CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Maut Dibelasah Bapa Tiri Hanya Kerana Tak Tahu Guna Tandas

3-2-2021 09:09 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5859| Komen: 47

Seorang lelaki didakwa atas tuduhan membunuh anak tirinya berusia empat tahun di sebuah flat di Singapura.

Muhammad Salihin Ismail, 28, didakwa menendang perut mangsa beberapa kali pada September 2018 kerana mangsa membuang air kecil di luar mangkuk tandas.


Timbalan Pendakwa Raya Awam, Senthilkumaran Sabapathy dan Lim Yu Hui berkata perbuatan tertuduh telah menyebabkan kanak-kanak perempuan itu mengalami pendarahan dalam perut.

Kejadian dipercayai berlaku ketika tertuduh dan isteri itu mula mengajar mangsa menggunakan tandas sebagai persediaan untuk ke sekolah dijadual pada akhir September 2018.

Pada 1 September 2018, ibu mangsa meninggalkan Salihin bersama mangsa dan anak kembar mereka.

Menurut kes pendakwaan itu, Salihin berang apabila melihat tompokan urin di luar mangkuk tandas dan memarahi serta menumbuk perut mangsa beberapa kali.

Tidak lama selepas itu, anak tirinya memberitahu mahu ke tandas dan Salihin menyuruhnya pergi sendiri.

Tertuduh sekali lagi menemui tompokan urin di atas lantai dan naik angin hingga menolak mangsa ke lantai serta menendang dan menumbuk perutnya beberapa kali tanpa menghiraukan tangisan kanak-kanak itu.



Gambar hiasan

Menjelang malam, mangsa mengadu sakit perut pada ibunya dan turut muntah di atas sofa.

Keadaan itu berterusan sehingga keesokan harinya dan Salihin dipercayai menjolok tekak mangsa dengan jari telunjuk apabila dia mengalami kesukaran untuk muntah.

Kanak-kanak itu akhirnya muntah dan jatuh pengsan.
Sejurus anggota paramedik tiba pada jam 9.17 pagi pada 2 September 2018, mereka mendapati kanak-kanak itu sudah tidak lagi bernafas dan nadinya terhenti.

Mereka turut menemui kesan lebam pada muka mangsa dan ibunya hanya mampu menangis.

Mangsa dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia pada jam 10.12 pagi hari sama.

Pihak hospital kemudiannya melaporkan kematian mangsa kepada polis dan Salihin ditahan pada keesokan harinya.

Menerusi kenyataan pada 3 September 2018, Salihan mengakui dia sengaja menyasarkan perut anak tirinya kerana mahu 'memberi pengajaran' kerana mengalami masalah untuk membuang air kecil dengan betul.

Salihin mengahwini ibu mangsa pada Ogos 2016 ketika dia berusia dua tahun dan turut memanggilnya 'papa'.
Pasangan itu kemudiannya dikurniakan sepasang anak kembar lelaki dan tinggal di kediaman mereka sekarang.

Perbicaraan akan bersambung semula pada Rabu dan pihak pendakwaan dijangka mengemukakan bukti daripada 58 saksi.

Jika disabit bersalah, Salihin bakal berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup dengan sebatan.



Sumber: Awani


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primarikey 3-2-2021 12:48 AM
Harap2 la kena penjara seumur hidup dgn sebatan...biar dia kena tibai ngn banduan lain dan menderita duk kt penjara..
Quote matchstick 3-2-2021 02:04 AM
Kecik lagi umur 4 tahun biasa la tu kencing bersepah..ko pun tak train dia..seksanya bdk kecik tu tahan sakit kena tendang di perut

Celaka nama salihin perangai serupa iblis
Quote AyaqMeloSuam 3-2-2021 03:07 AM
Apa bodo punya manusia. Mmg hg bkn pak dia. Tp xdak ka prasaan kemanusiaan tu? Bdk umoq 4 thn kot. Aku rsa dia ada masalah dgn mak bdk tu.. lepas kt ank.
Quote any42 3-2-2021 03:57 AM
Gila ke ape tendang bdk kecik mcm main bola. Mcmkn diri sndri tu dlu kecik2 xberak kencing bsepah. Semoga dpt hkuman stimpal !
Quote faraway1 3-2-2021 05:23 AM
Harap dalam penjara kena tendang selalu sampai kemudian dia bunuh diri sebab tak tahan ....
Quote babynina30 3-2-2021 06:54 AM
Nama tak sejajar perbuatan
Quote sukacactus 3-2-2021 07:50 AM
Apa dia igt dgn tendang dan tumbuk budak tu akan terus pandai?
Quote buragazz 3-2-2021 09:33 AM
Bila dengar atau baca cerita gini aku akan terbayang keadaan budak tu.. simpatinya la hai..
Quote Nnasda53 3-2-2021 09:34 AM
Budak baru 4tahun..ajar sekali memang tak kan faham.
Semoga mereputla dalam penjara.
Quote bluebutter 3-2-2021 09:44 AM
Siannya. Sampai hati.
Quote hatikudus 3-2-2021 11:04 AM
Celaka laknatullah punya musibat...moga rest in hell
Quote iminidin 3-2-2021 11:05 AM
Syurga buat kau anak.....

Umur 4 tahun.
tak dapat bayangkan betapa trauma nya dia sepanjang masa hidup dengan PAPA tiri tu.. apatah lagi ditinggalkan ibu dengan bapak tiri walaupun sekejap.. Mementang bukan anak sendiri.. diperlakukan macam binatang..

umur 4 tahun tuuu.. malam pun boleh jadi masih tidur kencing tilam lg.. ada bdk masih pakai pampers lagi.. aduhai. kadang terlampau takut.. dia susah nk kawal kencing.
kasihan dan sedihnya bila baca berita mcm ni..

Sakitnya hati ni.. Ya Allah..

tak kerja ka? maknya je kot kerja. bapak dok umah.
Quote crazypink 3-2-2021 11:15 AM
Tergamaknyer ...terajang perut budak tuh sakitnyer allah saja yg tahu ...

anak aku umur 4 tahun pun masih on diapers lg
Quote underground 3-2-2021 11:26 AM
konon kemajuan.

tapi balik keje stress + depress macam org2 jepun dan korea.



Quote Kurex 3-2-2021 11:43 AM
Ntah2 kau pun kencing bersepah. air kencing pun ada dekat tepi mangkuk tandas.
Quote shop_girl 3-2-2021 11:43 AM
Anak buah aku umur camtu still pakai pampers la..walau sadis cara anak ni pergi, tapi dia sekarang ni gembira je bermain2 di taman syurga dengan anak2 kecil yg lain..itulah nikmat sebenar daripada ko duduk ngan pak tiri setan dan rumah flat singapore yg mcm kecik cam kotak tu
Quote mamajawie 3-2-2021 11:45 AM
anak aku umo nak msuk 4 tahun pun aku lom sempat ajarkan lagi guna tandas..takpe la masih mampu belikan pampers lagi ni..sayu plak baca berita ni..hmmm
Quote umbut 3-2-2021 11:47 AM
Kejammmm... spore tu sebenarnya byk kes kat dlm flat2 tu.. nak citer pun seram
Quote umbut 3-2-2021 11:48 AM
mamajawie replied at 3-2-2021 11:45 AM
anak aku umo nak msuk 4 tahun pun aku lom sempat ajarkan lagi guna tandas..takpe la masih mampu beli ...

Ajar guna potty train.. dlm 3 hari dah ok

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.109602 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top