CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berpesta Dadah, Ketua Balai Polis Ditahan Positif Methaphethamine

5-2-2021 01:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5130| Komen: 32

Ketua balai polis ditahan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman selepas didapati positif dadah jenis methaphethamine, kelmarin.

Serbuan dilakukan pasukan operasi dan pematuhan itu juga turut memeriksa tujuh anggota di balai yang sama.

Pengarah JIPS Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata, pemeriksaan dan ujian saringan air kencing dijalankan terhadap mereka selepas aduan dan maklumat yang diterima.

Gambar Hiasan

"Maklumat mengatakan beberapa orang pegawai dan anggota polis menghadiri satu pesta dadah di sebuah premis persendirian di Kuala Lumpur.

"Susulan itu satu pemeriksaan mengejut dilakukan terhadap Ketua Balai dan anggota yang disyaki," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Zamri berkata, ujian saringan air kencing mendapati Ketua Balai berkenaan positif dadah manakala tujuh anggota yang lain didapati negatif.

"Siasatan lanjut dan tindakan seterusnya akan diambil sewajarnya," katanya.

Difahamkan Ketua Balai berpangkat Inspektor itu akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote weezerfan 5-2-2021 02:05 PM
Kan..kalau maki polis dikata kita generalised.polis skang mmg x boleh pakai.byk sgt makan duit haram kot
Quote duri_durians 5-2-2021 02:22 PM
ketam mengajar anak berjalan lurus.

guru kencing berdiri anak murid kencing berlari.

harapkan pegar pegar makan padi.
Quote caprut 5-2-2021 02:30 PM
weezerfan replied at 5-2-2021 02:05 PM
Kan..kalau maki polis dikata kita generalised.polis skang mmg x boleh pakai.byk sgt makan duit haram ...

Sama je polis dulu dgn sekarang.
Quote Boomibulat 5-2-2021 02:33 PM
Ketua balai mana ni..
Quote grouper 5-2-2021 02:35 PM
Klau ikut cite Hong Kong, ketua balai ni sebenarnya nak dijadikan undercover polis utk masuk geng dadah yg paling ganas..depa akan percaya dia sbb dah kena buang keje tmbahan byk contact dikalangan penjenayah dan seangkatan dgnnya. Bayangkan pengorbanannya kena amik dadah smpai ketagih nama busuk lagi...x dilupakan juga kena couple ngan amoi anak tokeh dadah
Quote tapirbiru 5-2-2021 02:37 PM
nama sapa ni
Quote Belibis 5-2-2021 02:44 PM
Semoga dapat pencen singgit.
Quote mieymiey 5-2-2021 02:50 PM
grouper replied at 5-2-2021 02:35 PM
Klau ikut cite Hong Kong, ketua balai ni sebenarnya nak dijadikan undercover polis utk masuk geng da ...

Terpaksa jadi 'jahat' demi nak membongkar dan menjatuhkan tokeh dadah terbesar di alam maya kekdahnya
Quote JohnyEnglish 5-2-2021 02:55 PM
ketua balai raya lg elok dr ketua balai polis
Quote c===8 5-2-2021 02:57 PM
ke bakal ditukar balai je
Quote tomatome 5-2-2021 02:58 PM
grouper replied at 5-2-2021 02:35 PM
Klau ikut cite Hong Kong, ketua balai ni sebenarnya nak dijadikan undercover polis utk masuk geng da ...

Hahahaha very the 90s ..

Set2 drama/filem kantonis dulu.. ala rindu pulak cite polis hongkong sebelum korea mendunia hihi
Quote grouper 5-2-2021 03:14 PM
tomatome replied at 5-2-2021 02:58 PM
Hahahaha very the 90s ..

Set2 drama/filem kantonis dulu.. ala rindu pulak cite polis hongkong s ...

Ini jalan cite infernal affairs lakonan pelakon2 otai hk antaranya Tony Leung,Andy lau dan beberapa lagi. Trilogi movie infernal affairs ni Hollywood buat remake Leonardo DiCaprio jadi hero smpai blh dpt best picture kat oscar...punya hebat cite Hong Kong time tu..
Quote Simunggu 5-2-2021 03:25 PM
tak boleh maki & tegur polis...mereka sudah jadi mcm raja...lebih tinggi dari tuhan
Quote nanies 5-2-2021 03:25 PM
hurm, semoga lah ada kuar berita pasal ni. ke diam begitu sahaja
Quote underground 5-2-2021 04:17 PM
ada je polis yg baik, komited dan amanah.

tapi masih ada ketua2 polis yg korup. banteras puak2 ni dulu.

subordinate kadang terpaksa terima rasuah juga sebab nak stay lama.
Quote She-Ra 5-2-2021 04:21 PM
grouper replied at 5-2-2021 02:35 PM
Klau ikut cite Hong Kong, ketua balai ni sebenarnya nak dijadikan undercover polis utk masuk geng da ...

young and dangerous kekdahnyaaaaaaaaaaa tp polis HK baik dgn tailo tailo.. tak perlu nk menyamar bagai..
Quote MarryPottet 5-2-2021 04:43 PM
Kalau tak acik ipan lah yg champion bukak thread edisi anak polis tak menjadi gini
Tapi sebab dia dah jumpa thread makanan dia i.e thread andartu meroyan, maka dia sedang galak berkuntum kat thread tersebut, sampai terlepas peluang buka thread sebegini
Quote dua_chzy 5-2-2021 04:47 PM
weezerfan replied at 5-2-2021 02:05 PM
Kan..kalau maki polis dikata kita generalised.polis skang mmg x boleh pakai.byk sgt makan duit haram ...

Polis dulu pun hanat2 belaka.
Quote dua_chzy 5-2-2021 04:48 PM
grouper replied at 5-2-2021 02:35 PM
Klau ikut cite Hong Kong, ketua balai ni sebenarnya nak dijadikan undercover polis utk masuk geng da ...

Kalau undercover takda maknanya kena tahan. Ni bukan undercover ni, ni bangsatcover ni.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.049493 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top