CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Merecik! Honda ADV 150 masuk pasaran Malaysia, RM11,999 seunit

6-2-2021 03:45 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6013| Komen: 20




Boon Siew Honda memperkenalkan Skuter Kembara bandar atau Urban Explorer Scooter serba baharu, Honda ADV150 ke pasaran tempatan.

Ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Vivacity Red dan Mat Charcoal Gray Metallic, Honda ADV150 serba baharu ini ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans dan pendaftaran yang disyorkan RM11,999.

Untuk skuter 'macho' yang ditunggu-tunggu seluruh peminat Honda di Malaysia, Boon Siew Honda turut menawarkan jaminan kilang selama dua tahun atau perbatuan 20,000 kilometer (yang mana tiba dulu).

Honda ADV150 dikuasakan oleh enjin eSP 150 cc penyejuk cecair digabungkan dengan sistem pembakaran PGM-FI berserta pematuhan EURO4.

Menerusi penawaran model serba baharu ini, Honda menawarkan reka bentuk kukuh dan canggih dengan prestasi pengendalian jitu.

Ia juga tampil dengan aspek kembara aktif dan kukuh dengan output yang hebat, sesuai untuk tunggangan harian atau jarak jauh.

Tidak terhenti di situ, Honda ADV 150 juga dilengkapi dengan peralatan menarik yang memperkemaskan curu mesra pengguna, selesa dan selamat.

Kredit : Kompas Otomotif


Ia turut hadir dengan semua lampu LED (lampu dengan nyalaan siang) dan meter LCD.

Apa yang menarik juga, Honda ADV 150 lengkap dengan Sistem Brek Anti-kunci dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS).

Antara ciri menarik lain adalah Sistem Honda SMART Key serta Pelarasan Cermin Depan Dua-Tahap.

Dari aspek lain pula, Honda ADV 150 tampil dengan suspensi, tayar dan kedudukan tunggangan yang mampu dikendalikan dengan mudah di jalan luar bandar dan sudah pasti senang dikendalikan ketika tunggangan di kawasan bandar.

Honda ADV150 sememangnya 'rugged' dan diperkemas dengan reka bentuk 'adventure.

Model ini memiliki semua aspek fungsi skuter kompak ringan, selain mempromosikan gaya hidup bebas dan santai, yang membolehkan penunggang untuk perjalanan harian dan sebaliknya.



Dari segi ketinggian pula, Honda ADV 150 memiliki jarak tanah 165 milimeter (mm), sekali gus membolehkan skuter ini menjadi lebih versatil serta mudah dikendalikan dalam pelbagai keadaan.

Dari aspek tunggangan pula, Honda ADV 150 dilengkapi dengan suspensi rekaan Showa 130mm dan cakera brek bergelombang 240mm di bahagian depan dan 220mm (belakang) yang tidak hanya menawarkan kestabilan ketika membrek malah mengetengahkan gaya lebih sporty.

Lebih menarik, di bahagian belakang, Honda ADV 150 lengkap dengan suspensi berkembar 'subtank' Showa 120mm yang memberikan keselesaan optimum dan stabil apabila mengambil selekoh dan jalan berbonggol.

Menyentuh mengenai ESS, sistem ini akan aktif secara automatik apabila penunggang membrek mengejut dan memberi amaran kepada kenderaan sekitar.

Model ini dilengkapi dengan Idling Stop System (ISS) yang dibangunkan untuk meningkatkan kecekapan bahan api.

Bahagian penyimpanan barang di bawah tempat duduk pula memiliki kapasiti 27.8 liter yang mana boleh memuatkan barangan keperluan penunggang.

Bagi meningkatkan lagi kemudahan penunggang, ia turut hadir dengan kuasa pengecas pada bahagian depan kotak konsol.

Honda ADV 150 akan berada di semua rangkaian pengedar sah Honda tidak lama lagi.



Sumber: Berita Harian
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 6-2-2021 04:03 AM
Duit i-Sinar dah dpt blm{:give
Quote vespa_oren 6-2-2021 09:04 AM
mhu beli untuk org rumah hntr anak ke sek tpi mcm besar lak
Quote Artemesiaa 6-2-2021 09:09 AM
Untuk dalam bandar mungkin ok tapi kalau dikawasan berbukit macam mana pula tengok tayar pun tahu.
Quote MissVixen 6-2-2021 09:47 AM
Dah lama ada. Baru nak masuk malaysia. Senang bawak skuter, tak payah nak tukar gear.
Quote MissVixen 6-2-2021 09:48 AM
Artemesiaa replied at 6-2-2021 09:09 AM
Untuk dalam bandar mungkin ok tapi kalau dikawasan berbukit macam mana pula tengok tayar pun tahu.

Ok je. Aku pernah bawak di jalan tak berturap dan berbukit.
Quote jalfa 6-2-2021 09:49 AM
Wowww..boleh beli dgn i sinar..sambil sambil merayao jd rider food pabda di musim dorurat nih
Quote skinskin 6-2-2021 11:49 PM
Akhir nya keluar gak
Quote Mizlyn 6-2-2021 11:58 PM
i beli.skuter dulu sbb senang tak perlu angkat kaki / selak kain bagai.. lari konsep lak skuter baru ni..
Quote bro_kr 7-2-2021 12:02 AM
vespa_oren replied at 6-2-2021 09:04 AM
mhu beli untuk org rumah hntr anak ke sek tpi mcm besar lak

Ha ah. Besar. Scooter 150 kira besar la untuk pompuan.

Scooter yg sesuai untuk pompouan antar anak sekolah. Tak berat.
Honda Beat 110
Yamaha Ego
Yamaha Avantiz

Honda Yamaha dah terbukti berkualiti.
Quote Lagubestbest 7-2-2021 12:04 AM
la.. ingatkan kereta mini dua pintu ke ape. Skuter budak sekolah upernye.
Quote apalancut 7-2-2021 12:07 AM
banyak la iklan jual NVX dkt mudah lepas nih
Quote insulin 7-2-2021 01:07 AM
Pakai CVT ke? Ok. Bye.
Quote vespa_oren 7-2-2021 07:50 AM
bro_kr replied at 7-2-2021 12:02 AM
Ha ah. Besar. Scooter 150 kira besar la untuk pompuan.

Scooter yg sesuai untuk pompouan antar a ...

paling ok yg mana bos
Quote kasibiman 7-2-2021 08:19 AM
Baik la Beli mesidis 300 SE utk 9 ribu.
Quote bro_kr 7-2-2021 12:00 PM
vespa_oren replied at 7-2-2021 07:50 AM
paling ok yg mana bos

My pilihan (untuk wife antar anak)
1.. Honda Beat
2. Yamaha Avantiz
3. Yamaha Ego Solariz

Dari segi kualiti standard sama. Jadi terpulang kpd citarasa. Ikut mata kasar Yamaha paling banyak atas jalan.

Kelebihan Avantiz, ada store kecik bawah seat booeh siman helmet.
Quote mejaputih 7-2-2021 12:02 PM
atas besar, tp tayar kecik...oh ala2 skuter rupanya..
Quote slax 7-2-2021 12:12 PM
Sama dengan enjin Vario 150,, 2 valve
Quote matseh 7-2-2021 01:20 PM
OK la ni. Latest version.

Quote Ain_h 8-2-2021 09:29 PM
Tak minat motor tapi nak komen

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.074286 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top