Kakak kepada Emma Maembong, Beby tampil mempertahankan adiknya selepas menerima kecaman daripada warganet yang tidak berpuas hati dengan foto menunjukkan dia sedang mengepam susu badan.
Dalam foto itu, Emma kelihatan tersenyum sewaktu berjalan dan dalam masa sama mengepam susu badan untuk anak sulungnya. Menurut Beby, tindakan Emma itu tidak salah kerana tidak menampakkan perkara memalukan. "Sebagai ibu menyusu, kita melakukan yang terbaik untuk bayi kita. Tapi, kat komen Emma Maembong ramai yang otak udang cakap tak malu, tengah pam pun nak tunjuk. "Eh, yang komen tu mesti tak ada anak atau ustaz palsu yang baru nak up. Vodoooo (bodoh) berguni-guni tau. "Bagi saya, tidak ada yang pelik dengan gambar ni. Tak ada apa-apa atau tunjuk apa-apapun. Sama ja macam normal Outfit of the Day (OOTD). Jadi, apa nak malunya?" tulisnya.
Tambah ibu tiga anak itu, dia juga akan mengepam susu tidak kira di mana saja berada termasuk di depan staf dan di pusat membeli belah. Sumber: Gempak |
fadz84 replied at 1-2-2021 11:35 AM
Dh kena covid aritu pun x reti lg nk duk rmh.. susah betul org cmni
Skuau replied at 1-2-2021 11:37 AM
mana gambornya???
Skuau replied at 1-2-2021 11:37 AM
mana gambornya???
shernazz replied at 1-2-2021 11:39 AM
Ada kat atas uols
Iols tengok ada je keluar pic ny
Hoho...
Skuau replied at 1-2-2021 11:41 AM
Igtkan gambor dia buat secara 'MANUAL'....
newme11 replied at 1-2-2021 11:45 AM
diorang ni dah hilang kemaluan diri ke apa?
semua benda nak tayang????
ADVERTISEMENT