WASHINGTON: Tidak perlu penutupan penuh di seluruh negara sekiranya lima langkah amalan kesihatan ini diamalkan semua pihak. Saintis terkemuka Amerika Syarikat, Dr. Anthony Fauci berkata, kesimpulan ini dibuat berdasarkan trajektori kes yang didapati di negeri-negeri Amerika Syarikat. “Tidak perlu penutupan sepenuhnya jika semua orang mematuhi amalan kesihatan awam asas iaitu memakai pelitup muka, penjarakan fizikal, elak kawasan sesak khususnya di kawasan tertutup dan melakukan aktiviti yang dibenarkan di dalam atau di luar bangunan selain kerap membasuh tangan,” katanya di Persidangan COVID-19 Persatuan AIDS Sedunia (IAS) pada Isnin. Jelas Dr. Fauci, pihaknya mendapati negeri di Amerika Syarikat yang tidak mengamalkan lima langkah kesihatan ini mempunyai trajektori kes yang lebih buruk berbanding negeri yang mengamalkannya.
Pada masa yang sama, Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat itu berkata penutupan penuh akan menyebabkan kesan ekonomi yang sangat buruk. Sumber ; Astro Awani |
jajahoney replied at 2-2-2021 10:32 AM
Dia paling juara ditangga atas lagi nak ajar orang
AbukRokok replied at 2-2-2021 01:13 PM
hahaha munafik
dulu kemain marah trump menentang lockdown
LadyCarefree replied at 3-2-2021 11:04 AM
I nak Msia ikut contoh New Zealand. Australia pun ikut style NZ.
LadyCarefree replied at 3-2-2021 11:04 AM
I nak Msia ikut contoh New Zealand. Australia pun ikut style NZ.
jajahoney: Dia paling juara ditangga atas lagi nak ajar orang
ADVERTISEMENT