Raja Illya dihentam gara-gara membuat perbandingan majlis kahwin di Malaysia dan Australia semasa pandemik Covid-19. Foto tersebut memperlihatkan perbezaan perkahwinan di Australia yang tak dihadiri tetamu walaupun hanya ada satu kes.
Manakala majlis di Malaysia pula kelihatan orang ramai yang bersesak di dalam satu majlis.
Namun pelakon ini menyatakan tindaknnya itu hanya sekadar untuk melawak dan gambar yang digunakan pula hanyalah hiasan semata-mata. "Terima kasih mesej dan tanya, meh akak terangkan ya dik! Instagram akak bukan saluran berita, itu foto throwback (gambar lama) dan ada nota yang mengatakan gambar hiasan semata-mata. "Itu sama je macam buku teks sekolah, gambar yang dipilih sebagai hiasan dan bukan benar. Maksud gambar yang satu tu paranoid (bimbang dan takut) sampai seorang (tetamu) pun tak ada. "Satu gambar lagi rileks sahaja... sebab masa PKP kan tak boleh buat majlis jadi sebab tu tak ada gambar sekarang untuk dua-dua gambar tu. Ha macam tu la ceritanya," jelasnya kepada netizen. Menjengah di ruangan komen, ramai yang melahirkan rasa kurang senang dan mendakwa Raja Ilya memalukan negara. Antara komen: "Maaf sis, tak ada majlis kahwin macam tu masa PKP, mungkin boleh buat research dulu sebelum nak post. Ibu bapa saya pun kahwin campur tapi mereka tak lupa daratan. "Agak-agaklah ni gambar bila? Fitnah negara sendiri. Nak buat perbandingan pun kena sama-sama adil ya sis, kongsi foto tahun yang sama dan musim yang sama!??? -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|