CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Hari Ini Berniqab, Esok Berpurdah Itu Hak Saya," -Makin Berani Dedah Dahi, Neelofa Lali Dikecam

3-2-2021 11:32 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 45133| Komen: 240|Original author: Oleh: Saiful

Neelofa dah lali dikecam apabila ada yang mempersoalkan dirinya yang semakin berani mendedahkan bahagian dahi dengan memakai tudung bawal.

"Saya akan pakai apa yang saya rasa selesa. Jika hari ini, saya rasa hendak berniqab, saya akan pakai.


"Kalau esoknya, saya rasa hendak berpurdah, itu hak saya. Saya tidak terkesan atau perlu mengikut kehendak netizen.

"Mungkin kerana sudah semakin matang dan lama dalam industri, saya lebih tenang berdepan apa saja tohmahan," katanya kepada Berita Harian.

Foto: IG

Neelofa juga tak peduli jika dia dan keluarga dilabel sebagai Kardashian Kelantan, malah tak ambil pusing dengan pihak yang menuduhnya mengambil keputusan terburu-buru berniqab hanya kerana bercinta dengan PU Riz.


"Kecaman sudah sinonim dengan diri saya. Selama 10 tahun saya berdepan dengan pelbagai tohmahan namun, tidak memberi kesan kepada saya.

"Orang hendak labelkan saya 'Kardashian' atau apa sahaja... Ia tidak memberi kesan kepada kami.

"Alhamdulillah, keluarga saya juga tidak fokus terhadap kecaman dan kata-kata orang.

"Sebagai 'public figure', saya banyak menasihati dan memberi pendapat kepada keluarga bagaimana berdepan tohmahan.



Tambah personaliti ini lagi dia hanya akan membiarkan apa sahaja orang nak kata kerana dia tahu bagaimana mahu menangani emosi dan mental.

Sementara itu Neelofa juga mengakui sejak berniqab, dia menerima banyak tawaran mengendalikan program TV pada waktu perdana.



"Banyak tawaran yang saya terima untuk mengendalikan program TV. Saya terkejut kerana wanita berniqab seperti saya ditawarkan mengendalikan program untuk stesen premium pada waktu perdana.

"Sepatutnya, komitmen saya pada November dan Disember lalu. Namun, keadaan tidak mengizinkan kerana ada beberapa perkara perlu diselesaikan.

"Jika bersedia menerima tawaran itu, saya tidak mahu pergi kosong. Sebaliknya, biarlah saya fokus kepada pengisian dan menimba ilmu terlebih dulu. " -CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missHaidiD 3-2-2021 11:34 AM
Adakah tak lama lg akan tertanggal  niqab itu
Quote Kurex 3-2-2021 11:36 AM
Jangan kutuk sepol tau... Nanti -98.. puihhhh


Sepol ni tau tak apa tu gossip? Kalau takat komen netizen dekat ig artis, tu bukan gossip ngokkkkk
Quote slyfynx 3-2-2021 11:46 AM
Eh, perlu ke bukak thread lg untuk minah ni?
Bosan la.
Jap, satgi jgn lupe ye untuk adik beradik sawang, ngn adik beradik kemut.
Lama dah Sepul syg x bukak thread diorang
Quote NurAlia14 3-2-2021 11:48 AM
Kesian family members..tgk video baru athisha mcm terkesan je
Quote abadi84 3-2-2021 12:13 PM
Seriously niqab atau purdah is not a big deal.
Apa yg dia buat salah dgn itu?
Quote ninjago 3-2-2021 12:18 PM
okay.. kte tengok..kte tengok..

sape suruh show sana sini dh berniqab la apa la.. diam2 sudah. u want attention, u get the attention now.
Quote sharlenetexas 3-2-2021 12:45 PM
Tunggu jahlop tudungless je

Quote Itzy 3-2-2021 12:54 PM
Tak perlu la nak pakai niwab kalau rasa tak selesa. Lagipun niwab tu budaya arab sebab kat sana padang ribut pasir masuk mata. Unta kat sana takpe la bulu mata panjang. Lol dahi bukan aurat wanita. Pelik2 la netizen oii.
Quote Masukkeluar 3-2-2021 12:57 PM
Edited by Masukkeluar at 3-2-2021 01:02 PM

dia still nk keluar tv ke??? kata dah pencen nak tumpu pada bisnes nk kawin semua tu. mana satu la niqabis i tak habis habis!lol

dah ni kejap nk berniab kejap nk berpurdah nampk sgt la hang tu rimas kan. niqab, purdah tu tak wajib la wei..ko pakai pn sbb dak piyu kan. cukup la skdr pkai tudung labuh dah sempurna aurat ko
Quote xLillyx 3-2-2021 01:00 PM
Haha da bosan la tu. Kena la tunjuk kecantikan dia kann
Quote aemon 3-2-2021 01:09 PM
dulu cakap nk cari syurga allah dengan tutup kecantikan sedia ada.sekarang pusing lain plak.dasar mulut kentang putar.

lain kali tak payah bg ulasan la nk buat apa2.
Quote KucingBiru 3-2-2021 01:12 PM
Kardashian they sell sex to rise on top.
Lofa clan sells agama and cheap publicity to rise on top.

Kardashian obses with Black guys. Lopa Clan obses with own paki mamak guys.
Quote usircantik 3-2-2021 01:13 PM
They know how to sale
Quote bungarose 3-2-2021 01:14 PM
Bukan jahlop menangis hiba nak tinggalkan dunya ker waktu umum serata alam dia berniqab. Siap shooting video adegan peluk memeluk jahlop dengan mamatins kan
Tak kan baru beberapa bulan da tukar niat......iteww pun termasuk kes berhoodie
Quote usircantik 3-2-2021 01:14 PM
Sales harimau
Quote asudau 3-2-2021 01:30 PM
propa jer bernikab ni semua..

padahal semua sebab duit dan glamer  je
Quote KucingBiru 3-2-2021 01:34 PM
bungarose replied at 3-2-2021 01:14 PM
Bukan jahlop menangis hiba nak tinggalkan dunya ker waktu umum serata alam dia berniqab. Siap shooti ...

She obsessed with her own look. Kalau tgk colleaction mekap and beauty product dia dah tau how dia obsessed dgn kecantikan diri.
Orang mcm ni tak akan boleh berubah.. still akan grab attention people on her look.
Quote madamms1 3-2-2021 01:37 PM
NurAlia14 replied at 3-2-2021 11:48 AM
Kesian family members..tgk video baru athisha mcm terkesan je

video apa tu? bolh share sini?
Quote seulgi 3-2-2021 01:39 PM
Nak bukak,bukak je la jah.Ustazah asma’ terduduk tengok video ayda jebat pun tak pakai purdah jah.dia pakai tudung labuh je.tapi ustazah takde la upload gamba zoom kening cantik berlukis sambil mata melirik menggoda

Lihat semua komen(240)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.063074 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top