Sweet Qismina secara terbuka mempersoalkan tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengadakan lawatan kerja ke Indonesia. Pelakon tersebut tindakan Perdana Menteri itu adalah tidak wajar ketika rakyat dilarang melakukannya.
Menurut Sweet, abangnya adalah salah seorang yang terkesan dengan larangan keluar negara dan tidak dapat bertemu dengan isterinya yang merupakan warga Indonesia. "Abang saya lama tidak jumpa isteri dia di Indonesia sejak tahun lepas. Dia baru kahwin. Tetapi Perdana Menteri kita boleh pergi sana macam itu saja. Patut minta beliau bawa abang saya bersama. Mana adil begini," tulisnya di Twitter. Buat pengetahuan, Muhyiddin melakukan lawatan kerja dua hari ke Indonesia selepas menerima jemputan Presiden Joko Widodo. Ia merupakan lawatan pertama kalinya sejak dilantik menjadi Perdana Menteri. -CARI
|
Glass_shoes replied at 5-2-2021 02:10 PM
Banyak pulak berbunyi dia ni lately
awanysss replied at 5-2-2021 02:12 PM
aku sejak dua menjak ni kureng sikit ngan PM ni..
kata darurat politik tp ahli politik geng heols m ...
ADVERTISEMENT