CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kalau Mereka Boleh, Kenapa Kami Tak Boleh Beroperasi?" - Seniman

6-2-2021 01:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6765| Komen: 38

Kredit foto: IG Zed


Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mewakili 7,000 ahlinya yang berkerja dalam industri kreatif memohon pihak kerajaan untuk menetapkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mereka yang berkerja industri berkenaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 berkuatkuasa.

Menurut satu kenyataan rasmi dikirimkan kepada Kosmo! Online sebentar tadi, Seniman akur dan sentiasa patuh dengan arahan sepanjang tempoh PKP namun mereka juga mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga dan hutang yang perlu dijelaskan.



Persatuan tersebut percaya industri kreatif juga adalah sektor yang penting di Malaysia seperti mana yang umum ketahui sektor pengilangan dan pembinaan adalah penyumbang terbesar kepada kes harian Covid-19 di Malaysia.


“Setiap hari dan mereka masih dibenarkan untuk terus beroperasi, jika sektor ini dibenarkan beroperasi mengapa industri kreatif tidak dibenarkan beroperasi, kami sedia mematuhi segala garis panduan dan SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Seniman sekali lagi mendesak pihak kerajaan untuk mengeluarkan garis panduan dan SOP kepada warga industri kreatif secepat mungkin untuk kami meneruskan penggambaran demi kelangsungan hidup kami dan keluarga.


Kredit foto: IG Seniman

“Seniman percaya dengan kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sentiasa prihatin terhadap rakyat Malaysia termasuk kami didalam Industri Kreatif yang amat terjejas sekiranya kami terus tidak dibenarkan menjalankan penggambaran secepat mungkin,” kata kenyataan itu. 


Sumber: K! ONLIN
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 6-2-2021 01:54 PM
Bila xpaham perkataan essential services in the first place.. Maka terkeluar ayat2 bodoh seperti ini
Quote cheezel 6-2-2021 02:00 PM
klo cmtu semua pn nk mohon bukak gk. nk banding ngn sektor kilang konon. kau tu sektor huburan je. klo ko xde youtube ada la
Quote fealefea 6-2-2021 02:01 PM
Tgk ig artis pon tau diorg langgar je SOP tu. Artis ni kalau langgar SOP pon tayang. Tgk la set angkara cinta. Tetap la x ikut SOP. X buat penggambaran, main badminton. Hmmmm.
Quote Mulotkoyak 6-2-2021 03:48 PM
Mane ko boleh gerenti org bole ikut procedure SOP bile berlakon? Udah lerrr. Suh je retis buat review mknn sng. Xpun konsert dlm utube channel. Dpt gak duit. Nk hrp kn citer korg sume x berkualiti.  Bkn ak ckp ye.. Kebanyakkan netizen ckp. Ditegur pun xbole so cr duit sendiri je la nyah oii.  Artis kn membongak byk.
Quote Megikari 6-2-2021 04:13 PM
Sebab sektor korang ni tak penting faham tak? Korang takde pun takpe, kitorg ni banyak lagi sumber hiburan lain selain dari tengok korang. Tolong jangan perasan macam korang essential service please
Quote anony-mous 6-2-2021 05:36 PM
Klau pkp1.0 mmg i side kerajaan. Tp dah pkp 2.0 ni im with seniman. Pelakon mgkin berduit lg tp kesian yg mekap artis, jurukamera, smua tahap2 b40, awalan m40. Last2 jerung tokey kilang jugak kaya raya
Quote tagas 6-2-2021 06:26 PM
Pupus terus pun bagus industri2 lagho

maksiat suma nih
Quote likecandy 6-2-2021 06:49 PM
Adui penting sangat ke industri hiburan ni
Time xde covid pon cerita merepek je memanjang kat tv
Kalau boleh jaga SOP tu mungkin xpe lah, tapi set pengambaran semua x jaga sop belakang kamera
Quote bedahmenjuyah 6-2-2021 07:01 PM
Kalau dah semua mintak nak kerja tak perlu dah pkp mcm tu
Quote iza_yuss 6-2-2021 09:36 PM
cer propose SOP camne yang boleh diikut kalo nak teruskan kerja dalam industri ni haa....
Quote imrb 6-2-2021 09:57 PM
sop apabenda berdialog shooting boleh pakai mask ke? tak faham betul aku.. lainlah kalau ko buat drama pasal covid.. 24 jam pakai mask
Quote LadyCarefree 6-2-2021 10:09 PM
Bising je lah kumpulan ni.
Quote sleepandream 6-2-2021 11:57 PM
so sekarang dekat tv tayang drama lama2 ke chuols?
Quote merrissa 6-2-2021 11:57 PM
SOP konon....pdrm, agensi kerajaan ponnn ke laut SOP nya...
Quote adelea 7-2-2021 12:02 AM
Megikari replied at 6-2-2021 04:13 PM
Sebab sektor korang ni tak penting faham tak? Korang takde pun takpe, kitorg ni banyak lagi sumber h ...

ye bener , byk lagi bende boleh buat ... citer omputih pon belambak yg ko boleh tengok...

and citer diorg lagi berbaloi di tonton dr asik citer cinta cinta cinta ... bosan !!

Quote YomiuriLandMae 7-2-2021 12:03 AM
bole je nak bagi shooting ni asalkan ada sorg wakil from MKN pantau SOP dorg time buat keje..

tp jadi keje la plak nak suroh org MKN tu dok melangok tgk korg buat keje..
Quote Jemahjemah 7-2-2021 12:20 AM
Xhabis habis la. Semua nak mintak bukak. Mslhnya kes skrg haishhh. Stress aku tgk kes meningkat tp xde tindakan utk tutup kilang. Ishh
Quote MatDeghem 7-2-2021 12:27 AM
Edited by MatDeghem at 7-2-2021 12:29 AM

Retis ingat kalau mereka tak beroperasi rakyaat akan kebulur, murung dan jadi bodoh.
Mereka sangat diperlukan oleh masyarakat....
Tolong lah PM... Ramai rakyaat dah jadi murung, sewel kerana  tak dapat hiburan dari retis lokal.


Quote putericahaya999 7-2-2021 12:28 AM
Ssokong seniman
Cluster pembinaan plg byk kes.
Sektor lain kena katup

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.092049 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top