Tidur Dengan Anak-Anak Seminggu

1-2-2021 09:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 67633| Komen: 384

Pelakon Rita Rudaini, 45, dan bekas suaminya, Aidil Zafuan, 34, sehingga masih belum menemui titik noktah berhubung kemelut yang melanda antara mereka berdua.


Terkini, Rita dilihat telah mendedahkan satu rahsia dimana Aidil pernah datang ke rumah dan tidur dengan anak-anak, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna selama seminggu.

Difahamkan, kejadian tersebut terjadi sebelum Aidil mendirikan rumah tangga dengan Zarema Zainal. Malah, Rita berkata yang dia turut memasak untuk Aidil dn anak-anak makan bersama.

Tegas Rita atau nama penuhnya Rita Rudaini Mokhtar, dia terpaksa membuka rahsia kerana sudah banyak fitnah yang tersebar.


Kredit foto: IG


"Siap masak bagi ayah dan anak-anak makan bersama-sama. Jadi apa lagi? Haishh sebenarnya tak mau cerita sebab ini rahsia saya dan Aidil. Tapi banyak pula pihak sana tabur fitnah kan. Jadi inilah kisah," kata Rita menerusi ruangan komen di laman Instagram (IG).

Dalam pada itu, pelakon filem 'Mami Jarum' ini berharap agar pihak berkaitan tidak melenting kerana dia berkongsikan cerita sebenar. Dalam masa sama, dia turut memohon agar tidak lagi mengganggu kehidupannya bersama anak-anak.



"Jangan marah na. Ini adalah kisah benar, tak baik mohong (tipu). Dosa.. Bila dah ada yang mengungkit, jadi makanya kami nak habaq (bagitahu) lah perkara sebenar. Jangan dok kata kami yang dok hingaq (bising). Jangan dok kacau la kalau dah rasa bahagia dengan plan korang.

"Ke masih tak puas hati tengok saya masih elok hidup besarkan malaikat kecil saya? Insya-Allah. Allah tak pernah tinggalkan kami. Saya percaya, Allah akan lindungi orang yang benar dan teraniaya. Bahagia lah dengan cara sendiri. Masing-masing ada bahagian yang Allah dah janji. Jangan cuit, kalau tak mau terpelanting," tulisnya lagi.


Kredit foto: via Gempak

Terdahulu, Aidil mengeluarkan kenyataan mengenai kekesalannya difitnah dan dimaki sehingga menyebabkan dia tampil bersuara mempertahankan diri. Tidak hanya mendiamkan diri, Rita menegaskan dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang didakwa bekas suami, iaitu mengenai pemberian nafkah kepada anak-anak. -CARI

Sumber: Gempak


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kuchenta_81 1-2-2021 09:20 AM
Zaman bila bagi jumpa tu? Zaman tok kaduk?
Quote Belibis 1-2-2021 09:21 AM
Berpa banyak lagi benda yang tak mau cerita,tapi dah tercerita?
Teringat sorang MB negeri pasir berdengung,selalu melawat fakir miskin senyap2 bersama PA yang up load kat media so siallll.
Quote Nana_Man 1-2-2021 09:25 AM
Hahahhaha... apa lagi rahsia yg ada? Share more pls....
Quote sleepandream 1-2-2021 09:29 AM
so apa isu sebenarnya... kau nak duit nafkah tambahan je kan sebab 3k sebulan tak cukup kan...
meleret2... complicated betul pompuan ni... patutla aidil let go
Quote missHaidiD 1-2-2021 09:32 AM
Aidil ni bapa yg baik rasanya.  Tp ramai toxic sekeliling dia kot.  Bgs la kalau dia ingt kt ank2 dia dgn rita kan. Ank lelaki waris kuat.  Muka copypaste pulak tu.  Mau tak sayang
Quote AshkieLa 1-2-2021 09:32 AM
motif? so nak kata sbb ade bini baru...
ko takleh manja2, masak untuk ex ko tu dah?
Quote stania83 1-2-2021 09:33 AM
Dia ni mcm tak waras je..saiko teruk..
Quote annehuda 1-2-2021 09:44 AM
Aku baca kt link ni

https://www.facebook.com/1468940343419769/posts/2993224174324704/

Ritrud ngan ex die tu cerai sbb org ketiga ke uols? Tak tau plak aku. Tapi baca komen mcm berapi je akak tu. Tengok muka laki die tak hensem kot, takkan laki tak hensem pun kene sondol jugak
Quote manehnya 1-2-2021 09:53 AM
saja ja dia up citer lama, yg tu yg ada kan...

nk test tgk boleh tak ganggu gugat rumah tangga edel....

weii org tu dah move forward dah...  tah ka dok plan nk anak perempuan pulak ... bkn mcm nekrita, masih hidup dgn kenangan lalu....
Quote KIM.K 1-2-2021 09:55 AM
Tak baik bukak aib gitu..betul2 nak bagi malu ex. Takboleh kena cuit sikit

Dendam sungguh dgn ex. Esok anak dah besar jgn gila control life/rumahtangga anak. Ciri2 dah keluaqq
Quote deebiz14 1-2-2021 10:00 AM
So.. motip nak hancurkan pulak rumahtangga ex ngan bini dia sekarang ke aper?

Malas da nak  bace psl si ritrud ni. Orang tu da kawen lama da branak pinak pun... ko meratip ngata orang tu tak abes2.  MOVE ON LAH ... you deserve better kot.

Nak duit lebih untuk anak2 gi je la tuntut at the right platform. Malu la pulak jadi orang pompuan prangai camni.
Quote 4cupcakes 1-2-2021 10:12 AM
Yg bini hat belah sana tu masih dok kacau2 dia lagi ke?
Quote pichee 1-2-2021 10:14 AM
Gila! X perlu pn up citer lama   
Quote sha21 1-2-2021 10:17 AM
Aku tetap team ritrud no matter what! Tiberrrrrrrrr
Quote umisha 1-2-2021 10:20 AM
Terkenang semasa dulu.
Udah2 le....redho je. Buang yg keruh ambil yg jernih.
Quote mantan 1-2-2021 10:22 AM
ulang cerita berapa kurun lepas la... orang tu dah kawin dapat anak dah.. hang dok mengharap dia pi tidoq dengan masak untuk anak-anak ka?
Quote NazRysha 1-2-2021 10:26 AM
memang sah betina ni mental
Quote Noraniza_Iblis 1-2-2021 10:41 AM
die ni jenis..
mulut bawah kne sumbat dgn edel baru mulut ataih katup kot..
dok meroyan tk habis..
Quote Harley_Quinn 1-2-2021 10:45 AM
Ermm nmpk mcm dia x move on lg jee ni.

Lihat semua komen(384)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.069657 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top