CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Loji penyulingan air laut keempat Singapura mula beroperasi

6-2-2021 03:38 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3301| Komen: 26



SINGAPURA: Singapura pada Khamis memulakan operasi loji penyulingan keempatnya di Marina East yang mampu menghasilkan 137,000 kubik meter air atau kira-kira 30 juta gelen air bersih sehari.

Loji itu dikendalikan oleh Marina East Water Pte Ltd untuk tempoh konsesi selama 25 tahun dari tahun 2020 hingga 2045, di bawah perjanjian Reka Bentuk, Bina, Miliki, dan Beroperasi dengan Lembaga Utiliti Awam (PUB), agensi air kebangsaan yang menguruskan pengumpulan, pengeluaran, pengedaran dan reklamasi air di Singapura.

Marina East Water adalah anak syarikat milik penuh Keppel Infrastructure Holdings Pte Ltd.
"Penyulingan air laut adalah salah satu daripada empat sumber air Singapura.

"Tidak seperti air import, air hujan dan air kitar semula, sumber air menerusi penyulingan air laut tidak pernah putus," kata Ketua Eksekutif PUB, Ng Joo Hee dalam satu kenyataan.


"Ia juga tahan dengan pelbagai jenis cuaca dan sumber bekalannya sentiasa tersedia, hujan atau panas, ia adalah sumber air untuk kehidupan.

"Ketersediaan bekalan penyulingan air laut itu menjadikan bekalan air Singapura sangat berdaya tahan."

Dikenali sebagai Keppel Marina East Desalination Plant (KMEDP), loji itu mula beroperasi secara komersial dari 29 Jun 2020.

Loji tersebut dapat merawat air laut atau air tawar yang diambil dari Marina Reservoir, bergantung pada keadaan cuaca.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Keppel Infrastructure (Keppel), Dr Ong Tiong Guan berkata pengembangan dan operasi KMEDP seiring dengan Visi 2030 Keppel, iaitu visi kumpulan itu memberikan penyelesaian persekitaran untuk menyumbang kepada perbandaran yang mampan.

"Loji itu siap mengikut jadual dalam tempoh penularan COVID-19, ia adalah bukti kepada kedudukan kukuh Keppel dan PUB dan jalinan kerjasama yang erat," katanya.



Sumber: BERNAMA
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 6-2-2021 03:42 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 5-2-2021 11:44 AM

Sama seperti Israel sana 100% guna salingan air laut termaauk untuk pertanian sehingga kan mereka boleh export ke eropah sayuran dia orang.

Malaysia tropical tetapi beras pun terpaksa di import dari luar negara, betapa malas dan ketinggalanya negara malaysia!
Ini semua kerana melayu seperti budak djek tu lah..pemalas dan tau cakap kosong sahaja tetapi nak buat longkang pun tak pandai!
Quote Tinot7 7-2-2021 10:12 AM
Deme buat ni sbb tau org mesia tak puas hati psl jual beli air mesia-singapura ke?

Marina East Water adalah anak syarikat milik penuh Keppel Infrastructure Holdings Pte Ltd.
"enyulingan air laut adalah salah satu daripada empat sumber air Singapura.
Quote cicicumel 7-2-2021 12:10 PM
boleh usulkan kepad kerajaan Kelantan
Quote Nana_Man 10-2-2021 02:49 PM
Tinot7 replied at 7-2-2021 10:12 AM
Deme buat ni sbb tau org mesia tak puas hati psl jual beli air mesia-singapura ke?

Marina East Wa ...

Matter of survival. Pasal bnyk kali kn pihak msia ugut2 sg... so dlm diam sg buat ni.
Quote Tinot7 10-2-2021 02:54 PM
Nana_Man replied at 10-2-2021 02:49 PM
Matter of survival. Pasal bnyk kali kn pihak msia ugut2 sg... so dlm diam sg buat ni.

Mana la dlm diam2.. benda ni mmg ketahuan ramai.. org mesia yg tak puas hati sbb jual murmur, beli balik mahal.. ni citer 3 dekad lalu
Quote stinger.baik 10-2-2021 02:59 PM
FOTHER-MUCKER replied at 6-2-2021 03:42 AM
Sama seperti Israel sana 100% guna salingan air laut termaauk untuk pertanian sehingga kan mereka bo ...

tapi ko betenggek gak dok kat malaysia ni
dah tu temberang mcm2

tah pape tah org cam ko ni

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote stinger.baik 10-2-2021 03:00 PM
cicicumel replied at 7-2-2021 12:10 PM
boleh usulkan kepad kerajaan Kelantan

pesal? ko dok kelantan tak de air ke?

haaaaaaaaaaaaaaaaaa?
Quote Nana_Man 10-2-2021 03:53 PM
Tinot7 replied at 10-2-2021 02:54 PM
Mana la dlm diam2.. benda ni mmg ketahuan ramai.. org mesia yg tak puas hati sbb jual murmur, beli ...

