Seorang lelaki dihukum penjara selepas memaksa teman wanitanya memakai baju lelaki dan melarang wanita itu mengenakan sebarang solekan sepanjang 10 tahun mereka menjalin hubungan. Lapor Metro, Daniel Bishopp, 24, didakwa melakukan penderaan domestik terhadap kekasihnya.
Pasangan itu bertemu ketika zaman remaja dan Bishopp dikatakan sering berkelakuan ganas dengan memukul teman wanitanya apabila marah. Lelaki itu juga didakwa mengawal pergerakan pasangannya dan menetapkan beberapa peraturan seperti bagaimana harus berpakaian dan dengan siapa boleh bercakap kerana paranoid teman wanitanya akan meninggalkannya. Insiden terakhir berlaku pada Oktober tahun lalu apabila Bishopp yang juga mempunyai masalah penyalahgunaan dadah, menyerang dengan mencekik leher teman wanitanya sehingga wanita itu hampir tidak dapat bernafas.
Dalam pada itu, pendakwa raya Katy Rafter berkata, mangsa memaklumkan bahawa dia mengalami penurunan berat badan mendadak akibat tingkah laku teman lelakinya. Katanya, mangsa juga berasa terlalu lemah sehingga tidak dapat memperincikan kejadian yang berlaku pada dirinya selepas defenden ditahan. Bishopp dikenakan hukuman penjara selama 16 bulan dan dilarang berjumpa dengan teman wanitanya untuk lima tahun. Sumber: Utusan |
mamajawie: tetiba teringat sogay xbagi bini pakai mekap, xbagi bini pakai bra sebab tu iza lembam bergambar kat tepi laut nampak nipple bagai..urghhhh
AyaqMeloSuam replied at 3-2-2021 05:57 PM
Xyah pakai bra ? Laaa.. bru aku tau... like siyesss? Ala2 kt baywatch gitu {:thief
ADVERTISEMENT