CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Diracun 3 Rakan Sekelas Kerana Dapat Markah Tertinggi

2-2-2021 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2512| Komen: 7

Tiga remaja perempuan hilang pertimbangan angkara cemburu apabila rakan sekelas memperoleh markah tertinggi dalam kelas.

Mereka ditahan polis kerana menyebabkan kematian pelajar terbaik berkenaan selepas meracun makanan mangsa.



Gambar hiasan

Media tempatan seperti dipetik Harian Metro melaporkan, pendakwa raya Alexandria memutuskan untuk menahan tiga pelajar itu selama empat hari bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Difahamkan, Israa Kamal Awadh dikenali di sekolah kerana pencapaian akademiknya yang cemerlang.

Tiga suspek terbabit didakwa merancang plot untuk menganiaya mangsa dengan meletak racun ke dalam sepotong kek berikutan tidak puas hati dengan Israa  yang memperoleh markah tertinggi dalam peperiksaan.

Berikutan mendapati keraguan pada kes itu, pendakwaan mengarahkan bedah siasat ke atas mayat mangsa dijalankan.


Hasil bedah siasat mendapati mangsa yang tidak mempunyai sebarang penyakit lain disahkan meninggal dunia akibat diracun.

Menurut laporan, enam pelajar berkenaan dilaporkan memakan kek itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Bagaimanapun, hanya tiga daripada mereka dilaporkan mengalami muntah-muntah dan keletihan sebelum dikejarkan ke Hospital Universiti Amiri untuk rawatan. - CARI


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 2-2-2021 12:50 PM
Biasa sbb bf.. takat markah tinggi mcm xlogik.. markah still berubah kalau bunuh pun..
Quote Artemesiaa 2-2-2021 12:54 PM
Macam dalam pilem Hollywood mesti rajin layan movie ni
Quote Jorja 2-2-2021 01:50 PM
Jealous lettew
Quote Beautynlove 2-2-2021 02:10 PM
Kesiannya
Quote Flake123 2-2-2021 02:29 PM
Ingatkan kat korea
Quote Ain_h 4-2-2021 01:30 AM
Aneh aneh.. Btw mana dpt racun
Quote sukacactus 4-2-2021 06:57 AM
Kalaupun budak pandai tu mati, tak akan kebijakan dia berpindah pada yg masih hidup
Mmg betul bodoh la yg membunuh ni

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.049347 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top