CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Kalau Tak Reti Masak Tu Tak Payah Berniaga, Ingat Orang Beli Guna Daun Ke?'

3-2-2021 02:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6192| Komen: 24

Ragam pelanggan menjadi antara cabaran utama buat setiap peniaga. Terbaharu, lain pula ceritanya apabila rungutan seorang pelanggan tular di laman Facebook dan Twitter.

Menurut individu yang tidak dikenali itu, dia memohon mereka yang tidak pandai memasak agar tidak menceburkan diri dalam perniagaan berasaskan makanan.



Gambar hiasan

"Siapa yang tak pandai masak, tolonglah jangan berniaga. Stress betul la, beli-beli tak sedap.

"Bukan tak bersyukur, tapi kalau dah tak reti masak tu, tak payah berniaga boleh tak?" soal individu itu.

Tambahnya, dia berhak berkata demikian memandangkan makanan tersebut dibeli menggunakan wang miliknya sendiri.

"Ingat orang beli guna daun ke? Kalau tak reti masak, belajarlah. Ni dah tahu tak sedap, masih nak jual.

"Time awak masak, awak tak try ke benda tu sedap atau tak?" soalnya lagi.




Dikongsi di Facebook, paparan skrin kenyataan lelaki itu ditularkan pula ke laman Twitter sehingga menerima lebih 5,600 ulang kicau (Retweet).

Jika disoroti ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan pendapat dan bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Tambah netizen lagi, tak semua individu memiliki kebolehan untuk memasak dalam skala besar, khususnya untuk dijadikan sebagai bahan jualan.

Malah, ada dalam kalangan peniaga sendiri yang turut bersetuju degan kenyataan itu.



"Betul tu! Dulu sebelum saya mula niaga pun saya test banyak kali sampai kena kat tekak baru jual. Kesianlah kat pembeli kan kalau dapat yang tak sedap.

"Yang paling sedih bulan puasa, mak ayah kumpul duit nak beli makanan kesukaan anak-anak, last-last dapat yang entah apa-apa.

"Yang aku pelik tu, keluarga dia tak rasa dulu ke makanan tu sebelum jual?" soal beberapa netizen di Twitter.


Sumber: mStar

2

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MsKathryn 3-2-2021 02:11 PM
Setuju sgt...
Quote Artemesiaa 3-2-2021 02:12 PM
Ramai je macam ni sekarang demi nak dapatkan wang pada hal rasa dan kualiti kelaut.
Quote djzara81 3-2-2021 02:16 PM
Lumrah nii,,kdg2 berlaku kt restoran tom yam or mamak jugak. Tibe haritu makanan x sedap, semua out. Alasan diberi tukang masak dah berenti & org baru ganti.
Quote saviour_09 3-2-2021 02:20 PM
skrg time covid19 ni ramai peniaga macam cendawan lepas ujan giteewww

baru sekali dua laki puji masak sedap terus bukak gerai jual itu ini

padahal laki tu  ambik hati je pun  
Quote ~boolean 3-2-2021 02:34 PM
Nama ja editor cari tapi isu semasa dan isu viral pun tak tahu beza...

Banyak kali dah TT buat benang ikut kepala lutut..
Quote rosmahisham 3-2-2021 02:39 PM
Igt bbnu sekarang ni jenis x reti rasa..sbb yg derang viral konon kata sedappp sgt tu,bila kita cuba x sedap mana pon...kdg2 lgsung x leh mkn!!!termasuk la JJCM kat tv3 tu..akak kena 4/5 kali jgk..dh la jauh dr rmh, konon nk try & teringin tgk kat tv sedap & menarik.. dh la tunggu lama sekali dpt so so aje..!!!! Rege yahudi pon klu sedap ..boleh la berhusnuzon jgk.Sandwich berjenama yg famous & viral pon iols try mkn x sdp mana pon..dh la rega yahudi..acah2 guna bahan premium msg2..ntah2 guna tuna & sardine dr kedai eco jah!!!baik aku mkn Oliver's super sandwiches je..lg berbaloi..dr beli peniaga2 on9 yg acah2 terror msk & laku keras sgt tuh.
Quote mdhelmi 3-2-2021 02:49 PM
pasal ni pon nk up status ke
Quote mongoose_kidz 3-2-2021 03:01 PM
setuju...tahap confident tu mmg mengagumkan..
promosi bukan main,gmbar gempak...sekali beli hambar weh
tp mmg beli sekali jela...
Quote MadameOnion 3-2-2021 03:01 PM
tu sebab aku lebih suka masak kat umah..telor masak kicap pastu tabur ikan bilis garing kat atas..lagi sedap..lagipun aku perut nasi..tak reti makan makanan moden2 ni
Quote Skuau 3-2-2021 03:02 PM
djzara81 replied at 3-2-2021 02:16 PM
Lumrah nii,,kdg2 berlaku kt restoran tom yam or mamak jugak. Tibe haritu makanan x sedap, semua out. ...

Bila indon & bangla masak tomyam.....
Quote Belibis 3-2-2021 03:07 PM
Boleh .suruh orang lain masak,kemudian jual.sebab ada yang pandai masak tapi tak tau nak marketing.
Quote husna_amal 3-2-2021 03:52 PM
Ada makanan/minuman yang dijual tak berpada dengan harga. Sebab beli rasa kesian tengok jualan tak laku.
Quote prettyuglybabe 3-2-2021 04:42 PM
issue sama macam bazar ramadhan..
tapi bazar sebulan je la..
ni sebab ada grab panda cod, so tumbuh lagi lebat dari kultus bazar ramadhan..
Quote Afifi82 3-2-2021 11:41 PM
Setuju sangat. Naya orang je pi beli if xsedap.
Quote Adrif 3-2-2021 11:45 PM
MadameOnion replied at 3-2-2021 03:01 PM
tu sebab aku lebih suka masak kat umah..telor masak kicap pastu tabur ikan bilis garing kat atas..la ...

profile picture tu sangat sesuai ya dengan post
Quote Rajawali 4-2-2021 02:26 PM
teringat lawak ni

'mamak...apasal u punya roti canai sudah tarak sedap sekarang?'
mamak jawap.."encik jangan marah..sekarang sudah kena kerap basuh tangan la encik"
Quote lattehazelnut 4-2-2021 09:05 PM
XSedap tp boleh dimakan iols ok lg..
Tp ada sekali i beli kat grab food nama restoran ada chef xxxx, sekali beli langsung xboleh dimakan.. nasi tomato xde rasa, ayam masak merah rasa masam je..
Quote HuoJingJue 4-2-2021 09:06 PM
pasal tu aku tak tergoda nak beli..hehehe..
potion dah la kecik, pahtu acah2 claim over dari kedai2 terkenal..
Quote pearl.silver 4-2-2021 10:39 PM
I rasa i masak sedap..
Org2 dlm umh pun puji2
Upload gmbo kt fb, ramai request nk beli..
Tp takut la nk jual. Takut bila jual terus jd xsedap.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.040079 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top