CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Macam Ni Ke Sahsiah Doktor, U-turn Melulu & Puk*m*kkan Orang?'

3-2-2021 05:53 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 5594| Komen: 18|Original author: Oleh: LilRose

Kecoh di laman sosial apabila tular video menunjukkan dua pemandu bertengkar ketika menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Difahamkan, pertengkaran tercetus apabila sebuah pacuan empat roda nyaris bertembung dengan sebuah kereta yang cuba membuat pusingan U dipercayai berhampiran kawasan sebuah hospital di Serdang.



Kredit foto: Twitter

"Macam ni ke sahsiah seorang doktor? Lokasi di hospital serdang. Cara dia uturn membahayakan orang lain dan melakukan provokasi melampau. Wajar ke seorang doktor doakan orang kena covid?" tulis Fadzli Amin.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka pemuda terbabit, membunyikan hon sambil cuba mengelak kereta dipandu wanita dipercayai seorang doktor.



Mereka kemudian berbalas membunyikan hon sehingga berhenti di lampu isyarat sebelum pemandu wanita itu mula memaki hamun dengan kata-kata kesat.



Namun, apabila pemanduannya di kawasan hospital dikritik, Fadzli mempertahankan caranya memandu tidak melulu.

Manakala, ada warganet tampil berkata, insiden itu berlaku akibat keliru dengan sistem lampu isyarat di persimpangan berkenaan.


Kredit foto: Twitter

Inilah jadinya jika kita tiada sikap toleransi ketika memandu. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AinHazwan 3-2-2021 07:05 PM
Yang memandu jalan lurus tu pun laju semacam bawaknya.. jalan tu kereta byk parking tepi kan.. slow2 sudahlah..
Quote jomZ 3-2-2021 09:43 PM
yang laki tu bawak kereta laju semacam..agak2 la..
Quote toxicated 3-2-2021 10:14 PM
Aku rasa yg jalan lurus ni yg laju sgt tiba2 je muncul
Quote vender 4-2-2021 12:12 AM
Sbg org yg setiap hari buat uturn kat jalan ni, mmg jalan ni bahaya sikit sbb:

1: lampu isyarat dia. Kat situ mmg boleh uturn. Tapi lampu isyarat dua belah arah mmg hijau serentak. So dua2 tak salah pun. Cuma masa nak uturn tu kena perlahan2 sikit takut berlaku kes macam ni lah ade driver mabuk drive laju.

2: kereta banyak parking haram kat tepi. It should be org yg uturn ada ruang utk laluan dia sendiri. Tapi as you can see dlm video tu ruang tu jadi sempit and kereta pensyarah tu mmg terpaksa ke tengah jalan sikit.

Bagi aku yg first salah lelaki tu. kau laju gila jalan kat hospital tu pehal? Otak letak kat mana? Asalkan lampu hijau je nak laju mcm babi. Doktor hospital serdang pun selalu parking haram kat situ melintas jalan. Mmg area tu kena perlahan dan berhati-hati lebih2 lagi peak hours mcm tu. Hospital serdang mmg problem besar masalah parking takde.

Pensyarah tu tak salah pun at first place. Mmg lampu isyarat dia hijau and time dia buat uturn. Apehal pulak lelaki tu marah pensyarah tu buat uturn? Dia yg tak tahu jalan tu sbnrnya. dia uturn perlahan je aku tgk. Tiberrr datang kereta laju nak mati pergi hon and i think lelaki tu ade provoke sekali tu yg lecturer tu angin.

Pensyarah tu jadi bersalah sbb keluarkan kata2 kesat and tak mahu mengalah. Wat lek sudah...Rata2 pensyarah yg hebat2 ni aku tgk mmg jenis jarang mengalah. ego tinggi. Yelah kalau rendah diri ingat senang ke nak hadap sepak terajang dunia akademik? Dunia akademik ni sgt kejam sbnrnya, mana yg tahu akan tahulah. Biasa je jumpa lecturer yg ckp takde adab, tak boleh ditegur and rasa dia superior lebih bijak berbanding org lain. Lecturer ni byk student tak suka, so kena lah hang buku dgn ruas.
Quote batrishayana 4-2-2021 12:37 AM
Citer sampahhh...
Quote batrishayana 4-2-2021 12:40 AM
vender: Sbg org yg setiap hari buat uturn kat jalan ni, mmg jalan ni bahaya sikit sbb:1: lampu isyarat dia. Kat situ mmg boleh uturn. Tapi lampu isyarat dua b ...

