|
Malang nasib seorang lelaki apabila kereta dinaikinya hilang arah hingga termasuk ke dalam sungai di Andra Pradesh, India. Insiden itu berlaku selepas mangsa, Shivaram Balajepalli memandu Honda Amaze miliknya dengan berpandukan aplikasi navigasi Google Maps.
Portal Gaadiwadi melaporkan, mangsa, Shivaram menggunakan aplikasi itu kerana mahu mengikut laluan pintas untuk tiba ke destinasi yang dituju. Malah, dia berpandukan kepada aplikasi itu tanpa ragu-ragu kerana yakin ia akan membantu membawanya ke lokasi tepat. Sangkaan Shivaram meleset apabila dia tersesat hingga keretanya termasuk ke dalam sungai. Namun, Shivaram dapat menyelamatkan dirinya, manakala keretanya itu kemudian ditarik keluar dari sungai dengan menggunakan trak. Kisah itu mendapat perhatian warganet selepas tular gambar dimuat naik di Facebook. Gambar yang tular itu menunjukkan sebuah kereta berwarna putih berada di dalam sungai dengan beberapa individu di lokasi kejadian.
Difahamkan, kereta itu tidak mengalami kerosakan dan dapat dihidupkan semula kerana segera dibawa ke bengkel untuk pemeriksaan. Sumber: Harian Metro |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.065148 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.