Pelakon, Datin Elvina Mohamad tidak mampu menidakkan watak antagonis, Ruhila dalam drama Takdir Yang Tertulis memberi impak cukup besar dalam kerjaya selepas lebih tujuh tahun bergelar pelakon.
Sejak disiarkan menerusi menghiasi slot Samarinda, TV3 drama arahan Shahrulezad Mohameddin itu terus menyentak emosi penonton dan sohor setiap kali bersiaran. Selain Elvina, drama 15 episod itu dibintangi Nad Zainal, Nazim Othman, Didie Alias, Alvin Chong dan Uchee Fukada. Lakonan Elvina dikatakan membangkitkan amarah penonton. Elvina berkata, watak teman baik Juweta lakonan Nad berjaya dilakonkan dengan baik hingga mengundang sumpah seranah, nista dan cacian netizen dalam media sosial. "Watak Ruhila sangat memberi impak dalam kerjaya lakonan saya. Pada satu tahap, saya sendiri tak sanggup nak membaca komen negatif dalam media sosial. "Saya dikecam, malah ada yang betul-betul terbuai emosi dengan karakter jahat Ruhila sampai menyumpah dan mengharapkan mendapat balasan setimpal. "Saya jadi takut, tetapi dalam erti kata lain, saya puas hati, lakonan saya menjadi. Saya harus berterima kasih kepada pengarah kerana berjaya mengeluarkan sisi berbeza dalam lakonan," katanya kepada BH Online. Elvina yang sebelum ini pernah menjadi kebencian menerusi drama Isteri Untuk Diiktiraf berkata, sudah tiga kali menjayakan watak antagonis.
|
Carcosa replied at 1-2-2021 02:48 PM
Alahhh menguaplah gossip2 mcm ni {:laugh
Balik2 kena maki lah, kena seranah lah, kena ludah, simba ...
Masukkeluar replied at 1-2-2021 02:55 PM
kulit dia ni mmg lawa gila dlm tv..putih mulus flawless. aku tgk drama ni asik perhati kulit dia.lol ...
ADVERTISEMENT