CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kerajaan Tak Sensitif, SOP Rasmi MKN Tak Beri Gambaran Tepat CNY - Najib

5-2-2021 02:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1907| Komen: 3

Mantan Perdana Menteri Najib Razak menerusi Facebook mengkritik kerajaan yang melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0).


Kredit foto: Kosmo


"Kerajaan telah membazir peluang untuk melaksanakan PKP yang ketat dan adil tanpa kelonggaran selama 14 hari.

"Akibatnya, PKP 2.0 perlu dilanjutkan berkali-kali dan kerajaan terpaksa memberi kelonggaran atas kelonggaran sebab tidak berani memperketatkan lagi setelah ramai sektor telah terputus pendapatan secara sia-sia selama 23 hari.

"Oleh sebab PKP dilanjutkan maka tempoh perayaan Tahun Baru Cina juga termasuk ke dalam tempoh PKP," tulisnya.

Tambah Najib, kelonggaran demi kelonggaran diberi menyebabkan timbulnya banyak persoalan apabila ia dipandang sebagai tidak logik atau tidak adil.

Najib bagaimanapun menegaskan tidak menyokong larangan rentas daerah atau negeri ditarik balik bagi perayaan tahun Baru Cina kerana keadaan pandemik yang masih di paras membimbangkan.


"Masyarakat Cina juga menyoal kenapa kelonggaran diberi untuk aktiviti melawat bagi hari Krismas sebulan dahulu tetapi tidak dibenarkan sekarang," soalnya.

"Namun, saya percaya masyarakat Cina tidak menyoal keperluan untuk tindakan tegas bagi melawan Covid tetapi berasa kerajaan telah bertindak dengan tidak adil dan tidak sensitif.

"Saya diberitahu bahawa SOP rasmi yang dikeluarkan MKN tidak memberi gambaran yang tepat bagi budaya perayaan Tahun Baru Cina," ujarnya.


Loading FB Post...

Najib dipercayai membuat kenyataan itu berikutan  reaksi Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker mengenai prosedur operasi standard (SOP) kerajaan mengenai sambutan Tahun Baru Cina semalam.

"SOP yang kata reunion dinner hanya dibenarkan bagi ahli keluarga yang tinggal bersama tidak memberi apa-apa makna sebab ianya cuma merupakan makan malam biasa sahaja.

"Lebih elok jika SOP tidak merujuk kepada adat makan besar sahaja tetapi hanya sebut larangan terhadap aktiviti ziarah-menziarah antara rumah sahaja," katanya yang menyarankan MKN mendapatkan pendapat dan maklum balas wakil kaum dan bangsa terlibat semasa menulis SOP bagi mana-mana perayaan atau adat supaya kerajaan tidak dilihat sebagai tidak sensitif. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote irish_ieka 5-2-2021 02:41 PM
kes covid beribu riban ni pon yg gatal sgt nk sambut cny tu dh kenapa. pastu ko kenapa bising2 bijan
Quote dodolgemok 5-2-2021 02:46 PM
Lah penjenayah najib pon sokong apek mca tu. Apa cerita @dizekni @rashiman
Quote dizekni 5-2-2021 05:44 PM
Tag aku apehal

ko jugak yang undi PH

salah undi dapat taik

padan la muka

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.031426 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top