CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

22 Bayi Antara Penghuni Baitus Solehah Positif Covid-19

3-2-2021 09:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2752| Komen: 13

67 individu melibatkan penghuni dan pekerja rumah perlindungan Baitus Solehah di Skudai disahkan positif COVID-19 hari ini (semalam) selepas beberapa siri ujian calitan dijalankan, sejak 28 Jan lepas.


Pengurusnya, Muna Liza Ismail berkata, antara yang positif ialah 22 bayi berusia antara 10 hari hingga setahun serta 37 remaja dan wanita berumur 15 hingga 32 tahun.


Kredit foto: BERNAMA

Katanya, beliau dan suaminya serta pekerja rumah perlindungan itu turut dijangkiti wabak berkenaan.

“Saya meminta maaf kepada mereka yang terkesan. Ketika ini, semua penghuni yang positif telah dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang dan Hospital Permai di sini,” katanya.

Menurutnya, kes positif COVID-19 itu mula dikesan di rumah perlindungan berkenaan pada 28 Jan lepas apabila seorang daripada penghuni memaklumkan dirinya berasa lemah sebelum dihantar ke hospital untuk pemeriksaan.


“Dari mana sumber (punca) COVID-19 di Baitus Solehah ini masih dalam siasatan. Kami tidak keluar ke mana-mana, hanya ke klinik dan hospital untuk mendapatkan rawatan. Kami juga sentiasa mematuhi prosedur operasi standard termasuk memakai pelitup hidung dan penjarakkan fizikal,” katanya.


Sumber: BERNAMA

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluebutter 3-2-2021 09:42 AM
I rasa semua kita ni dah kena dah connnvid ni. Just if pergi buat swab test dgn tak je.


Sebab itu I malas nak buat swab test tu.
Nk nk kawasan pj selangor ni.
Quote chilly 3-2-2021 09:46 AM
bluebutter replied at 3-2-2021 09:42 AM
I rasa semua kita ni dah kena dah connnvid ni. Just if pergi buat swab test dgn tak je.



Itulah. Aku pon rasa macam tu. Kalau swab test confirm positif.
Quote kakakko 3-2-2021 09:48 AM
Allahuakbar.... Kesiannya baby
Quote bluebutter 3-2-2021 09:58 AM
chilly replied at 3-2-2021 09:46 AM
Itulah. Aku pon rasa macam tu. Kalau swab test confirm positif.

Iya, kami semua sepakat kat rumah ni ckp dan pikir benda sama.

Buat swab, surelah positip.

Baik tk yah buat.

Rumah pompan baitul ni kenalah depa buat sebab gomen tahu rumah ni wujud mean rumah permasyarakatan.

Rumah kita sendiri, tak ada nyer paramedik nak dtg buat swab test tu.

I tak nak lah duduk pusat kuarantin tempat sesak mcm tu, dari tak sakit sangat terus sakit sgt sgt sgt. Kan?


Quote Nnasda53 3-2-2021 10:28 AM
Banyak kes dah tak tau dari punca..benda ni pun dah memang bersepah dalam komuniti.
Semoga semuanya cepat sembuh.
Quote fishcracker 3-2-2021 10:51 AM
Semoga cepat sembuh{:childlike
Quote Artemesiaa 3-2-2021 01:00 PM
Dah katanya hanya ke klinik atau hospital pasti dari salah satu tempat ni mereka mendapat jangkitan
Quote batmana 3-2-2021 01:02 PM
patut penghuni pusat cmni, kene kuarantin tk kire ada ada simptom ke tak..tkpun kene pakai baju ppe 24jam aja.. kesian lak kt baby tu..
Quote Cassieopeia 3-2-2021 02:48 PM
Alahai kesiannya baby kene
Quote Suchi 3-2-2021 10:21 PM
Tengok umi liza pun td dah guna tangki oksigen tu harap kembali sihat la mesti dia risau ngn pelatih2 jagaaan dia tu.
Dah la dorang tak dikumpulkan sekali duk berlainan hospital.
Quote Ain_h 4-2-2021 01:25 AM
Kesian ya baby
Quote cadarblogsot 4-2-2021 07:52 AM
Nnasda53 replied at 3-2-2021 10:28 AM
Banyak kes dah tak tau dari punca..benda ni pun dah memang bersepah dalam komuniti.
Semoga semuanya ...

kekadang terfikir dh mcm penyakit kena zombie pulak. But, agree.. kita semua yg tak da symptom pun entah ada je benda tu dlm badan cuma tak buat swab test... 100% agree in case positif pun tak nak lah quarantine kat pusat tu ramai2

Quote Nnasda53 4-2-2021 09:48 AM
cadarblogsot replied at 4-2-2021 07:52 AM
kekadang terfikir dh mcm penyakit kena zombie pulak. But, agree.. kita semua yg tak da symptom p ...

Tu la dah mcm kes zombie lak ye.
Agree ntah2 mmg dah ada pun dekat diri sendiri..cuma tak swab test.
Lagipun wabak ni mmg tak ada ubat.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.111391 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top