Setuju.... Budak lelaki ni baru dpt lesen agak nyer.. Bujek bagus, xnak mengalah...
Quote esbok 4-2-2021 05:23 AM
Engkorang kalau nak gaduh, kalaupun engkorang betul. Jangan la sampai keluar carutan tak senonoh. Buruk benar rupanya bila orang tua mencarut.
Quote nanies 4-2-2021 09:48 AM
dua dua bodoh
Quote Redmyvi 4-2-2021 10:30 AM
dari tak salah boleh jadi nampak cm dia bersalah plk kalau memaki cmtu..
Quote awanysss 4-2-2021 10:40 AM
the moment dia record video je, aku tahu hati dia busuk dan dia yg salah..
dasar manusia hati iblis suka bukak aib org.. kalau ikut hati hitam aku nak je doa allah bukak aib keluarga dia mcm ni.. aku tgk video tu sikit pasal akak tu mengamok pun aku dah agak yg record tu yg provoke.. mcm suci..
Quote arffa 4-2-2021 11:46 AM
Sekarang memang dah jadi trend nak nampak tak bersalah rakam kesalahan orang, upload dan biar netizen maki berjemaah. ini semua phone berjahit kat tangan nak rakam segala hal.
Quote irish_ieka 4-2-2021 01:32 PM
amboih pensyarah mencarut gitu tak kena tindakan oleh universiti ke? kasarnya
Quote shy79 5-2-2021 04:56 PM
tindakan prof madya ni, porumer2 boleh terima ke? org hon kita sbb kita buat salah, lepas tu kita pi cucuk2 pulak kereta dia sambil hon panjang2 mcm org gila sampai ke traffic light..tak cukup dgn tu kita maki2 pulak dia dgn bahasa berbunga2 siap doakan org tu dapat covid
yg tukang doakan doktor pulak tu
xtau pulak tindakan mcm ni normal..
x sangka pulak yg nampak salah besarnya si  driver laki tu yg kononnya bawak laju tp kita pun x tau berapa laju dia bwk

akak pun x sokong bdk laki ni pi viralkan video ni..
tp jgn  normalisasikan tindakan prof madya ni
Quote vender 7-2-2021 12:50 AM
shy79 replied at 5-2-2021 04:56 PM
tindakan prof madya ni, porumer2 boleh terima ke? org hon kita sbb kita buat salah, lepas tu kita pi ...

Jalan tu mmg warga upm semua uturn di situ kak...

Rasanya belum ada lagi forumer yg sokong lecturer ni. Semua kutuk mulut biadap dia.
Cuma forumer dpt tgkp yg lelaki ni pun buat kesalahan juga, memandu lebih had laju kat kawasan hospital and trafic light. Dlm video tu mmg laju pun..
Quote yum3 7-2-2021 08:11 AM
esbok replied at 4-2-2021 05:23 AM
Engkorang kalau nak gaduh, kalaupun engkorang betul. Jangan la sampai keluar carutan tak senonoh. Bu ...

betul. setuju.. kita ni ppuan. jaga lah adat & kemaluan. Ini menonong memaki org. Kalau ye pun ko (mokcik)  ada masalah, org lain pun ada masalah . Tp idak le mengamok memaki memuki kat org.. Malunya  aku tengok.. Cehhh...
Quote farlis 7-2-2021 01:10 PM
Mulut dua2 blh tahan.. Sama2 naik je aku tgk...
Quote gideoncross 17-3-2021 02:03 PM
Jejantz Meleis klau buat slah pun ttap d sanjung tpi klau prmpuan Meleis yg buat, tujuh kturunan d kutuk.
Quote gideoncross 17-3-2021 02:04 PM
arffa replied at 4-2-2021 11:46 AM
Sekarang memang dah jadi trend nak nampak tak bersalah rakam kesalahan orang, upload dan biar netize ...

Mkin akhir zman, mkin sng nak mngumpul dosa2 kering.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.035403 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top