Pasal dah processed, takkn nk jual murah. Maintenance costs semua pun kene kira jgk.
Quote TOPwind 10-2-2021 04:03 PM
FOTHER-MUCKER replied at 6-2-2021 03:42 AM
Sama seperti Israel sana 100% guna salingan air laut termaauk untuk pertanian sehingga kan mereka bo ...

jika melayu  tak leh  napa tongkang dan kicapkuali tak tanam
kicapkuali dn tongkang = ular masuk dalam seluar pun panggil melayu tolong
Quote Tinot7 10-2-2021 04:07 PM
Nana_Man replied at 10-2-2021 03:53 PM
Pasal dah processed, takkn nk jual murah. Maintenance costs semua pun kene kira jgk.

Itu sbbnya org mesia marah.. patutnya proses sendiri je. Nak jual murmur tu tak perlu nak beli balik.

Tapi iols speku, depa buat cenggitu sbb lain. Kita nampak luaran je. Ni agreement dari jaman tok kaduk lagi.
Quote Nana_Man 10-2-2021 04:21 PM
Tinot7 replied at 10-2-2021 04:07 PM
Itu sbbnya org mesia marah.. patutnya proses sendiri je. Nak jual murmur tu tak perlu nak beli bal ...

Tu sbb lah org sg pun pelik... asal msia marah2 padahal ada peluang untk naikkn harga.
Ke pasal nk buat loji process, cost dia very high?
Tapi i pun agree jgk ngan ur speculation tu... mcm ada udang disebalik noodles. Hehe
Quote Tinot7 10-2-2021 04:23 PM
Nana_Man replied at 10-2-2021 04:21 PM
Tu sbb lah org sg pun pelik... asal msia marah2 padahal ada peluang untk naikkn harga.
Ke pasal  ...

Dah berdekad2 org mesia speku.. namun, hanya depa dan kuarga depa shj yg tau. Rakyat marhaen dibiarkan terpinga2.
Quote ultra78 10-2-2021 04:24 PM
Entah-entah suatu hari nanti pun Malaysia pun perlu penyulingan laut. Puncanya akibat sungai tercemar dengan sisa industri dan najis babi..
Quote Nana_Man 10-2-2021 04:29 PM
Tinot7 replied at 10-2-2021 04:23 PM
Dah berdekad2 org mesia speku.. namun, hanya depa dan kuarga depa shj yg tau. Rakyat marhaen dibia ...

Hahaha.... nk buat mcm nerrr
Quote ninja boy 10-2-2021 04:39 PM
Malaysia bila lagi seketul desilasi plant kat selangor, malaysia x pandai jaga sumber air, bangla indon vietnam bergembira mandi air majikan tanggung
Quote tripleid 10-2-2021 05:00 PM
Meanwhile kat msia ada yg cemuh selangor ambik air sg.klang buat air minum..pdahal kt singapok air minum dorang recycle air kumbahan jah
Quote izwan_izi 10-2-2021 05:00 PM
Edited by izwan_izi at 10-2-2021 05:01 PM

IMG_2285.PNG

Selangor boleh la kut nk buat desalination plant ni...Kalo takde budget..boleh try cari kapal dagang yg khusus buat desalination plant..tukar air laut kepada air tawar..

Quote izwan_izi 10-2-2021 05:04 PM
IMG_2286.JPG

Salah satu contoh kapal dagang yg khas buat air tawar dari air laut..

Kate Selangor negeri industri...Takkan exco ekonomi bengap sgt smpai tak boleh nk fikir solusi utk masalah air di Selangor ni...

Gangguan air bukan baru..Tiap2 tahun berlaku sejak 90-an lagi...
Quote izwan_izi 10-2-2021 05:13 PM
IMG_2287.jpg

Contoh water barge..kapal yg kecik tuu..ada pasang desalination plant yg lebih dikenali sebagai Fresh Water Maker..Sehari boleh dapat beratus2 ton air tawar hasil dari pemprosesan air laut..

itu baru 1 water barge..

Hello Exco2 negeri Selangor..jgn jd benak sgt..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.455597 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top