Setiap pekerjaan pastinya ada cabaran yang tersendiri. Begitu juga dengan mereka yang bekerja sebagai rider penghantar makanan.
Selain berhadapan kesesakan lalu lintas dan ragam pelanggan, ada dalam kalangan mereka turut menerima gangguan misteri. Menurut Muhammad Khuzaimie Lemat, 23, dia pada minggu lalu menerima tempahan makanan yang cukup aneh. Menjalankan tugas seperti biasa, dia yang menaiki motosikal mengikut peta ke lokasi pelanggan itu akhirnya tersadai hampir sejam di sebuah kawasan perkuburan Cina di Sungai Putat, Melaka. "Kejadian tu berlaku dalam pukul 6.30 petang, dekat Maghrib. Proses seperti biasa, saya nak pergi drop makanan ikut peta ke lokasi pelanggan. "Bila pergi saya sampai di sebuah kawasan kubur, peta tu berhenti betul-betul di kubur. Lokasi pelanggan bagi memang di situ.
"Saya cuba hubungi dan mesej, namun tiada jawapan. Dekat 10 kali saya hubungi. Kemudian saya maklumkan kepada pihak customer service untuk selesaikan isu itu," ujarnya kepada mStar.
|
insulin: Hihi. Boleh tahan prank ni. So apa jadi dengan makanan dan minuman tu?
giyomi replied at 2-2-2021 08:06 PM
ok ok...di kesempatan ni akak nak mintak jasa baik semua rider di luar sana, tolong lah bawak moto t ...
nanies: foodpanda tak boleh detect ke sape empunya akaun yg order ni?
opie5662 replied at 2-2-2021 07:07 PM
Aku x suke brader ni... Poyo.. Mcm die je yg betul... Bile orgkomen kat ig die pasal perangai FP.. D ...
ADVERTISEMENT