CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kenapa Honda Civic (FC) 2020 masih kukuh di takhtanya? Kereta baru tak mampu lawan!

2-2-2021 11:36 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5506| Komen: 6

Kredit Gambar : WapCar.my



Mula-mula sekali dilancarkan di Malaysia pada tahun 2016, Honda Civic generasi FC akan memasuki jangkahayat model 5 tahun-nya (yang terakhir). Tapi, jika dilihat pada Civic sekarang, ia masih nampak 'awet muda' walaupun ia diparkir di sebelah pesaingnya yang lebih muda seperti Toyota Corolla Altis, mahupun pesaing impotnya yang lebih mahal seperti Mazda 3 dan Hyundai Elantra.

Kredit Gambar : WapCar.my



Pesaing dari Korea seperti Kia Cerato kini sudah tak nampak batang hidung manakala pesaing Eropah yang sudah sekian lama mengintai takhta ini sudahpun putus ada dan berlalu pergi – termasuklah Volkswagen Jetta dan Ford Focus.

Kredit Gambar : WapCar.my


Walaupun pasaran sedan segmen C semakin mengecil, tapi Honda Civic nampak gayanya masih berdiri teguh. Pasaran mungkin semakin kecil kerana konsumer sudah beralih selera ke SUV, tapi Civic masih mendominasi pasaran yang masih ada dalam kategorinya.

Kredit Gambar : WapCar.my

Walaupun setelah gambar-gambar Honda Civic 2021 generasi ke-11 yang serba baharu sudahpun dikeluarkan, minat terhadap Civic FC yang terkini masih lagi tidak pudar. Malah, ramai pembeli yang berkata mereka lebih gemarkan Civic generasi terkini yang dijual di pasaran berbanding model serba baharu itu nanti.

Kredit Gambar : WapCar.my

Ini membuatkan ramai tertanya-tanya; apa yang membuatkan Civic teramatlah popular walaupun ia dianggap model lama?

Perlu diingatkan yang Civic jauh sekali dari tahap sempurna. Sama seperti kereta-kereta lain, Civic ada kekurangan dan kelebihannya.

Kredit Gambar : WapCar.my


Enjin VTEC Turbo 1.5 liter mungkin tampak mengagumkan di atas kertas. Tapi, jika dipandu berselang-seli dengan Toyota Corolla Altis, jelas terlihat yang bukan saja Toyota boleh dikendalikan dengan lebih baik, peluncurannya juga jauh lebih selesa berbanding Civic.

Kredit Gambar : WapCar.my

Bagi ruang kabin Civic pula, Mazda 3 mahupun Hyundai Elantra terbaru dilihat lebih cantik susun-aturnya, manakala pilihan material pula lebih bagus kualitinya berbanding Civic.

Kredit Gambar : WapCar.my

Tapi, ini sajalah kekurangannya. Dengan Corolla Altis, anda membayar lebih untuk platform TNGA dan chassis yang sangat kompeten – itu saja. Apa yang terjadi dengan kepraktisan/kemudahan kabin Toyota yang kita kenali, kami pun tak pasti.

Kredit Gambar : WapCar.my


Kami sukakan Mazda 3, tapi ia bukanlah kereta yang kami akan sarankan kepada semua pembeli melainkan pembeli tersebut hanya mahukan kereta itu untuk kepuasan diri sendiri. Mazda 3 bukanlah kereta keluarga, jauh sekali.

Kredit Gambar : WapCar.my


Hyundai Elantra pula? Ia jauh lebih mahal berbanding Mazda 3 buatan Jepun. Dah tak perlu cakap banyak, hanya untuk ‘purists’ saja.

Kredit Gambar : WapCar.my


Ford Focus yang dah lama tersingkir dari pasaran serta Volkswagen Jetta mempunyai pemanduan dan peluncuran yang bagus tapi jika dilihat pada pakej keseluruhannya, kedua-dua kereta ini tidak mampu bersaing dengan yang lain.

Kredit Gambar : WapCar.my


Tahap kemudahan pemanduan dan praktikaliti Civic memang tiada tandingannya. Semua pembuat kereta harus belajar dari Honda dalam aspek bagaimana untuk mereka kawalan dalam kereta.

Civic ialah sebuah kereta yang anda boleh masuk dan pandu terus tanpa perlu membuang masa mencari-cari punat kawalan dan suis serta cara untuk mengaktifkannya.

Kredit Gambar : WapCar.my

Fungsi kawalannya sangat intuitif dan model facelift terkini ini dibuat dengan lebih bagus. Kelajuan kipas penghawa dinginnya sudah tidak dikawal dari skrin sentuhnya, tapi melalui punat dan ini memudahkan anda untuk mengawalnya tanpa perlu melihat di mana punat itu diletakkan.

Penumpang juga dikelilingi oleh ruang simpanan yang cukup banyak – di sisi, hadapan, belakang – semuanya cukup untuk menyimpan barangan yang anda bawa.


Perubahan yang dibuat pada model facelift baharu ini agak sedikit, hampir sama saja dengan model sebelum facelift, tapi yang menghairankan ialah Civic baharu kini terasa lebih bagus dari yang sebelumnya.

Setiap naiktaraf baharu yang dibuat menambah lagi pembaharuan pada Civic yang dinaiktaraf ini. Susun-atur kereta ini terasa lebih bagus, dan setiap bahagian kereta ini berfungsi dengan lebih baik bersama-sama dalam harmoni.

Kredit Gambar : WapCar.my


Sebagai kereta harian, tiada sedan lain yang lebih mudah untuk dipandu daripada Civic. Model baharu ini diberi tempat duduk belakang yang boleh dilipat 60:40, manakala varian lebih tinggi dilengkapi oleh ADAS Honda Sensing.

Kredit Gambar : WapCar.my


Harga bagi Honda Civic (FC) 2020 dari segmen C ini bermula dari RM 109,326 sehingga RM 134,661, tanpa SST, harga sah sehingga 30 Jun 2021. Honda Civic 2020, bersama-sama beberapa model lain, disenaraikan dalam Pilihan Editor bagi Anugerah Kereta Terbaik tahun 2020 (COTY 2020) WapCar.



Sumber : WapCar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote watatakut 3-2-2021 03:33 AM
tapi mebi tetap king highway
Quote zulka 5-2-2021 10:52 AM
sebab HOnda ada peminat tersendiri....
bukan pada harga atau apa...ianya terletak pada hati
Quote Nuyak 5-2-2021 04:56 PM
civic 1.5 sajok...civic mmg nampak cantik..dekat hway mmg kena tinggal je la...kereta lain lagi power..
Quote zulka 8-2-2021 03:18 PM
Nuyak replied at 5-2-2021 04:56 PM
civic 1.5 sajok...civic mmg nampak cantik..dekat hway mmg kena tinggal je la...kereta lain lagi powe ...

civic 1.5 direka bukan utk performance...more to saving fuel dan santai2 saja
Quote matseh 8-2-2021 03:56 PM
Bentuk cantik.  
Bila bawak rasa layan sport car. Wlpn bukan. Lagipun kalau di bandingkan design2 segmen C lain mcm toyota altis , mazda 3 . Yg boleh lawan design maybe Elantra. Tapi Hyundai, so no competition (harga lagi mahal). Oh ya satu lagi  Preve.

Quote eddyann 8-8-2021 11:15 AM
sebab bentuk nampak sporty dan fun to drive sebab ada turbo. 1.5 tapi tork dia punya tarik macam kereta 2.4, saiz kereta kecil tak macam kereta 2.4. itu sebab ianya fun to drive

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.050480 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top