Satu lagi kes rogol di Uttar Pradesh, India menyaksikan seorang wanita dirogol lima lelaki bawah umur. Mangsa, wanita berusia 35 tahun turut tular apabila video kejadian itu disebar dan dijual secara dalam talian pada harga 300 rupee (RM16.60), lapor India Times.
Selain lima remaja berusia antara 15 hingga 17 tahun itu, seorang lelaki dewasa turut ditahan bagi membantu siasatan, dedah polis pada Jumaat. Difahamkan, mangsa dan pelaku menetap di kawasan kejiranan sama dan saling mengenali. Kejadian itu dikatakan berlaku pada Oktober lalu dan video dirakam menggunakan sebuah telefon bimbit. Sumber: mStar |
ADVERTISEMENT