Tidak menyangka ianya gambar terakhir yang dirakamkan oleh seorang isteri sebelum suaminya ditelan seekor jerung pembunuh. Keluarga itu, Duncan, Taylia Craw termasuk anak lelaki mereka, Levi, 2, ke pantai Limestone Coast, Australia bagi menikmati keindahan alam. Sementara Taylia berjemur dan Levi pula leka bermain pasir, suaminya pula membuat aktiviti snorkelling. Ketika itu ah Taylia sempat merakamkan memori Levi dengan suaminya sebagai latar belakang pada jam 5 petang. Malang menimpa apabila beberapa ketika, suaminya hilang dari pandangan. Pasukan penyelamat dihubungi dan setelah bertungkus lumus beberapa jam mencari, mereka menemui mayat yang terapung di kawasan sama. Setelah diperiksa, terdapat kesan gigitan jerung putih yang berkeliaran di situ. Bagaimanapun, menurut keluarga Duncan, mereka percaya yang Duncan meninggal dunia disebabkan masalah kesihatan bukannya disebabkan gigitan jerung tersebut. "Biarpun sedih, tapi kami percaya yang dia pergi dalam keadaan aman di dalam air, bukannya kerana jerung." Berikutan itu, satu tabung derma kilat telah dilancarkan di laman sesawang GoFundMe dan mensasarkan AUD50,000 bagi membantu keluarga ini. Setakat ini, derma yang sudah dikumpul adalah sebanyak AUD42,000 setelah tiga hari dilancarkan. - CARI
|
kakakpositifker replied at 1-2-2021 05:18 PM
Kesian. Syurga tempat anaknya
eyansss replied at 1-2-2021 09:06 PM
suami dia kan... bukan anak dia...
tikusmontok replied at 1-2-2021 10:15 PM
Tajuk thread bodow
ADVERTISEMENT