CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Facebook Disekat Tentera Myanmar

4-2-2021 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2122| Komen: 9

Facebook pada Khamis menyatakan perkhidmatannya disekat di Myanmar beberapa hari selepas pihak tentera melancarkan rampasan kuasa ke atas kerajaan awam yang dipilih oleh rakyat.


Gambar hiasan


"Kami menyedari bahawa akses ke Facebook kini terganggu untuk sebahagian individu," kata seorang jurucakap laman sosial itu kepada AFP.

"Kami menggesa pihak berkuasa untuk memulihkan perhubungan itu bagi membolehkan penduduk di Myanmar berkomunikasi dengan keluarga dan rakan mereka serta mendapatkan akses tentang maklumat penting," ujarnya.

Media sosial itu amat popular di negara tersebut dan ia merupakan salah satu alat untuk berkomunikasi. Ia juga kerap kali digunakan oleh kementerian-kementerian kerajaan untuk mengeluarkan kenyataan.

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang memantau perkhidmatan internet yang terputus di seluruh dunia iaitu NetBlocks berkata, penyedia perkhidmatan di Myanmar menyekat atau menghalang akses ke Facebook, Instagram dan WhatsApp.


Instagram dan WhatsApp juga dimiliki oleh Facebook.

"Produk Facebook yang disediakan oleh pelbagai penyedia perkhidmatan internet kini disekat di Myanmar ketika pihak pengendali (perkhidmatan itu) mematuhi arahan sekatan," kata pertubuhan itu.

Pada Isnin lalu, tentera Myanmar menahan pemimpin Liga Kebangsaan Untuk Demokrasi (NLD), Aung San Suu Kyi dan beberapa pemimpin politik kanan serta bertindak melakukan rampasan kuasa berikutan dakwaan berlaku penipuan dalam pilihan raya umum negara itu yang diadakan pada lewat tahun lalu.
 
NLD memperoleh kemenangan yang besar dalam pilihan raya itu. 


Sumber: Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote songhara1226 4-2-2021 03:00 PM
Hrp2 Tentera Myanmar x sekat forum cari ni, sianlahh kat acik2 forumer myanmar nak mengutuk Sohai x lepas
Quote orgsepang 4-2-2021 03:01 PM
Rasanya kalau negara ni diambil alih oleh tentera tak adalah seteruk Myanmar. Tentera sini budiman gitu dan agung pun baik amat.
Quote minguk 4-2-2021 03:56 PM
songhara1226 replied at 4-2-2021 03:00 PM
Hrp2 Tentera Myanmar x sekat forum cari ni, sianlahh kat acik2 forumer myanmar nak mengutuk Sohai x  ...

hahahahahha sadisnya.
Quote dizekni 4-2-2021 04:16 PM
Elok hantar geng DAP ke myanmar baru derang tau
betapa bagusnya Malaysia
Quote Artemesiaa 4-2-2021 05:08 PM
Pasti mereka dah boleh jangka bila sojar ambil alih tak perlu nak terkejut
Quote Kurex 4-2-2021 05:27 PM
Harap tentera myanmar hilangkan parashit rohingya
Quote notM 4-2-2021 05:29 PM
orgsepang replied at 4-2-2021 03:01 PM
Rasanya kalau negara ni diambil alih oleh tentera tak adalah seteruk Myanmar. Tentera sini budiman g ...

Perasan nya uols....seronok ke Abahcow memerintah tanpa PRU.
Quote orgsepang 4-2-2021 07:01 PM
notM replied at 4-2-2021 05:29 PM
Perasan nya uols....seronok ke Abahcow memerintah tanpa PRU.

Kalau tentera ambil alih mestilah pm orang lain, kalau pm yang sama bukan rampasan/ambil alih kuasa namanya. Semoga pm akan datang lebih elok adanya.
Quote Ain_h 7-2-2021 01:12 AM
Facebook xde, twitter kan ada {:hypnotize

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.057351 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top