CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hidup Tengah Lautan, Empat Beranak Duduk Dalam Bot

5-2-2021 02:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4141| Komen: 24

Ketika seluruh dunia diancam pandemik Covid-19, sekeluarga dari Hungary pula sanggup mengambil risiko berlayar menaiki bot dipanggil Teatime.

New York Post melaporkan keluarga terdiri daripada empat beranak itu meninggalkan pelabuhan di Croatia pada akhir Jun tahun lalu.


Sejak itu, mereka memulakan pelayaran mengelilingi Itali dan Sepanyol sebelum berhenti di Cape Verde seterusnya meneruskan perjalanan merentasi Lautan Antantik.

Keluarga itu bagaimanapun tidak terburu-buru kerana meraikan Hari Natal di Martinique, bot mereka kini berlabuh di Marigot dekat Pulau St Martin di Laut Carribean pula, sementara meneruskan pelayaran menuju Terusan Panama.


Foto: AGENSI


Ketua keluarga berkenaan, Domonkos Bosze berkata, dia dan isterinya, Anna yang mempunyai pengalaman berlayar sejak sedekad lalu merancang pelayaran mencabar itu sejak sebelum pandemik Covid-19 lagi.

Pasangan itu mengakui berada dalam keadaan dilema untuk meneruskannya atau tidak disebabkan pandemik tetapi keinginan mereka mengatasi perasaan gentar.

Setakat ini, cabaran terbesar kami adalah berdepan dengan ribut selama enam jam sewaktu merentasi Lautan Atlantik namun dapat mengatasinya.

"Kami semua selamat dan hanya kehilangan pembakar roti manakala telefon satelit saja yang rosak.

"Pelayaran ini satu pengalaman yang menakjubkan apabila saya dapat meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak berbanding pulang lewat daripada tempat kerja dalam keletihan," katanya yang bekerja dalam bidang teknologi maklumat (IT) dan mengubah suai ruangan dalam bot itu menjadi pejabatnya.

Menurut Domonkos, laluan mereka sekeluarga adalah fleksibel iaitu bergantung kepada cuaca kerana angin taufan dan puting beliung akan mengehadkan waktu pelayaran di sesuatu kawasan.

Domonkos berkata, mereka juga perlu mematuhi peraturan setiap negara dilawati dengan menjalani ujian saringan dan kuarantin, jika perlu.

"Sebaik tiba di Martinique, kami memberitahu pihak berkuasa yang kami sudah berada selama 16 hari di lautan dan mereka menganggapnya sebagai satu kuarantin," katanya.

Menariknya, bot dinaiki mereka dilengkapi dengan bekalan makanan selama sebulan dan keluarga berkenaan turut menangkap ikan tuna atau mahi mahi.

Sementara itu, isterinya, Anna berkata pelayaran itu memberikannya kebebasan walaupun dia juga ada kalanya memasak selain mengendalikan layar, jika perlu.

Keluarga itu merancang untuk berlayar pada tahun ini atau tahun depan menuju Lautan Pasifik tetapi bergantung kepada sekatan pergerakan berikutan pandemik Covid-19. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 5-2-2021 03:13 PM
Iols kenal.mahi mahi tu melalui cite robson green..hahaha...

Bestnya depa
Quote GigaMom 5-2-2021 03:35 PM
Bestnya anak2 dia ni
Mesti kerja seharian berenang bersama ikan di lautan luas terbentang
X pening pdpr online
Jauh dari godaan2 tenet if pak it x bagi telefon langsung
Quote underground 5-2-2021 03:45 PM
geng2 kayangan ni..
Quote manehnya 5-2-2021 03:51 PM
ye lah, aku pun kalau ada kapal sebijik, duit bilion2 nk gak camtu, p phuket pun jadilah
Quote notM 5-2-2021 03:53 PM
Hungary ni bukan nya negara Kaya...tapi meols percaya heols orang kaya
Quote dudaberhias 5-2-2021 03:54 PM
bestnyaaa... betapa indahnya berada di lautan tanpa sebarang manusia yang merosakkan alam.
Quote Artemesiaa 5-2-2021 03:55 PM
Boleh kalau berkemampuan masih berpeluang lihat tempat2 lain
Quote JunkMail 5-2-2021 04:08 PM
Aku tengok kat YouTube..katanya belanja tak lah mahal belayar macam ni. One time payment beli kapal. Sebulan sekali singgah daratan beli stock makanan. Belanja lebih kurang 2-3k USD je katanya..

Tapi tulah.... Ada kawasan-kawasan yg banyak lanun Pulok.  
Quote dudaberhias 5-2-2021 04:18 PM
JunkMail replied at 5-2-2021 04:08 PM
Aku tengok kat YouTube..katanya belanja tak lah mahal belayar macam ni. One time payment beli kapal. ...

ni sail boat kan? tengok macam tak bergantung banyak pada minyak sebab dia kena guna sail system untuk teruskan perjalanan...

kalau yatch 100 kaki tu ye mahal dekat sejuta isi minyak saja
Quote notM 5-2-2021 04:21 PM
dudaberhias replied at 5-2-2021 04:18 PM
ni sail boat kan? tengok macam tak bergantung banyak pada minyak sebab dia kena guna sail system u ...

Kena Pandai repair Kapal la...lepastu Pandai repair Kain layar...

Nak murah cari Kapal layar di Indonesia sana.
Quote nanies 5-2-2021 04:32 PM
kalo kena ribut tgh laut, pastu tersadai, tu yg masakkk sikit tu
Quote MontanaHannah 5-2-2021 04:38 PM
kita hidup ni nak kena buat ibadaah ,buat amal sebagai bekalan mati.


Bukan 24 jam nak berjimba-jimba serupa hidupan safari.
Quote PEPPERMAN 5-2-2021 04:50 PM
Ingatkan pelauh...
Quote JunkMail 5-2-2021 06:35 PM
dudaberhias replied at 5-2-2021 04:18 PM
ni sail boat kan? tengok macam tak bergantung banyak pada minyak sebab dia kena guna sail system u ...

Aah sail boat. Tapi katanya macam ada enjin kecik.. just incase. Tapi 99 % pakai layar la.. macam seronok jugak kan.. kalau satu family kah. Kalau belayar sorang mau tekanan perasaan.
Quote Manjahati 5-2-2021 07:29 PM
notM replied at 5-2-2021 03:53 PM
Hungary ni bukan nya negara Kaya...tapi meols percaya heols orang kaya

Kannn...klu dah ada sebijik kapal layar gini mesti antara ciri golongan kayangan...
Quote shida81 5-2-2021 08:42 PM
X de lanun ke
Quote jalfa 5-2-2021 08:51 PM
Takut...aku kalo kat laut x nampak daratan mula la panic datang...mcm macam pikir...so belayar di laut adalah perkara terakhir yg aku akan buat
Quote rosmahisham 5-2-2021 09:11 PM
Kalau lama sgt aku takot boat terbalik..karam..lemas, lanun perompak!! Nk jgk pijak daratan!!
Quote grouper 5-2-2021 11:03 PM
Aku ada follow channel utube family yg hidup atas kapal layar ni..dari diorg berdua smpai dpt baby mmg kehidupan atas laut je

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.107651 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top