CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Penangan Teguran Ustazah, MV Ayda Jebat Lebih Banyak 'Dislike'

5-2-2021 09:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10845| Komen: 46

Sejak beberapa hari yang lalu, di media sosial hangat memperkatakan mengenai video muzik Ayda Jebat yang terbaharu, Parah yang telah dimuat pada penghujung Disember 2020.

Biarpun trending dan mendapat lebih daripada 3 juta tontonan, namun menerusi carian terkini mendapati terdapat lebih dari 100 ribu tanda tidak suka (dislike) berbanding tanda suka (like) yang hanya mendapat 36 ribu reaksi.



Kredit foto: YouTube

Difahamkan, video muzik berkenaan mendapat reaksi seumpama itu adalah bermula daripada teguran yang dibuat oleh seorang pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun. Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Ustazah Asma’ baru-baru ini, dia akui pernah mengagumi bakat yang dimiliki oleh Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat,29.

Namun, berikutan video muzik Parah yang disifatkan seperti keterlaluan dengan menampilkan penyanyi dan penari iringan yang separuh bogel serta rentak dan lenggok tarian yang menggairahkan seperti tarian lucah, pendakwah itu akui terkejut.



Loading FB Post...

Biarpun begitu, Ustazah Asma’ terlebih dahulu dengan rendah hati memohon maaf kerana melakukan teguran secara terbuka dan masih membuat sangkaan baik terhadap Ayda.



Dalam ruangan komen video muzik itu turut dibanjiri dengan pelbagai respon daripada pengguna yang kecewa melihat aksi-aksi yang dipaparkan selain menasihati Ayda agar lebih berhati-hati pada masa akan datang.


Sumber: Murai

2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 5-2-2021 09:15 AM
Murahannyaaaaa.....
Quote hayrin86 5-2-2021 09:20 AM
Semoga MV ini akan diharamkan.. Bukan MV aje, harap lagu ini diharamkan sekali daripada kuar kat semua saluran radio..

Apapun, baik dgr lagu-lagu di bawah..

[youtube]0vATJhOUVEs[/youtube]

[youtube]N4AR560X1z4[/youtube]
Quote September14 5-2-2021 09:30 AM
Dah dislike
Quote Kurex 5-2-2021 09:33 AM
Sampahnya reputs2 yg dipertahankan  oleh -98.... Benda mcm ni pun dijadikan gosip..
Quote Boomibulat 5-2-2021 09:34 AM
Nak tanya skit..ape beza video yg bnyk like/dislike..terjejas ke hasil kalau bnyk dislike..?
#sayabudakbarubelajar
Quote Hoola 5-2-2021 09:44 AM
Nk jd artis ni, byk tggjwbnya.. bkn nk glamor,ikutsuka nk buat itu ini. Sebg 'idola'atau ikutan peminat, anda jg bperanan sebg pnyumbng kpd tatasusila perlakuan dan peradaban peminat.
Wow besar tgjjwb tu!
Quote mieymiey 5-2-2021 09:50 AM
Gigihnya bertunggu-tangga kat MV AJ, nak kira like
Quote kucingitam 5-2-2021 10:13 AM
mcm tak adil pula salahkan AJ sorang.. salahkan sekali penerbit, pengarah atau siapa saja yg cetuskan idea buat mv gitu
Quote Miss.Rara 5-2-2021 10:20 AM
dia ni tak cantik langsung..

dalam mv nie dia try hard menari buat muka comel ke menggoda ke pun tetap tak nampak kat mana cantik dan comel nya..

lagi lagi pesen konsep baju dan tatarias macam ni.. aku nampak buruk yang amat jer..

penari dia walau nonmuslim, kru belakang tabir laa yg seronok sebab penari belanja menari seksi depan mata hahahha..

Quote newme11 5-2-2021 10:24 AM
done Dislike!
Quote Adrif 5-2-2021 10:36 AM
Boomibulat replied at 5-2-2021 09:34 AM
Nak tanya skit..ape beza video yg bnyk like/dislike..terjejas ke hasil kalau bnyk dislike..?
#sayab ...

tumpang parking, nak tau juga
Quote rosannazmia 5-2-2021 10:47 AM
Boomibulat replied at 5-2-2021 09:34 AM
Nak tanya skit..ape beza video yg bnyk like/dislike..terjejas ke hasil kalau bnyk dislike..?
#sayab ...

X terkesan kot , terkesan kat ati penyanyi n direktor video tu je..
Quote msdummy.2018 5-2-2021 10:47 AM
Aku xpernah suka dia ni..jd aku mls nk komen lelebih{:hero
Quote Boomibulat 5-2-2021 10:47 AM
kucingitam replied at 5-2-2021 10:13 AM
mcm tak adil pula salahkan AJ sorang.. salahkan sekali penerbit, pengarah atau siapa saja yg cetuska ...

Laki dia sendiri pengarah..
Quote Lunalovegood 5-2-2021 10:54 AM
Miss.Rara replied at 5-2-2021 10:20 AM
dia ni tak cantik langsung..

dalam mv nie dia try hard menari buat muka comel ke menggoda ke pun  ...

Lagi satu nk tmbh. Penari dia sumpah tak pandai menari time gelek Tu nampak nau pinggang keras
Quote makadek 5-2-2021 11:36 AM
Ku ni minat gila kalau bab2 menari...ku suka tgk
Cantik jer...tp tulah erotik dn sexi
Budak2 baru mumayiz tk sesuai tgk
Quote slyfynx 5-2-2021 11:52 AM
Kurex replied at 5-2-2021 09:33 AM
Sampahnya reputs2 yg dipertahankan  oleh -98.... Benda mcm ni pun dijadikan gosip..

Tu la.
Kang kumaki kene potong kredit lak.
Mmg tahap sampah sungguh2
Quote aemon 5-2-2021 12:26 PM
teringat ada satu komen tu, nape ustazah tegur pasal isu ni je?nape x tegur sekali penunggang agama yg main2 kan niqab dan purdah?tanya je.

ayda who r yus kan je teguran ni...mv dia byk pasal berkenaan ilumina.....
Quote buragazz 5-2-2021 01:37 PM
Ala tak leh nak dislike sebab tak terniat pun nak tgk MV dia...

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.162145 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top