Seorang pemuda tidak berpuas hati disaman polis akibat tidak memakai pelitup muka semasa bekerja di restoran. Muhammad Adam Fahmy Mohd Hasni mendakwa, ketika kejadian beliau sedang menyalai daging di dapur bersendirian.
“Saya disaman polis sebab salai daging tak pakai pelitup muka. “Saya bersendirian di dapur (bukan tempat sesak orang), salai daging, dapur salai banyak asap, kalau pakai pelitup muka boleh mati tak bernafas,” catatnya di Twitter dengan nama akaun @JINbara_. Adam juga mendakwa ketika itu beliau bersuara dan memberi alasan munasabah namun tidak diendahkan polis terbabit. Dia juga mempersoalkan tindakan anggota polis itu sedangkan kerajaan sendiri melonggarkan pemakaian pelitup muka jika tidak berada “di tempat awam yang sesak”. “Saya di dapur sendirian. Pelanggan pun kita tak bagi masuk, ambil tempahan dari luar kedai sahaja, SOP (operasi prosedur standard) mana lagi yang aku tak ikut," katanya. Hantarannya sejak semalam dikongsi hampir 15,000 kali dan mendapat lebih 13,000 tanda ‘suka’. Pengguna Twitter di ruangan komen menganggap saman yang dikenakan tidak wajar dengan menunjukkan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang terkini. Ada yang mencadangkan pemuda itu agar membuat bantahan di mahkamah. Namun, menurut Adam beliau tidak memiliki bukti untuk mengesahkan kejadian kerana premis kerjanya tidak ada kamera litar tertutup (CCTV). Sumber: ProjekMM |
Tinot7 replied at 1-2-2021 04:04 PM
voley ke virus ni merebak dlm api tu???
kalau nak sediakan makanan, mmg sop kena pakai mask ka? siy ...
prettyuglybabe replied at 1-2-2021 04:27 PM
nama pun jual makanan..
tak kira la kau sorang ke, jarak 1km dengan orang ke..
kalau prepare makan ...
supernaturalee replied at 1-2-2021 04:46 PM
Halah2 comelnya sheldon pakai mask
ADVERTISEMENT