CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

13 Warga Myanmar Pakai Gelang Kuarantin Selamba Kunjungi Kedai Runcit

2-2-2021 02:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3708| Komen: 22

Sekumpulan 13 warga asing yang memakai gelang kuarantin COVID-19 berwarna putih, dikesan mengunjungi kedai runcit di Taman Kota Jaya, di sini, sehingga menimbulkan kegusaran orang ramai, semalam.


Justeru bertindak atas maklumat awam, anggota pasukan pemantauan Task Force COVID-19 dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi bersama pihak Kementerian Kesihatan bergegas ke lokasi dan berjaya menahan mereka di sekitar kawasan rumah kedai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata semua individu terbabit adalah warga Myanmar meliputi empat lelaki dan sembilan wanita berumur lingkungan 20 hingga 40 tahun.


Kredit foto: Berita Harian


Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati mereka ke kedai runcit untuk membeli stok makanan selepas menjalani ujian calitan berkaitan Kluster Jalan Lombong serta dipakaikan gelang kuarantin Perintah Pengawasan dan Pemantauan di Rumah (HSO).


"Semua individu terbabit kemudian diarahkan balik ke lokasi kuarantin masing-masing," katanya sambil memaklumkan tiada kompaun dikeluarkan terhadap mereka, dalam kenyataan melalui laman Facebook rasmi IPD Kota Tinggi.

Susulan itu, beliau berkata, pasukan pemantauan melakukan rondaan untuk memastikan semua individu dikenakan HSO berkaitan Kluster Jalan Lombong, terus ke alamat kuarantin.

"Pihak polis mengucapkan terima kasih atas maklumat orang awam itu, dan ia amat digalakkan sebagai usaha bersama bagi memastikan komuniti terus berada dalam keadaan terbaik," katanya.

Sebarang aduan mengenai ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19, boleh disalurkan melalui Pusat Kawalan Daerah di talian 07-8837222. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 2-2-2021 02:53 PM
Bagus lah sama-sama kita jaga kita, jika terjumpa seseorang yang mencurigakan boleh lah membuat aduan kepada pihak yang berkenaan.
Quote Yunbin 2-2-2021 03:08 PM
Tak kena kompaun rm1k pulak?
Quote MontanaHannah 2-2-2021 03:11 PM
Yunbin replied at 2-2-2021 03:08 PM
Tak kena kompaun rm1k pulak?

yeah......


samanlah sampai tinggal poen saja
Quote hatikudus 2-2-2021 03:13 PM
Dah mmg bangsa tak reti bahasa & tak sedor diri
Quote Eliadaisy83 2-2-2021 03:20 PM
Celakanya polis, warga asing takde pula kena kompain tp warganegara sendiri beli brg kt pekan tenom tu kena saman, dahla orang tua n penduduk miskin pula tu.
Quote mieymiey 2-2-2021 03:21 PM
Macamana la rakyat tak pertikaikan? Yang ni tak pula kena kompaun, padahal tujuannya sama jer nak membeli stok makanan, barang keperluan.
Quote Beautynlove 2-2-2021 04:30 PM
Maigod... biaq betul
Quote kam3n 2-2-2021 04:34 PM
Ape kejadah? Ni nama kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.
Quote nuryakmal 2-2-2021 04:37 PM
Serious la. Yg org asli tu kena compound. Yg ni tak kena.
Sop mana follow ni?
Quote Artemesiaa 2-2-2021 04:52 PM
Kesian yang tak bergelang kena saman yang bergelang dilepaskan
Quote namieamuro 2-2-2021 05:43 PM
kenape tak kene denda mcm yg 1 lg kene denda? Malaysia mmg syg wargeasing lebih dr rakyat sendiri kan
Quote Kurex 2-2-2021 06:25 PM
Padanlah ramai parashit nak masuk Malaysia ni. Puihhhhh
Quote Ain_h 2-2-2021 06:29 PM
Apa nak jadi
Quote TOPwind 2-2-2021 06:30 PM
Eliadaisy83 replied at 2-2-2021 03:20 PM
Celakanya polis, warga asing takde pula kena kompain tp warganegara sendiri beli brg kt pekan tenom  ...

jika anda Melayu Msia
memang takde ampun
dalm semua hal
anda pasti kena.
lain kali kumpul duit
senang diguna dlm urusan semua hal.
Quote Manjahati 2-2-2021 06:37 PM
Double standard betul
Quote mejaputih 2-2-2021 06:43 PM
this is unfair!!!
Quote Orix 2-2-2021 06:43 PM
kera di hutan disusukan.......... begitulah polis malaysia
Quote Itzy 2-2-2021 07:25 PM
Haramjadah punya polis. Harap ada ngo buat demo bantah ketak adilan ni. Aku nak join.
Quote kaishi 2-2-2021 07:29 PM
Ape babi la unfair mcm ni

Makin besor la kepala natang pendatang niiii

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.070828 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top