CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Nikita Nak Sumbang Kondom Sebab Suami Isteri Banyak Habis Masa Di Rumah

3-2-2021 09:14 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2976| Komen: 14

Selebriti sensasi Indonesia, Nikita Mirzani, 35,  bercadang memberi sumbangan kondom bagi mengelakkan jumlah kehamilan meningkat di negara itu, terutama ketika pandemik Covid-19 ini.

Menurut Nikita, pencegahan awal penting berikutan negara berkenaan kini dalam perlaksanaan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) oleh pemerintah sebagai usaha untuk mengekang penularan Covid-19 yang masih menular.


Kredit foto: IG Nikita

"Di kala PSBB dilaksana ketika pandemik ini boleh menyebabkan angka kehamilan meningkat di Indonesia berikutan pasangan suami isteri banyak menghabiskan masa bersama di rumah.

"Jadi, bagi mengurangkan kadar kehamilan ini daripada terus meningkat, maka saya merancang untuk menyumbangkan kondom secara percuma bagi mencegah ibu-ibu daripada hamil," katanya.

Nikita ketika ditemui media tempatan menyifatkan sumbangan kondom itu dibuatnya bertujuan supaya dapat mengecilkan jumlah kehamilan daripada meningkat secara drastik kerana PSBB itu.


Ujar Nikita yang juga pelakon Lihat Boleh, Pegang Jangan, peningkatan jumlah kehamilan yang berlaku dilihatnya akan menambah tanggungjawab sesebuah keluarga dan ia mampu memberi kesan jangka masa panjang.

"Soalnya, bila pasangan suami isteri ada banyak waktu bersama  di rumah, pasti akan menyumbang pada kehamilan. Tapi jika hamil dan tidak dirawat, nanti buat apa.

"Saya hanya memikirkan untuk bantu mencegah sahaja dan tidak kisah jika hasrat mengedarkan kondom secara percuma ini bakal sensasi kerana intinya saya lihat ke arah yang positif," katanya.

Sepanjang, krisis Covid-19 menular di Indonesia sejak tahun lalu, Nikita dikata salah seorang selebriti yang kerap menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada masyarakat. Antaranya, dia pernah mengedarkan satu trak vitamin C kepada pekerja kesihatan dan pesakit di Wisma Atlet, Jakarta.


Sumber: Harian Metro


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 3-2-2021 09:24 AM
Cr tu x berkesan. Bg je la gula free. Biar rmi org dpt kencing manis
Quote SayaSayangMama 3-2-2021 09:37 AM
Klu kt malaysia kadar kelahiran turun 5.7 % ye pada tahun 2020. Dan dijangka akn menurun lg pada 2021. Ni cara kami rakyat moden berfikir, xnk tambah komitmen dlm era ekonomi xmenentu mcmni. Xtau la warga indon beranak je kot xde kerja lain nk buat.
Quote bluebutter 3-2-2021 09:47 AM
SayaSayangMama: Klu kt malaysia kadar kelahiran turun 5.7 % ye pada tahun 2020. Dan dijangka akn menurun lg pada 2021. Ni cara kami rakyat moden berfikir, xnk tambah  ...

Indoneisia ni kebanyakkan dorang punya cara thinking like thirty years back behind. Pawang bomoh ubat gigi tak ada flouride gaya pakaian, mmg all thirthy years back behind. And yg pompuan busuk busuk bau jamu halba...bau rempah...
Quote piao 3-2-2021 10:08 AM
mcm bodoh je.. baik ko buat soup kondom2 kau tu
Quote helicornia 3-2-2021 10:17 AM
nikita ni klu baca artikel indon mmg kejenya asik ckp psl seks je.siap citer pengalaman dasar sangap
Quote Artemesiaa 3-2-2021 01:48 PM
helicornia replied at 3-2-2021 10:17 AM
nikita ni klu baca artikel indon mmg kejenya asik ckp psl seks je.siap citer pengalaman dasar sangap

Betul tu dah makin ting tong nampaknya dia sekarang.  
Quote Cari-Mod 3-2-2021 09:29 PM
puas hati sangat yach kalo tengok heshe mengamuk

[twitter]https://twitter.com/atengsepet/status/1353032302352191488[/twitter]

Quote Ain_h 4-2-2021 01:26 AM
Cdgn yg baik.. Btw selalunya harga kondom berapa?
Quote Belibis 4-2-2021 11:53 AM
Ain_h: Cdgn yg baik.. Btw selalunya harga kondom berapa?

Bukan pasal harga ,cumanya nak beli tu segan.{:smile
Quote minahgempal 4-2-2021 02:14 PM
Cari-Mod replied at 3-2-2021 09:29 PM
puas hati sangat yach kalo tengok heshe mengamuk

gaduh psl apa nie?psl nafkah anak2 ker?detailkn skit please..
Quote Cari-Mod 4-2-2021 06:42 PM
minahgempal replied at 4-2-2021 06:14 AM
gaduh psl apa nie?psl nafkah anak2 ker?detailkn skit please..

[twitter]https://twitter.com/ridarfi/status/1353217652018225152[/twitter]

[twitter]https://twitter.com/syarverst/status/1353197734438686721[/twitter]
Quote minahgempal 5-2-2021 12:01 AM
Cari-Mod replied at 4-2-2021 06:42 PM

ouhh gitu..tq mod..
Quote minahgempal 5-2-2021 12:14 AM
aku tgk artis2 indonesia nie seksi sgt..dgn pkai baju mcm tk pkai..maruah diri tu mcm tk ada dh tgk..mcm buat aktiviti persundalan pun ada..pdhal kt sna rmai kot ulamak2..tk phm la..
Quote SweetRehan 5-2-2021 01:18 PM
Dia ni yang kontroversi nak masuk neraka sebab nak jumpa Amy Winehouse tu kan....pelik2 Artis indon ni...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.085541 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top